Jangan Jadikan Skrip Jawi Tabu


PENGEDARAN borang pilihan persetujuan ibu bapa untuk pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu bagi murid tahun empat di sekolah jenis kebangsaan (SJK), pada setiap kali bermula sesi persekolahan baharu yang dilihat Dong Jiao Zong sebagai membazir waktu kerana melakukan perkara sama saban tahun sebenarnya bukan sahaja keperluan penting, ia kemestian wajib.

Ini kerana ia melibatkan kumpulan murid baharu, iaitu di darjah empat pada tahun berkenaan yang akan terlibat dengan pendidikan tulisan Jawi sepanjang pelajaran mereka di tahap dua, iaitu darjah empat, lima dan enam.

Oleh itu, ia yang dilaporkan sebagai soal selidik, bukan tinjauan untuk memperoleh pandangan tetapi merupakan mesyuarah perundangan yang mengikat dua pihak, iaitu Kementerian Pendidikan dan ibu bapa murid yang terlibat.

Melalui borang ini, sudah tentu perangkaan penerimaan dan penolakan terhadap pendidikan tulisan Jawi akan tidak sama pada setiap tahun. Dalam hal ini, walaupun rata-rata ditolak melalui peratusan tinggi, ia kini mula memperlihat perubahan yang walaupun belum signifikan, iaitu kecenderungan penerimaan yang sedikit meningkat.

Sebenarnya terdapat ibu bapa Cina yang memang mahu anak mereka mempelajari tulisan Jawi. Namun, keputusan sama ada boleh mempelajarinya ataupun tidak terletak sepenuhnya pada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sesebuah SJK itu.

Sehubungan itu, untuk manfaat mereka yang ikhlas mahu mempelajari tulisan Jawi, menjadi kewajipan Kementerian Pendidikan membekalkannya melalui cara sedia ada, iaitu sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang yang menginginkan sesuatu pelajaran yang ada dalam kurikulumnya, ia hendaklah ditawarkan kepada mereka.

Sebenarnya dalam ketidakwarasan kebanyakan etnik Cina menolak pendidikan tulisan Jawi ini yang banyak dihasut pihak cauvinis Cina tertentu, masih terdapat orang Cina yang sihat pemikiran untuk tidak menolak perkara sepraktikal ini, iaitu kepentingan skrip Jawi dalam menguasai bahasa Melayu secara holistik.

Setakat ini sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang tidak menolak pendidikan tulisan Jawi ini adalah hanya yang mengandungi murid bukan Cina, khususnya Melayu yang agak ramai sehingga syarat nilai ambang 50 peratus itu tidak dapat lagi ditolak PIBG.

Dalam hal terima dan tolak ini, berdasarkan satu perangkaan, didapati 98.23 peratus SJKC, iaitu 1,275 daripada kesemua 1,298 buah tidak mahu menerimanya.

SEMENGGAH
Tidak dapat dinafikan isu tulisan Jawi di SJK telah memecahbelahkan kita semua, walhal ia sepatutnya menjadi pengikat untuk kita lebih bersatu padu. Perpecahan ini antaranya kerana kita masih saling mencurigai meskipun sudah sekian lama bernegara sama di bumi Malaysia.

Sehubungan kebimbangan pendidikan tulisan Jawi sebagai proses pengislaman adalah bukan sahaja tidak masuk akal, ia yang diada-adakan sebenarnya memperlihat sikap tidak semenggah (patut) etnik Cina.

Dalam hal ini, tulisan Jawi sengaja mahu difobiakan untuk dijadikan tabu yang perlu dijauhi sama sekali di SJKC yang walaupun kini mempunyai enrolmen murid Melayu yang sederhana besar. Sebagai tabu, ia larangan yang harus sesekali dielakkan kerana boleh mendatangkan akibat buruk. Dalam kes ini, tulisan Jawi mahu disifatkan sebagai ancaman kepada identiti SJKC, yang harus dipertahan agar tidak mengandungi unsur Melayu yang difikirkan berlebihan. Ia tidak sepatutnya begitu kerana SJKC juga perlu mengangkat unsur Melayu kerana ia sekolah kebangsaan dalam bentuk lain sahaja.

Sepatutnya pendidikan tulisan Jawi ini diterima baik sebagai bukan sahaja tanda muhibah antara kita, ia sama-sama kita jadikan tapak perpaduan mangkus (mujarab) dengan kesediaan ikhlas kelompok minoriti untuk mendukung lambang dan proses sosiobudaya kelompok majoriti dan dominan sebagai identiti negara.

Ini penting kerana ia dipersetuju bersama dalam perjanjian etnik semasa kemerdekaan dahulu dan kini mahu direalisasikan dalam kes tulisan Jawi ini.

Etnik Cina Kelantan dikenali sebagai kelompok yang banyak berjaya beradaptasi dengan persekitaran Melayu. Bagi Cina bandar atau totok, ia berupa akomodasi, manakala bagi Cina kampung atau peranakan, ia asimilasi.

Akan tetapi, amat menghairankan apabila tidak ada langsung SJKC di Kelantan yang mahu menerima pendidikan tulisan Jawi ini. Ini sangat luar biasa apabila beberapa negeri yang terkenal dengan konservatisme Cina yang tebal, memperlihat ada juga SJKC tidak menolak pendidikan tulisan Jawi ini. Apakah yang sudah terjadi kepada etnik Cina Kelantan yang liberal itu?

Sebenarnya tiada apa-apa langsung yang tersirat di sebalik pendidikan tulisan Jawi ini. Ia hanya keikhlasan yang mahu menonjolkan identiti negara dalam aspek bahasa negara kita yang terdiri daripada dua skrip tulisan. Dalam pada itu, bahasa Melayu adalah hanya satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua skrip tulisan.

Oleh itu,kita semua hendaklah berbangga dengan fakta ini dengan ikut mengetahui dan menguasainya. Memusuhinya sehingga mahu menganggapnya tabu, khususnya dalam kehidupan nasional sudah tentu bukan cara kelompok minoriti yang baik membawa diri di rantau kelompok majoriti.

Oleh: PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong  
Lihat juga: Chinese have rejected BM for 100 years

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/jangan-jadikan-skrip-jawi-tabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dah Beri Amaran Jangan Kahwin Lagi Isteri Serbu Majlis Ibu Mertua Siap Tampar Muka Anaknya

Saya Dah Beri Amaran Jangan Kahwin Lagi Isteri Serbu Majlis Ibu Mertua Siap Tampar Muka Anaknya

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 300 hits
The ReporterMajlis perkahwinan seorang anggota polis di Chai Nat Thailand berakhir dengan rasa malu setelah isterinya yang berpakaian serba hitam datang menyerbu dan menunjukkan sijil perkahwinan mereka untuk membuktikan pengantin lelaki it...
Syarikat Penghantar Makanan Jangan Abai Kebajikan Rider Shahrul

Syarikat Penghantar Makanan Jangan Abai Kebajikan Rider Shahrul

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 184 hits
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Shahrul Nasrun menyampaikan 200 topi keledar kepada barisan penghantar makanan yang disumbangkan Pergerakan Pemuda UMNO Ampang hari ini KUALA LUMPUR Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan diingatkan men...
Meskipun Pahit 4 Manfaat Peria Jangan Dilepaskan

Meskipun Pahit 4 Manfaat Peria Jangan Dilepaskan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 404 hits
Peria merupakan salah satu tumbuhan yang mudah ditemukan di negara kita Umumnya ramai menganggap peria sebagai sayur sebenarnya peria termasuk ke dalam golongan buah buahan kerana memiliki biji di dalamnya Kebiasaannya buah peria ini sering...
Bisul Di Anggota Badan Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya Ambil Tahu Punca Gejalanya

Bisul Di Anggota Badan Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya Ambil Tahu Punca Gejalanya

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 618 hits
Bisul Di Anggota Badan Jangan Gatal Nak Picit Ye pernah kan Haa sebelum tu kena tahu apakah punca dan gejalanya Tak boleh sesuka picit meskipun dah terasa geram Huhu Oh lagi satu bisul tak semestinya muncul disebabkan tak jaga kebersihan Ad...
Jangan Melalak Bila Kena Gari Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Untuk Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

Jangan Melalak Bila Kena Gari Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Untuk Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 248 hits
Jangan melalak bila kena gari Mahkamah keluarkan waran tangkap untuk Muhammad Sajjad KamaruzzamanSetelah gebang beberapa kali di media sosial mengenai dirinya diberi layanan yang tidak baik oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari 202...
Jangan Kita Melebih Lebih

Jangan Kita Melebih Lebih

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 319 hits
Assalammualaikum wbtJANGAN KITA MELEBIH LEBIHTuhan berhak menguji Tuhan yang berhak juga menilai Jangan Kita Melebih lebihSama sama manusia jangan asyik mahu menguji dan membuat penilaian seolah olah mahu mengambil alih tugas Tuhan SekianSe...
Menteri Agama Jangan Kalut Pasal Liverpool Tumpulah Pada Urusan Perkasa Institusi Agama

Menteri Agama Jangan Kalut Pasal Liverpool Tumpulah Pada Urusan Perkasa Institusi Agama

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 246 hits
February 22 2021 Menteri Agama tak payah dok kalut sangat bab bola bab kelab Liverpool yang dia minat Aku pun minat bola juga walaupun tak berapa pandai main Tapi taklah nak kalut sangat Aku tak kisah pun kelab mana menang atau kalah sebab ...
Sudah La Umno Jangan Lagi Tipu Melayu

Sudah La Umno Jangan Lagi Tipu Melayu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comUmno tolak jawatan TPM mahu tamat kerjasama dengan PN SumberPresiden Umno membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung di Janda Baik Pahang pada Jumaat lalu NORMAN RADZUANSUDAH SUDAH LA NAK TI...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas