Jangan Kelirukan Harapan Warga Pendidikan



JIKA diperhatikan kebelakangan ini, YB Menteri Pendidikan telah membuat beberapa pengumuman mengenai beberapa langkah awal penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Pada 18 Oktober 2018 beliau mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) sebagai badan bebas bagi mengkaji dasar pendidikan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2018. Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab untuk memberkan syor selepas bulan April 2019 mengenai pelaksanaan kedua-dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang mendasari sistem pendidikan negara.
Pada hari sebelumnya beliau mengumumkan pula “12 Inisiatif Terbaru” yang akan dilaksanakan pada peringkat sekolah tahun hadapan. Berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati, antara inisiatif yang menjadi tumpuan warga pendidik di sekolah adalah janji bahawa “guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019”.

Abaikan sahaja perkataan ‘kekeranian’ dalam poster yang ditularkan, kerana perkataan ini tidak wujud dalam carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu kendalian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kerana pastinya yang dimaksudkan adalah ‘perkeranian’. Menurut DBP, perkataan ‘perkeranian’ merujuk kepada segala urusan yg berkaitan dengan tugas kerani.

Siapakah pula yang dimaksudkan dengan kerani? DBP mendefinisikan kerani sebagai pekerja yang membuat kerja-kerja rencam, seperti pengurusan surat, fail, rekod, dokumen dan sebagainya. Jika dilihat secara kasar, sememangnya tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), bagi membangunkan individu sejahtera yang holistik yang dapat menyumbang kepada negara.

Dalam proses mendidik ini, adakah perlu seorang guru menguruskan surat, fail, rekod dan menyediakan pelbagai dokumen?

Sebenarnya isu beban tugas guru bukanlah satu perkara baharu dalam dunia pendidikan. Perkataan ‘beban’ ini digunakan untuk merujuk kepada tugas yang diarahkan yang tidak berkaitan secara langsung dengan tugas hakiki guru sebagai seorang pendidik. Umum mengetahui pengurusan fail, dokumentasi dan pelbagai evidens yang perlu disediakan oleh guru sama ada secara atas talian ataupun secara manual sememangnya banyak, kadangkala mencecah berpuluh-puluh fail, dan kementerian secara konsisten cuba menangani isu ini.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjanjikan guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran kerana tugas ini akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.

Kementerian juga telah memanfaatkan peranan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta untuk menjayakan aktiviti sekolah dan pembangunan bidang pendidikan.

Justeru mengapa pula timbul lagi tentang isu beban tugas guru selepas enam tahun PPPM dilaksanakan? Ironinya pengumuman yang dibuat oleh YB Menteri Pendidikan pada 17 Oktober menjanjikan guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019, mendahului Bengkel Beban Tugas Guru yang diadakan bersama-sama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di kementerian pada 22 Oktober, sekali gus memberikan harapan yang tinggi kepada warga guru yang sememangnya mahu lebih fokus kepada tugas mendidik anak bangsa.

Sebenarnya bukan mudah untuk menentukan mana dokumentasi yang perlu diuruskan oleh guru sendiri dengan mana boleh diserahkan kepada pembantu tadbir atau staf pengurusan yang lain.

Buku panduan pelaksanaan kokurikulum, contohnya, menggariskan tidak kurang daripada 20 prosedur yang perlu dipatuhi oleh guru pengiring atau penganjur untuk aktiviti lawatan merentas negeri. Dokumentasi ini adalah sangat penting untuk disediakan kerana sekiranya berlaku sebarang musibah, perkara pertama yang akan dibangkitkan adalah – Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dipatuhi? Oleh kerana itu, pihak yang berkenaan perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan tiada lagi tugas perkeranian untuk guru.

Begitu juga dengan evidens untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu direkodkan sama ada secara manual ataupun digital. Evidens ini adalah penting untuk menentukan sejauh mana kemajuan murid secara konsisten.

Empat komponen yang ditaksir dalam PBS adalah cukup holistik kerana merangkumi aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani dalam membentuk individu yang seimbang dan sejahtera.

Kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri Pendidikan semasa sesi Penggulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK11 pada 31 Oktober mengundang kekeliruan dalam kalangan pendidik kerana tidak ada peperiksaan untuk Tahap 1 di bawah PBS, sebaliknya yang diamalkan adalah Pentaksiran Bilik Darjah.

Persoalannya, sudahkah dirujuk kepada pakar-pakar yang ada di Lembaga Peperiksaan ataupun pengurusan tertinggi Kementerian sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan untuk “menggantikan peperiksaan Tahap 1 dengan pentaksiran yang lebih objektif”?

Begitu juga kenyataan beliau untuk memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pada bulan September 2018 membuatkan warga pendidikan tinggi tertanya-tanya bagaimana mungkin perkara tersebut berlaku kerana AUKU melibatkan tentang pentadbiran dan pengurusan universiti sendiri.

Jika diteliti kenyataan beliau yang berhasrat untuk memulangkan hak kebebasan bersuara kepada mahasiswa, hak ini adalah berkaitan dengan Perkara 15 yang merujuk kepada aktiviti pelajar dan Perkara 16 yang melibatkan hal tatatertib dalam AUKU, bukannya keseluruhan Akta itu sendiri. Kenyataan ini juga mencetuskan tanda tanya - adakah YB Menteri Pendidikan merujuk kepada pindaan atau pemansuhan AUKU?

Masyarakat umumnya memahami niat murni YB Menteri Pendidikan untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Namun begitu dengan membuat pelbagai kenyataan yang mengelirukan warga besar kementerian akan menyebabkan suasana yang bercelaru dalam kalangan pelaksana pendidikan ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk setiap warga Kementerian Pendidikan, dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat pelaksana, menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk mengurangkan cakap dan bekerja keras demi menyediakan anak bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan kedaulatan negara yang tercinta.

Dr. Norhayati Ismail
loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/11/jangan-kelirukan-harapan-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor

Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1394 hits
Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor Sukacita pekeliling berkenaan pakaian dan tatacara pemakaian telah dikeluarkan pada 27 September 2018 Antara lain perubahan pemakaian batik kepada baju korporat pada hari Ahad ...
Jangan Terprovokasi Warga Diminta Percayakan Kasus Pembakaran Bendera Ke Polisi

Jangan Terprovokasi Warga Diminta Percayakan Kasus Pembakaran Bendera Ke Polisi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 263 hits
Terkait pembakaran bendera Hizbur Tahrir Indonesia yang bertuliskan kalimat Tauhid KH Baidlowi selaku ketua MUI Kota Malang meminta masyarakat melakukan langkah berhati hati HTI memang dilarang tetapi benderanya bertuliskan kalimat Tauhid s...
Warga Asing Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada Kdn

Warga Asing Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada Kdn

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 751 hits
KUALA LUMPUR Warga asing yang berada di negara ini namun gagal bekerja kerana ditipu ejen boleh menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkat...
Tolak Proyek Ka Bandara Solo Warga Sita Alat Berat Dan Usir Pekerja

Tolak Proyek Ka Bandara Solo Warga Sita Alat Berat Dan Usir Pekerja

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 342 hits
Proyek pembangunan jalur kereta api Bandara Internasional Adi Soemarmo Solo tak berjalan mulus Ratusan warga Kampung Bayan Kelurahan Kadipiro menggelar demonstrasi Selasa Mereka menyita alat berat dan mengusir pekerja agar tak lagi melanjut...
Bawa Anak Kucing Pria Di Depok Babak Belur Dipukuli Warga Karena Dikira Penculik

Bawa Anak Kucing Pria Di Depok Babak Belur Dipukuli Warga Karena Dikira Penculik

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 284 hits
Kapolresta Depok Kombes Didik Sugiarto mengatakan pria tersebut bukan penculik Tidak ditemukan bukti mengarah pada penculikan
Bos Toko Sembako Di Malang Dibunuh Seusai Dirampok Semasa Hidup Sering Abaikan Peringatan Warga

Bos Toko Sembako Di Malang Dibunuh Seusai Dirampok Semasa Hidup Sering Abaikan Peringatan Warga

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 352 hits
Karim Mullah alias Dullah 58 Warga Segaran Desa Kendalpayak Pakisaji Kabupaten Malang ditemukan tewas Jumat Duda sebatang kara yang merupakan pemilik toko sembako di pinggir jalan daerah Segaran Pakisaji ini ditemukan tergeletak dengan bers...
Ma Ruf Amin Persilakan Warga Menilai Pidato Prabowo Singgung Tampang Boyolali

Ma Ruf Amin Persilakan Warga Menilai Pidato Prabowo Singgung Tampang Boyolali

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 262 hits
Sekretaris Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Hasto Kristiyanto menuturkan aksi demo yang dilakukan warga Boyolali Jawa Tengah jelas menggambarkan keberatan mereka atas pernyataan Prabowo
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free