Jangan Jual Aset Negara


SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, rakyat dihebohkan mengenai hutang negara yang dikatakan mencecah sebanyak RM1.065 trilion yang terdiri daripada RM752.2 bilion hutang rasmi kerajaan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan juga RM184.9 bilion tanggungan kerjasama kerajaan-swasta.

Justeru, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif di dalam mengawal paras hutang negara. Ini termasuklah mengurangkan pegangan kerajaan di dalam syarikat bukan strategik dan penjualan tanah milik kerajaan secara berjadual.

Kesemua inisiatif ini jika dilihat secara teliti ia merujuk kepada aktiviti menjual aset-aset negara.

Bagi mengurangkan pegangan kerajaan di dalam syarikat bukan strategik misalnya, kerajaan menerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pada November 2018 yang lalu telah melepaskan pegangan 16% saham IHH Healthcare Berhad (IHH) dengan nilai RM8.42 bilion kepada Mitsui & Co. Ltd., sebuah syarikat Jepun
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Khazanah sekali lagi menjual 40 juta sahamnya dalam syarikat perbankan yang berpangkalan di Filipina, BDO Unibank Inc. dengan nilai RM415 juta.

Mengiringi tindakan ini adalah Axiata Group Berhad yang juga anak syarikat Khazanah yang turut menjual kesemua 28.7% pegangan saham mereka di dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte. Ltd. pada harga RM1.65 bilion.

Penjualan aset-aset strategik ini juga dilihat janggal kerana pegangan aset-aset ini sebenarnya memberikan pulangan dividen yang lumayan kepada kerajaan.

Misalnya, nilai IHH pada tahun 2017 mencecah AS$11 bilion dengan hasil penjualan tahunan RM11.1 bilion yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai RM2.3 bilion.

Manakala, pelaburan Axiata dalam M1 yang bermula sejak tahun 2005 telah menyumbang kepada pertumbuhan Axiata dengan dividen berjumlah RM1.1 bilion sejak 10 tahun lalu.

Dalam hal ini, Khazanah selaku syarikat pelaburan strategik negara dilihat telah diperah secukupnya bagi memenuhi keperluan kewangan semasa kerajaan dari semasa ke semasa.

Selain Khazanah, Petronas yang juga satu-satunya syarikat tempatan yang tersenarai di dalam senarai syarikat terbesar dunia, Fortune Global 500 juga ditekan apabila dipaksa membayar dividen khas yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia pada tahun 2019 iaitu RM30 bilion.

Jika ketika mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Khazanah melakukan ‘pelaburan yang melucukan’.

Ini kerana mereka melakukan banyak penjualan aset-aset strategik di samping mengingatkan bahawa peranan asal Khazanah iaitu di dalam memacu aspirasi ekonomi negara dan membantu meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera.

Namun, tindakan kerajaan di bawah kepemimpinan beliau kini dilihat cuba melakukan perkara yang sama dengan turut menjual aset-aset strategik milik negara secara umumnya atau pun Khazanah secara khususnya.

Adakah perkara ini berada di luar kawalan beliau sedangkan Perdana Menteri kini adalah Pengerusi Khazanah dan juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah ahli lembaga pengarah Khazanah.

Ataupun adakah mereka sebenarnya sedar tetapi terpaksa melakukan perkara sedemikian demi menyelesai masalah hutang negara dengan cara yang mudah.

Sekiranya aset-aset negara terpaksa dijual bagi memenuhi obligasi semasa kerajaan, maka apakah lagi yang tinggal untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Apakah suatu hari nanti anak cucu masih dapat berbangga dengan aset-aset dimiliki negara yang tercinta.

Adakah tindakan ini hanya bagi menyelesaikan masalah semasa tanpa melihat kepada pulangan dalam jangka panjang.

Akhirnya, mereka melakukan apa yang mereka kritik pada satu ketika dahulu. Maka, mereka sedikit sebanyak mengikuti kata tanda pagar yang tular ketika ini iaitu #MaluApaBossku.

Oleh: Muhammad Iqmql Hisham Kamaruddin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/03/jangan-jual-aset-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khazanah Lubuk Kartel Ph Jual Aset Negara

Khazanah Lubuk Kartel Ph Jual Aset Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 407 hits
Oleh ANINA SAADUDINLaporan terkini yang terpampang di dada dada akhbar memaparkan berita sedih tentang KHAZANAH yang mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion pada tahun 2018 di bawah kartel Pakatan Harapan Tidak berapa lama selepas mengambil ...
Kerajaan Ph Teruskan Agenda Jual Aset Negara Yang Dikumpul Bn Najib

Kerajaan Ph Teruskan Agenda Jual Aset Negara Yang Dikumpul Bn Najib

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 408 hits
Kerajaan PH telah meneruskan agenda mereka untuk jual aset negara yang dikumpul pada masa kerajaan BN IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8 42 bilion Syarikat telco M1 juga telah dijual...
Soal Lahan Di Aceh Kaltim Hashim Sebut Prabowo Selamatkan Aset Negara

Soal Lahan Di Aceh Kaltim Hashim Sebut Prabowo Selamatkan Aset Negara

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 233 hits
Menurutnya lahan tersebut merupakan aset yang diperoleh dari lelang Badan Penyehatan Perbankan Nasional pada 2004
Banyak Lagi Aset Khazanah Boleh Jual Jual Lagi Semasa Harga Murah

Banyak Lagi Aset Khazanah Boleh Jual Jual Lagi Semasa Harga Murah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 294 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempertikaikan nilai aset bersih Khazanah Nasional yang turun sebanyak 21 6 peratus menjadi RM25 bilion berbanding jumlah RM91 bilion pada akhir tahun 2018 dan RM116 bilion tahun sebelumnya Katanya Khazanah...
Jangan Dibakar Keamanan Negara Mufti Perlis

Jangan Dibakar Keamanan Negara Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Selepas muncul sekali lagi hantaran media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia tidak lagi boleh dianggap sebagai kes terpencil Sebaliknya kata Mohd Asri ia menunjukkan ada ke...
Is Neac 2 0 To Endorse Jual Negara Including Th S Asset

Is Neac 2 0 To Endorse Jual Negara Including Th S Asset

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 286 hits
Much publicity coverage and hope was given to the National Economic Action Council 2 0 but a month later nothing happenned It was to be action oriented and none of the talk study overseas tour analyse seminar and back and forth anymore They...
Reit Bukan Jual Aset Najib Sekolah Kan Wan Azizah Tpm

Reit Bukan Jual Aset Najib Sekolah Kan Wan Azizah Tpm

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 320 hits
Kumpul hartanah hartanah Benarkan para pelabur institusi dan individu mengambil bahagian Macam ini pun bukan bermaksud jual kepentingan dalam hartanah kerajaan ke Kerajaan PH nak tipu siapa Boleh baca di sini Apa itu REIT Hal ini membenarka...
Yuk Kenali Ragam Pelat Nomor Kendaraan Pejabat Negara Jangan Tahunya Ri 1 Doang

Yuk Kenali Ragam Pelat Nomor Kendaraan Pejabat Negara Jangan Tahunya Ri 1 Doang

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 229 hits
Ada yang bisa tebak pelat kenegaraan ini sampai nomor berapa Pernah lihat RI 30 atau 40
Penjualan Aset Negara Tora Datang Lagi

Penjualan Aset Negara Tora Datang Lagi

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 328 hits
Tora Datang Lagi Untuk tunjukkan kerugian besar mereka membuat penilaian semula aset Melalui penciptaan kerugian baru maka ada peluang proposal pengambilalihan masuk Ada peluang bagi kroni datang selamatkan Ada peluang peguam buat duit Ada ...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop