Bila Berniaga Jangan Kedekut Bayar Gaji Segera Ambil Pekerja Dan Besarkan Perniagaan




Ada satu petua menarik tentang memilih orang yang anda mahu jadikan ketua paling tinggi di dalam organisasi yang anda bina. Carilah individu yang paling bijak dan dalam masa yang sama paling malas.
Jika individu sedemikian seorang yang punya cita-cita tinggi, maka dia akan jadi boss yang cemerlang untuk membantu anda membina organisasi ke tahap yang paling tinggi.
Untuk cari pekerja bawahan pula, pastikan anda ambil mereka yang tak berapa bijak tetapi sangat rajin. Letakkan mereka di bawah individu yang saya sebut di atas tadi, maka organisasi anda akan melonjak naik dengan hebat.
Secara ringkasnya, hanya 2 kategori di atas saja yang perlu anda pertimbangkan untuk diambil pekerja. 'bijak tetapi malas', dan 'kurang bijak tetapi rajin'. 
Selain dari 2 kategori itu, tak payah pertimbangkan.
Maksudnya, pastikan tak ada pekerja anda yang masuk kategori bijak dan rajin, tak perlu juga ada mereka yang bodoh dan malas.

Bijak & Malas - YES, Jadikan Boss BesarBodoh & Rajin - YES. Jadi orang bawahan Boss Besar di atasBijak & Rajin - NO, buang dan biarkan dia kerja sendiri saja.Bodoh & Malas - NO, tak perlu risau sebab mereka tak akan keluar cari kerja.Ingat petua tersebut dalam menguruskan organisasi anda. Saya tak akan terangkan rasional kenapa jadi begitu di sini. Insyaallah dalam artikel lain mungkin akan di terangkan.
Ambil pekerja secepat mungkin
Jika anda berniaga, waktu awal menjalankan perniagaan memanglah perlu usaha kurangkan kos serendah mungkin. Itu boleh difahami untuk pastikan bisnes anda dapat bertahan dan maju ke depan.
Sebab itu usahawan yang tulin, hampir semuanya akan bermula dengan melakukan sendiri hampir semua kerja yang dia boleh. Disamping menjimatkan kos, dia juga perlu selami selok belok perjalanan dan segala masalah yang perlu dilalui.
Tapi jangan kekal buat semua kerja sendiri terlalu lama. Berusaha sebaik mungkin sehingga anda mampu merekrut pekerja dengan cepat. Itu juga sebabnya kenapa anda perlu lalui fasa di mana semua kerja perlu dibuat sendiri terlebih dahulu supaya anda dapat ajar orang bawah bila dah mampu merekrut pekerja nanti.
Dengan buat semua kerja sendiri terlebih dulu, kemudian mula rekrut dan ajar orang bawah, anda boleh pastikan tugas yang perlu diserahkan kepada pekerja bawahan. Sebagai usahawan, anda akan hidup susah jika tak tahu atau tak mahu serahkan tugas pada orang bawahan.
Kalau boleh, semua tugas elok diserahkan pada orang bawah saja. Anda hanya buat kerja yang strategik iaitu, berfikir bagaimana nak memudahkan lagi semua tugasan, dalam masa yang sama meningkatkan kecekapan.
Mula uruskan pekerjaUntuk pastikan syarikat berkembang anda perlu segera mengambil pekerja sebaik saja kewangan mengizinkan.

Paling kurang mulakan dengan mengambil kerani yang melakukan kerja-kerja remeh-temeh seperti menaip surat, mengisi borang, menyusun fail, angkat telefon, buat inbois, hantar surat, fax, pentadbiran mudah dan lain-lain lagi.
Saya ada kenal beberapa kawan usahawan yang buat semua kerja perkeranian yang disebut di atas itu sendiri. Kerja remeh yang banyak sehingga seluruh ahli keluarga yang tak ada kena mengena terpaksa turun tolong laksanakan kerja-kerja tersebut. Jangan sampai jadi sebegitu.
Bila dah ada pekerja, berikut beberapa petua bagaimana anda boleh menguruskan mereka dalam memberikan tugasan. 
Ingat! setiap pekerja tidak sama keupayaannya. Ia bergantung pada tahap mana anda harapkan dia bertugas, samada tahap perkeranian ataupun tahap pengurusan rendah, sederhana atau tinggi.
Ini apa yang anda perlu lakukan.
Memberi arahan – jika pekerja anda baru mula bekerja atau sedang belajar perkara yang baru. Jangan main lepas dengan anggapan dia sudah tahu semua.Memberi bimbingan – jika pekerja anda sedang belajar perkara baru tapi memerlukan kebebasan melakukan kesalahan untuk belajar. Biasanya jenis ini nampak berpotensi dan berani mencuba dan ada sikap mahu maju.Memberi sokongan – Jika pekerja anda berpotensi tinggi tetapi kurang berkeyakinan. Jenis pekerja sebegini berpengalaman, cuma tidak pernah diberikan tanggung jawab penuh untuk mengepelai sesuatu tugasan.Mewakilkan – Jika pekerja anda bermotivasi tinggi, cekap dan berpengalaman. Jenis ini biasanya berpotensi untuk anda lepaskan membuat kesemua tugasan tanpa pemantauan yang ketat. Anda cuma perlu dapatkan maklumat darinya sekadar untuk tahu dan bukannya untuk mengajar. Anda perlukan jenis pekerja sebegini untuk membolehkan anda tak ke pajabat sebulan tanpa memberikan apa-apa kesan pada perjalanan syarikat.Jangan ragu-ragu untuk membentuk satu kumpulan yang mantap dalam syarikat anda dan biarkan mereka menjadi orang penting dalam membawa syarikat ke tahap yang lebih bagus.
Anda sebagai boss tak perlu buat apa-apapun selain daripada menggunakan otak dan mencari idea bagaimana untuk buat 2 perkara penting berikut.

Bagaimana nak jadikan syarikat sebagai majikan yang semua orang hebat berebut nak kerja.Bagaimana dapat jadikan syarikat di mana semua orang yang ada duit berebut nak berurusan. Bank nak bagi anda duit, pelanggan nak beli produk atau servis, pelabur nak suntik dana masuk dan sebagainya.
2 perkara itu saja yang paling penting buat pemilik syarikat. Selain dari urusan itu, serahkan pada orang bawah atau kumpulan mantap yang telah anda bentuk.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/08/jangan-kedekut-ambil-pekerja-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Cabaran Ambil Pekerja Yang Buat Anda Tidak Mampu Besarkan Perniagaan

6 Cabaran Ambil Pekerja Yang Buat Anda Tidak Mampu Besarkan Perniagaan

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 292 hits
Apakah sebab sebab yang menghalang anda sebagai seorang usahawan membesarkan perniagaan yang anda sedang jalankan Cuba lihat di sekeliling Rata rata perniagaan yang dikendalikan oleh orang Melayu terutamanya adalah kecil kecil belaka Mungki...
Hiburan Jangan Pandai Hutang Tapi Tak Bayar Pemain Bola Sepak Tempatan Dituntut Lunas Hutang Rm100 000

Hiburan Jangan Pandai Hutang Tapi Tak Bayar Pemain Bola Sepak Tempatan Dituntut Lunas Hutang Rm100 000

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 233 hits
Tular di media sosial sejak semalam apabila seorang wanita dilihat menagih hutang daripada seorang pemain bola sepak tanah air di TikTok Dalam video tersebut wanita berkenaan memuat naik foto pemain bola sepak berkenaan berserta nama penuh ...
Gaji Akan Dinaikkan Bermula Tahun Hadapan

Gaji Akan Dinaikkan Bermula Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 165 hits
Gaji Akan Dinaikkan Bermula Tahun Hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan niat kerajaan untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam melalui Belanjawan Madani kedua yang akan diutarakan di Parlimen pada bula...
9 Pekerjaan Paling Santai Tapi Gaji Kalah Perdana Menteri

9 Pekerjaan Paling Santai Tapi Gaji Kalah Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 239 hits
9 pekerjaan paling santai tapi gaji kalah Perdana Menteri Ada satu page ni menyenaraikan 9 pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi antaranya Youtuber artis ahli sukan agen hartanah kerja di Singapura dan sebagainya Aku tak tau lah dari man...
Cuepacs Yakin Kerajaan Tunai Janji Naik Gaji Penjawat Awam

Cuepacs Yakin Kerajaan Tunai Janji Naik Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 169 hits
KUALA TERENGGANU Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam yakin kerajaan akan menunaikan janji untuk menaikkan gaji penjawat awam biarpun keputusan pilihan raya negeri di beberapa negeri menyaksikan kekalahan teruk gabungan ...
Orang Gaji Rm140 Ribu Sebulan Dedah Apa Dia Buat Dengan Duit Banyak Sebegitu

Orang Gaji Rm140 Ribu Sebulan Dedah Apa Dia Buat Dengan Duit Banyak Sebegitu

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 203 hits
Orang gaji RM140 ribu sebulan dedah apa dia buat dengan duit banyak sebegitu Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140 000 sebulan saya tanya dia dia buat apa dengan duit banyak begitu Sesudah semua hutang selesai buat ha
Pemikiran Orang Kaya Vs Orang Miskin Pada Hari Gaji

Pemikiran Orang Kaya Vs Orang Miskin Pada Hari Gaji

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 269 hits
Apa pemikiran orang kaya berbanding pemikiran orang miskin pada hari gaji Orang kaya sentiasa berfikir jangka panjang dan fokus untuk tambah simpanan harta agar tahap kekayaan semakin kukuh dalam 3 hingga 5 tahun akan datang Manakala orang ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta