Jangan Ingkari Kebaikan Suami



Ketika seorang isteri melihat ada satu kesalahan yang dilakukan suami, atau ada satu perbuatan suami yang kurang menyenangkan bagi dirinya, hendaklah seorang isteri selalu banyak mengingat kebaikan-kebaikan suaminya yang lain. Dan hendaknya tidak mengingkari kebaikan suaminya selama ini.

Mengingkari kebaikan-kebaikan suami adalah di antara sebab yang memasukkan para wanita ke neraka.

Contoh, ucapan isteri: “Abang, mengapa abang TIDAK PERNAH beri perhatian pada saya!”
Pada situasi tersebut, isterinya sangat perlukan perhatian suami, dan boleh jadi ketika itu suaminya baru pulang kepenatan dan ingin berehat. Dan pada kebiasannya, suaminya memang selalu mengambil berat keperluan isterinya.

Contoh lain, ucapan isteri: “Abang, mengapa abang TIDAK PERNAH belikan hadiah untuk saya?”
Pada situasi tersebut, isteri minta dibelikan barang hadiah yang mahal, dan suami keberatan kerana ada keperluan lain yang lebih mendesak untuk diperhatikan. Dan pada kebiasaannya, ada saja hadiah yang dibelikan suami.

Mengapa Banyak Wanita Menghuni Neraka?

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

وَأُرِيتُ النَّارَ، فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَاليَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ، وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
“Diperlihatkan kepadaku neraka, dan aku tidaklah melihat pemandangan yang lebih mengerikan pada hari itu. Aku melihat majoriti penghuninya adalah para wanita.”

Para sahabat mengatakan: “Wahai Rasulullah, apa sebabnya?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan:

بِكُفْرِهِنَّ
“Dengan sebab kekafirannya.”

Para sahabat bertanya lagi: “Kerana kekafiran mereka terhadap Allah?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:

يَكْفُرْنَ العَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا، قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Kerana mereka mengingkari (kebaikan) suami, mereka mengingkari kebaikan (orang lain). Jika Engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka bertahun-tahun lamanya, kemudian mereka melihat darimu sesuatu (satu kesalahan), maka mereka mengatakan: ‘Tidaklah aku melihat satu kebaikan pun darimu sama sekali’.”

(HR. Bukhari no. 1052 dan Muslim no. 907)

Dalam hadith di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan sebab mengapa wanita banyak menghuni neraka. Iaitu, ketika suami berbuat satu saja kesalahan, kemudian isteri mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama ini –bertahun-tahun lamanya-, iaitu: “Tidaklah aku melihat satu kebaikan pun darimu sama sekali.”

Padahal, sudah banyak kebaikan yang suami lakukan untuk isteri. Dalam kata-kata hikmah disebutkan: “Panas setahun dihabiskan hujan sehari.” Ertinya, kebaikan yang banyak menjadi hilang dan tidak ada nilainya kerana satu kesalahan yang dibuat.

Siapa saja hendaklah bersikap adil. Kalau memang keadaannya “kadang-kadang”, katakanlah “kadang-kadang”. Kalau memang keadaannya “jarang”, katakanlah “jarang”. Kalau “kadang-kadang” suami pulang lambat tanpa memberi khabar kerana lupa, katakanlah kadang-kadang, jangan dikatakan “selalu terlambat tanpa memberi khabar.”

Janganlah seorang isteri menyakiti hati suaminya, dia ingkari kebaikan suami hanya satu kesalahan saja, itu pun boleh jadi bukan disengajakan. Lalu dia ingkari kebaikan-kebaikan suami dan pengorbanan suami selama ini.

Dari sahabat Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الحُورِ العِينِ: لَا تُؤْذِيهِ، قَاتَلَكِ اللَّهُ، فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكَ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
Tidaklah ada seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari bidadari syurga berkata: “Janganlah kamu menyakitinya. Semoga Allah membalasmu. Dia adalah tetamumu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu dan mendatangi kami.” (HR. Tirmidzi no. 1174)

Dari Al-Hushain bin Mihshan, bahawa makciknya pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk suatu keperluan. Setelah urusannya selesai, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun bertanya kepadanya:

أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ؟
“Apakah kamu mempunyai suami?”

Dia menjawab: “Ya.” Beliau bertanya lagi:

كَيْفَ أَنْتِ لَهُ؟
“Bagaimanakah sikapmu terhadapnya?”

Dia menjawab: “Saya sungguh-sungguh melayani suamiku, kecuali terhadap sesuatu yang memang aku tidak sanggup.” Beliau bersabda:

فَانْظُرِي أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ
“Perhatikanlah selalu sikapmu terhadap suamimu. Sesungguhnya yang menentukan syurga dan nerakamu adalah (sikapmu terhadap) suamimu.”

(HR. Ahmad, 31:341)

Syaikh Musthafa Al-‘Adawi hafidzahullah berkata: “Maksudnya, Allah yang lebih tahu, jika Engkau bertaqwa kepada Allah berkaitan dengan (hak) suamimu, maka ketaqwaanmu kepada Allah itu adalah sebab yang memasukkanmu ke dalam syurga. Sebaliknya, jika Engkau tidak bertaqwa kepada Allah Ta’ala berkaitan dengan (hak) suamimu dengan tidak menunaikan hak suami, maka hal itu adalah sebab yang memasukkanmu ke dalam neraka.” (Fiqh ta’aamul baina az-zaujain, hal. 21)

Jika Isteri Menemui Kesalahan pada Suami

Jika kita melihat ada sikap atau perilaku suami yang tidak elok di sisi isteri, hendaklah isteri redha terhadap akhlak suami yang lainnya. Hal ini kerana memang tidak ada manusia yang sempurna. Dia memiliki kesalahan, keburukan, atau kekurangan di satu sisi, namun dia memiliki (banyak) kebaikan di sisi yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً، إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ أَوْ قَالَ: غَيْرَهُ
“Janganlah seorang Mukmin membenci wanita Mukminah. Jika dia membenci salah satu perangainya, nescaya dia akan redha dengan perangainya yang lain.” (HR. Muslim no. 1469)

Dan hal ini di antara sebab yang menyebabkan bahagianya rumahtangga pasangan suami isteri. Wallahua'lam.

Oleh: M. Saifudin Hakim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/jangan-ingkari-kebaikan-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 494 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 456 hits
Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim usik sana sini gurau semuanya jadi bertambah indah Penat pun sama sama Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenat...
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 621 hits
Gambar hiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti meramp...
Selepas Isteri Bersalin Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit

Selepas Isteri Bersalin Suami Jangan Lupa Ucaplah Terima Kasih Emosi Lepas Bersalin Ni Lain Macam Sikit

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 408 hits
Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ianya melibatkan dua insan yang be...
Suami Orang Jangan Terlebih Layan Perempuan Orang Perempuan Ni Mudah Menyimpan Rasa Dan Jatuh Hati

Suami Orang Jangan Terlebih Layan Perempuan Orang Perempuan Ni Mudah Menyimpan Rasa Dan Jatuh Hati

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 377 hits
Suami Orang Jangan Terlebih Layan Perempuan Orang Perempuan Ni Mudah Jatuh Hati Suami org sila hati hati Org perempuan ni mudah terjatuh hati mudah menyimpan rasa mudah berharap dan mudah perasan Awak sihat hari ni Dah makan ke blum Hati2 d...
Isteri Jangan Buat Semua Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Buat

Isteri Jangan Buat Semua Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Buat

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 774 hits
Allah memang penat kalau isteri seorang saja yang pulun Padahal guna tandas bersama tengok tv bersama dan tidur pun sekatil Tetapi pada akhirnya isteri yang asyik kena basuh pinggan cuci tandas dan lipat kain selimut Yang si dia tahu balik ...
Jangan Marah Isteri Kuat Makan Gemuk Setiap 10 Suapan Isteri 10 Pahala Suami Dapat

Jangan Marah Isteri Kuat Makan Gemuk Setiap 10 Suapan Isteri 10 Pahala Suami Dapat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 516 hits
Pengacara dan penerbit terkenal Sheila Rusly yang terkenal dengan kebolehan memasak pelbagai jenis makanan buatkan ramai yang suka penampilannya Selain pandai menjiwai watak dalam setiap lakonan pengacara Ketuk Ketuk Ramadan ini juga sering...
Suami Jangan Mengadu Kalau Isteri Dah Tak Cantik Selekeh Mereka Berkorban Demi Tanggungjawab

Suami Jangan Mengadu Kalau Isteri Dah Tak Cantik Selekeh Mereka Berkorban Demi Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 379 hits
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik selekeh mula menjerit asyik marah marah selalu mengadu sakit sakit layanan mereka tidak sempurna Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu Jawab saya cuba kit...
Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 432 hits
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebi...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor