Jangan Kamu Sia Siakan Dan Sakiti Orang Yang Mencintaimu
Assalamualaikum
Setiap kita ada jalan ceritanya tersendiri. Penuh dengan episode-episode yang memberikan pengajaran dalam hidup.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
Bertemu dan berpisah seperti menjadi asam garam dalam kehidupan.Bertemu dan berkenalan yang membuatkan hari-hari kita indah. Memikirkan dia buatkan kita tersenyum, hadirnya dia dalam hidup kita mengetarkan hati dan membuat nafas turun naik kerana teruja bertemu dengan seseorang yang kita sayang.
Di saat itu, Akulah orang paling bahagia dalam hidup ini. Setiap pagi mesej dia, telefon dia.Fikiran ini sering ingat tentang dia. Kata-kata penuh dengan manis bagaikan gula, sehingga semut lari kerana terlalu manis.
Sehari, seminggu, sebulan...
Berjalan seiringan waktu.
Kita mula melihat kekurangan diri dia,Nampak dengan jelas.Mula kurang berkomunikasi, mesej jarang. Kalau telefon pasti marah-marah ada sahaja hal bikin kita emosi.
Seadakan ada sesebuah perasaan yang membuatkan kita jenuh dan bosan
Kita mula menjauhkan diri.
Ada ketika dalam keadaan seperti ini ,mulalah muncul orang ketiga yang membukakan mata kita.Dia nampak seolah lebih baik dari pasangan kita.
Mulalah kita melupakan dia perlahan demi perlahan.
Ingat wahai acik sering ingin berpesan.
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai.Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaannya.Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.Asalkan tak rasa dipermainkan jangan memberi harapan yang menggunung.Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapannya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat.Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan Allah yang perlu kita hargai dan hormati.Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang.Ingat bagaimana saat waktu yang kita diawal bersama dia. Jangan sakiti dia, Hargailah dia. Andai tidak sehaluan maka berdiskusilah secara baik-baik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2019/10/jangan-kamu-sia-siakan-dan-sakiti-orang-yang-mencintaimu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+