Jangan Jadi Big Brother Wartawan Kanan Sound Skmm



Sekumpulan wartawan veteran memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak bertindak seperti "Big Brother" berikutan beberapa siri ancaman dan sekatan ke atas media di negara ini, dengan mengatakan ia adalah peringatan kepada amalan pentadbiran terdahulu untuk mendiamkan pengkritik terhadap elit politik.

Mereka berkata tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pengawal selia internet di bawah bidang kuasa Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil baru-baru ini, menunjukkan trend membimbangkan terhadap media berulang.
“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.
“Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian,” kata wartawan terkemuka, Johan Jaaffar dan A Kadir Jasin; bekas pengerusi Bernama Azman Ujang; bekas pengarang Bernama, Yong Soo Heong dan Zakaria Wahab, serta aktivis veteran media Hussamuddin Yaacob, Chamil Wariya dan G Manimaran dalam satu kenyataan bersama semalam.
Kenyataan itu dibuat susulan beberapa siri sekatan ke atas portal berita serta permintaan daripada SKMM kepada platform media sosial untuk menurunkan kandungan yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Berikut adalaha kenyataan bersama mereka..
SKMM harus berhenti daripada bertindak sebagai 'Big Brother' - Wartawan Kanan
KAMI sama sekali tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai "Big Brother" (Abang Besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian.
Kami bimbang sejak akhir-akhir ini pengamal media telah dipanggil oleh SKMM untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang mereka bawa menerusi portal berita dan laman dalam talian mereka.
Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai "menyinggung” itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.
Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian.
Kita telah melihat bagaimana kerajaan-kerajaan terdahulu, walaupun hanya kerana aduan kecil daripada orang ramai atau pihak elit pemerintah, telah diambil tindakan dengan pantas walaupun tindakan seumpama itu tidak perlu sama sekali.
Kerajaan pada hari ini dipilih atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat yang bebas dan untuk menjamin kebebasan media.
Aduan daripada para pengamal media bahawa laman web mereka telah disekat semakin meningkat. Ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta-merta.
Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain, dan oleh itu, menyekat laman web bukanlah salah satu daripadanya.

Walaupun kami memahami Internet telah menjadi pencetus kebencian dan penyebar maklumat yang salah namun kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika.
Alam media sosial yang tidak terkawal boleh difahami sebagai masalah. Kami mengakui bahawa maklumat salah dan berita palsu (fake news) sudah sampai pada tahap krisis.
Bagaimanapun kami juga percaya peranan yang harus dimainkan oleh media bebas di negara ini. Kerajaan mesti memastikan ekosistem yang betul dan persekitaran yang kondusif untuk pengamal media bekerja tanpa rasa takut dan pilih kasih.
- Tan Sri Johan Jaaffar - Datuk A Kadir Jasin - Datuk Hussamuddin Yaacob - Datuk Seri Azman Ujang - Datuk Dr Chamil Wariya - Datuk Yong Soo Heong - Datuk Zakaria Wahab - Dr G Manimaran

Apa dah jadi?.. pertama kali dalam sejarah ni bila sekumpulan Wartawan Kanan mempertikaikan tindakan SKMM secara terbuka.. 

Video sila lihat di SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/jangan-jadi-big-brother-wartawan-kanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop Acting Like Big Brother Media Veterans Tell Mcmc

Stop Acting Like Big Brother Media Veterans Tell Mcmc

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 200 hits
A group of veteran media professionals have taken issue with the Malaysian Communications and Multimedia Commission for blocking online news publications and questioning journalists which they claim is being done arbitrarily They urged the ...
We Re Just Doing Our Job Says Mcmc Over Big Brother Claim

We Re Just Doing Our Job Says Mcmc Over Big Brother Claim

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 235 hits
MCMC said news outlets had been found to spread misleading information or intentionally publish inaccurate content PETALING JAYA The Malaysian Communications and Multimedia Commission has highlighted the alarming increase in news reports th...
Jangan Terburu Buru Lap Mulut Tangan Anak Ketika Mereka Makan Messy Eating Bantu Perkembangan Anak

Jangan Terburu Buru Lap Mulut Tangan Anak Ketika Mereka Makan Messy Eating Bantu Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 248 hits
Sesetengah ibu bapa pula apabila melihat makanan bersepah dan anak comot mereka lebih rela menyuapkan anak makan berbanding membiarkan anak makan sendiri Sabar Jika anda tahu kebaikan jika membiarkan anak makan bersepah pasti anda membiarka...
Bila Berniaga Jangan Kedekut Bayar Gaji Segera Ambil Pekerja Dan Besarkan Perniagaan

Bila Berniaga Jangan Kedekut Bayar Gaji Segera Ambil Pekerja Dan Besarkan Perniagaan

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 397 hits
Ada satu petua menarik tentang memilih orang yang anda mahu jadikan ketua paling tinggi di dalam organisasi yang anda bina Carilah individu yang paling bijak dan dalam masa yang sama paling malas Jika individu sedemikian seorang yang punya ...
Jangan Jadi Bengong

Jangan Jadi Bengong

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 415 hits
KONSEP JAMAAH ISLAM MEMBAWA KEPADA PERPADUAN DI SELEWENG ORANG ISLAM MEMANG RAMAI NAMUN FIKIRAN SEKULARSEBAB ITU MEREKA TAK BOLEH DIGELAR JAMA AH ISLAMYANG PALING HAMPEH YANG MENGAKU SEBAGAI ISLAMTAPI TOLAK DASAR PERJUANGAN JAMA AH CER TENG...
Saman Dan Jangan Beri Peluang

Saman Dan Jangan Beri Peluang

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 166 hits
Dicadangkan YB Galas dan YB Kota Lama mengambil tindakan undang undang dan menyaman MB Kelantan di atas kata kata beliau Jangan bagi muka seinci pun Saman walaun sampai mereka terlentang
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Month Later Still Here

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

Drama Abang Imam Minah Skuter

Saat Aku Serba Salah Siapa Aku Sebenarnya

Apakah New Age Movement Ketahui Ajaran Amalan Isu Akidah