Jangan Kecundang Ditelan Dap




APABILA PH menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan membentuk Kerajaan Persekutuan, satu-satu parti komponennya yang paling cemerlang ketika itu adalah DAP. Dalam PRU berkenaan DAP bertanding 47 kerusi Parlimen dan menang di 42 kerusi iaitu menang di hampir 90 peratus dari kerusi yang ditandinginya. Ini merupakan pencapaian DAP yang terbaik dalam sejarahnya. 41 daripada Ahli Parlimennya bukan-Islam manakala hanya 1 Melayu atau Islam iaitu Tengku Zulpuri Shah yang menang di Parlimen Raub.

Menurut kajian dalam PRU berkenaan hasil dari sumbangan dan kerja-kuat DAP, calon-calon PH telah memperolehi 95 peratus dari undi kaum Cina manakala 70 ke 75 peratus undi kaum India. Dan sudah pastilah dengan sumbangan besarnya terhadap kemenangan PH maka layaklah DAP diberikan 6 kerusi Menteri penuh (PKR 7, BERSATU 6 dan Pan 5) dan 7 Timbalan Menteri (PKR 7, BERSATU 6, PAN 5). Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Dengan sumbangan besar terhadap kemenangan PH maka terbitlah DAP sebagai parti yang dominan dalam kerajaan, malah dari 113 kerusi Parlimen yang dikuasai PH ketika itu, lebih 60 terdiri dari wakil bukan-Islam dengan DAP sahaja menguasai 41. Ketika itu kuasa politik Melayu Islam layu digantikan dengan penguasaan politik bukan-Islam buat pertama kali dalam sejarah negara.
Dengan kemenangan besar dan luar biasa DAP itu tiada siapa yang mampu menahan atau menyekat kemaraan mereka. Langkah mereka memasuki Putrajaya sekali gus membuka pintu pagar ke arah penerapan dan pelaksanaan cita-cita perjuangannya yang telah terpendam sekian lama. Malaysia Baru ketika itu adalah Malaysia yang menghidupkan gagasan ‘Malaysian Malaysia’.
Mujurlah dengan takdir Tuhan mereka sekadar mampu bertahan sebagai kerajaan selama 22 bulan sahaja, segala cita-cita dan pelan mereka terbantut oleh kerana kuasa ditangan terlerai apabila Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakkan jawatan secara mengejut dan dengan itu robohlah kerajaan PH yang didominasi DAP.
Semua menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri PH terpaksa melepaskan kedudukan dan jawatan masing-masing demikian juga lantikkan politik mereka samada di dalam kerajaan, badan-badan berkanun mahupun GLC. DAP cukup kesal dan kecewa dengan tindakan Tun itu, bayangkan setelah berjuang lebih 50 tahun untuk menguasai Kerajaan Persekutuan, tiba-tiba bila tercapai ia tidak kekal lama dan terlucut begitu sahaja angkara Tun.
Kemudiannya penguasaan PH di Johor, Melaka, Perak dan Kedah turut terlucut, tinggallah PH bertahan cuma di Pulau Pinang, yang kekal sebagai kubu mereka selain Selangor dan Negeri Sembilan yang juga menunggu masa untuk berkecai.
Ekoran menguncupnya kuasa mereka itu secara mendadak DAP khasnya tidak berdiam diri. Jika PKR dan PAN masih luka tercedera angkara hilang kuasa, DAP terus bergerak menyusun jenteranya barangkali tidak sabar-sabar untuk kembali ke tampuk kuasa. Masalahnya pakatan pembangkang PH semakin lemah walaupun bukan DAP tetapi kelemahan PKR dan PAN serta lari keluarnya BERSATU dari pakatan mereka sukar memungkinkan DAP untuk kembali berkuasa.
Tun enggan bersama PH, Anwar Ibrahim dan PKR pula sibuk bermain dengan angka-angka yang tidak pernah menjadi manakala PAN pula terus bersedih, tetapi tidak DAP. Walaupun sukar untuk kembali berkuasa, DAP terus berkerja untuk memastikan mereka terus kuat agar boleh melancarkan serangan lagi bagi kembali berkuasa.
DAP sedar mereka tidak lagi boleh menenggek di atas populariti Tun kerana Tun sudah bersendirian dan enggan berkerjasama. PKR pula terlalu obses dengan mahu memahkotakan Presiden mereka sebagai PM manakala PAN terus hilang punca sehingga ada ADUN mereka yang melompat menyertai PKR. Lalu DAP menyusun langkah untu bergerak bersendirian.
Lim Guan Eng yang telah tamat tempuhnya menurut Perlembagaan DAP untuk kekal sebagai Setiausaha Agung dijangka diangkat sebagai Pengerusi baru partinya. Dalam pada itu Guan Eng sdang sibuk menyusun untuk kekal menguasai negeri-negeri teraju DAP iaitu Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.
Di Perak, Ngeh bersaudara kekal mencengkam penguasaan mereka dalam pemilihan DAP peringkat negeri sehingga meminggirkan bekas Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan sekutunya. Manakala di Pulau Pinang anak didiknya yang juga Ketua Menteri Chow Kon Yeow kekal sebagai Pengerusi dengan adik perempuannya Lim Hui Ying memperolehi undi keempat terbanyak dalam pemilihan DAP Pulau Pinang dan diangkat sebagai Setiausaha Negeri.
Walaupun beliau nanti tidak lagi Setiausaha Agung, Guan Eng dijangka akan kekal berkuku dalam DAP dengan dikelilingi soldadu-soldadu yang setia padanya, sesiapa sahaja yang mencabar atau menentangnya akan dipatah-patahkan.
DAP sedang giat menyusun jenteranya dipelbagai peringkat bagi memastikan undi kaum bukan-Melayu kekal pada mereka walaupun sudah ada tanda-tanda kelompok ini mula tawar hati yang terbukti dalam beberapa Pilihan Raya Kecil khasnya di Semenyih dan Tanjung Pia. Sementara itu DAP turut bersungguh mahu menonjolkan imej berbilang kaumnya dengan menaikkan pimpinan Melayu.
Dalam konvension DAP di Perak contohnya, Dr Aziz Bari memperolehi antara undi tertinggi diikuti Zairil Khir Johari di Pulau Pinang sementara Syarleena Abdul Rashid diangkat sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Negeri. Banyak lagi negeri juga dijangka menaikkan tokoh-tokoh Melayu bagi memberi gambaran seakan orang-orang Meayu semakin terbuka dan bersedia menerima perjuangan DAP.
Sudah pasti mereka berharap dengan sokongan padu masyarakat bukan Melayu itu, serta kepercayaan para pengundi Melayu, undi Melayu Islam bukan lagi milik Umno atau PAS tetapi akan mula mencurah ke arah mereka, mungkinkah ini berlaku?
Sesungguhnya ia tidak mustahil berlaku kiranya umat Melayu Islam berfikiran Liberal dan terpengaruh dengan janji-janji manis DAP. DAP yang sebelum ini ditolak masyarakat Melayu oleh kerana dilihat chavunis dan perkauman tidak mustahil boleh menjadi pilihan orang Melayu kiranya jarum-jarum mereka mengena.
Lihatlah di Negeri Selangor salah seorang calon Melayu mereka boleh menang di kawasan majoriti Melayu iaitu di kerusi DUN Dusun Tua. Dengan merekrut lebih ramai petugas dan penyokong Melayu khasnya dikalangan anak-anak muda tidak mustahil DAP kelak boleh kembali berkuasa dan nasib serta masa depan umat Melayu Islam akan kembali terumbang-ambing.
Untuk itu umat Melayu Islam wajar bermuafakat dan bersatu. Jangan berbalah dan bersengketa sesama sendiri sedangkan DAP sudah mula masuk ke kampung-kampung dan Tanah Rancangan FELDA. Belajar dan ambil iktibarlah dari kesilapan kita yang lampau khasnya dalam PRU ke 14 dahulu apabila kita berpecah dan bersaing sesama sendiri. 
Bersama kita hadapi DAP dan bersama kita pertahankan maruah umat Melayu hari ini dan sampai bila-bila. Jangan sekali-kali buka ruang buat mereka kita mungkin tiada lagi peluang kedua.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

– HARAKAHDAILY 25/3/2021




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/jangan-kecundang-ditelan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Dap Psb Have No Chemistry To Work With Gps Says Idris Buang

Pkr Dap Psb Have No Chemistry To Work With Gps Says Idris Buang

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 270 hits
Dato Idris Buang KOTA SAMARAHAN A Gabungan Parti Sarawak assemblyman has dismissed the possibility of working with the Democratic Action Party Parti Keadilan Rakyat and Parti Sarawak Bersatu due to a lack of chemistry
Akhlak Sombong Dibalas Akhlak Islam Oleh Dap

Akhlak Sombong Dibalas Akhlak Islam Oleh Dap

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 199 hits
MBalak ni angkuh sombong sangat dengan Penang sebab dia rasa dia berkuasa Tapi dia lupa kekuatan Qudrat dan Iradat Allah Allah yang Maha Berkuasa Klau Allah nak bagi jadi maka jadilah Kun fayakun ZUS DIN
Syarat No Anwar No Dap No Bersatu Tu Hanya Gula Gula Sebelum Pru

Syarat No Anwar No Dap No Bersatu Tu Hanya Gula Gula Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 291 hits
Walaupun zahid jelas sebut no anwar no umno no dap tapi dia juga mengatakan bhw umno bn terbuka utk bekerjasama dgn mana2 pihak lepas PRU 15 yg boleh terima dominasi umno bn Maksudnya bagaimana Maksudnya jika anwar dan d4p boleh terima umno...
Akar Umbi Umno Kena Kencing Dgn Slogan No Dap No Anwar

Akar Umbi Umno Kena Kencing Dgn Slogan No Dap No Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 292 hits
Makna nya lani kita takda perbincangan utk kerjasama dgn pkr bg hadapi pru15 Makna nya lepas pru15 kita bincang dan buat kira lah apabila kita tak cukop kerusi utk membentok kjaan Makna nya pkr dap tunggu standby kita akan sama2 membentok k...
Leong Ngah Ngah Retains Top Pahang Dap Post

Leong Ngah Ngah Retains Top Pahang Dap Post

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 252 hits
DAP veteran leader Leong Ngah Ngah today retained his position as Pahang DAP chief for the 2021 2024 term the third term he is heading the party leadership in the state The committee election which took place at the Pahang DAP Ordinary Stat...
Anwar Downplays Zahid S No Bersatu No Anwar No Dap Call

Anwar Downplays Zahid S No Bersatu No Anwar No Dap Call

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 215 hits
PKR president Anwar Ibrahim today downplayed Umno president Ahmad Zahid Hamidi s dismissal of his previous claim of discussions between their parties ahead of the 15th general elections Asked for comments on Zahid s speech at the Umno Annua...
Dap National Congress On June 20 Loke

Dap National Congress On June 20 Loke

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 279 hits
The DAP National Congress will be held on June 20 said its national organising secretary Anthony Loke Siew Fook Loke in a statement today said the matter was decided yesterday at the central executive committee meeting and it would be held ...
Undi 18 Apakah Umno Akan Menelan Umpan Dap

Undi 18 Apakah Umno Akan Menelan Umpan Dap

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 380 hits
Tidak ramai yang tahu betapa Lim Kit Siang dengan bangganya menyebut beliau adalah Ahli Parlimen pertama yang menyuarakan di Parlimen iaitu pada tahun 1971 usul supaya had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan supaya pengundi didafta...
Adun Teratai Letak Jawatan Dalam Dap Susulan Dakwaan Hubungan Sulit

Adun Teratai Letak Jawatan Dalam Dap Susulan Dakwaan Hubungan Sulit

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 509 hits
Malaysiakini Adun Teratai Bryan Lai telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor di tengah tengah dakwaan mempunyai hubungan sulit Buat masa ini jawatan itu dipangku oleh Adun Banting Lau Weng San Pengerusi DAP Selangor G...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco