Jangan Hina Golongan Miskin


 Tidak ada orang mahu hidup miskin. Namun, keadaan hidup miskin menjadi keadaan biasa dalam masyarakat. Kaya dan miskin saling melengkapkan antara satu sama lain. Maka, jangan dihina golongan miskin kerana dengan adanya golongan itu membantu golongan kaya menikmati kehidupan lebih baik. 
Golongan kaya dan berilmu mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat adalah kerana adanya golongan miskin. Bagaimana jika semua orang hidup dalam taraf kekayaan yang sama? Siapa yang akan melakukan tugasan kepada golongan lain sedangkan mereka tidak lagi memerlukan wang atau upah?
 
Maka, golongan kaya jangan angkuh. Kehidupan mereka senang dan ada yang sanggup melakukan kerja untuk mereka kerana adanya golongan miskin atau yang kurang kekayaan berbandingnya.
 
Amat malang, sikap keangkuhan dan suka menghina orang bukan saja di kalangan orang yang tidak tahu agama (pahala dan dosa), tapi orang yang faham agama, yang bicara tentang Islam akidah dan solat, tapi kadang-kadang boleh menghina orang miskin.
 
Ingatlah, kata-kata adalah cerminan peribadi. Jangan sesekali merendahkan pekerjaan orang lain yang mencari rezeki halal. Sebagai masyarakat, kita perlu sentiasa memberi sokongan dan menghormati orang lain tanpa mengira statusnya.
 
Kepada golongan miskin, berusahalah untuk mengubah kedudukan kepada keadaan yang lebih baik. Bekerja mencari rezeki atau kekayaan bukan sekadar memenuhi keperluan hidup di dunia, bahkan membolehkan persiapan mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat. Sebab itu Islam menekankan kepada kekuatan ekonomi umat Islam agar dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan dapat beribadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya.
 
Malah kekayaan merupakan satu cara dakwah. Umat lain mudah menerima Islam jika melihat keadaan umat Islam yang sempurna kehidupan dengan kekayaan dan budi pekerti yang mulia. Segala keperluan masyarakat dapat disediakan dengan sempurna dan usaha-usaha kebaikan dapat dijalankan sepenuhnya.
 
Bekerja perlu dilakukan tanpa mengira usia selagi berdaya melakukannya. Bekerja bukan terhad makan gaji atau melakukan sesuatu yang mendapat upah. Sebaliknya bekerja itu termasuklah melakukan sebarang tugas yang mendatangkan kebaikan, termasuklah kerja-kerja sukarela. 
 
Sesungguhnya suruhan mencari rezeki dan kebahagiaan hidup di dunia banyak dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. Ajaran yang menghalang orang Islam mengejar kemewahan dan kesenangan hidup sengaja dicipta oleh pihak yang tidak mahu Islam berkembang dan maju. 
 
Antara ayat al-Quran yang menyebut mengenai suruhan mencari rezeki ialah ayat 77 surah al-Qasas bermaksud: “Dan tuntutlah dengan kurniaan yang telah dilimpahkan Allah kepadamu itu  kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalan) dari dunia.”    


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2024/12/deg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hina Diri Sendiri

Jangan Hina Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 334 hits
Terkadang kita terlalu tegas dan keras kepada diri kita sendiri Kita sering memukul diri kita dengan sangat kuat aku gagal aku tak guna aku serba kurang Bukan untuk merendah diri tapi memang sedang menghina diri sedalamnya Ini tidak sepatut...
Bayi Ditemuikan Dalam Peti Pelindung Pesan Tolong Jaga Jangan Ubah Nama Anak

Bayi Ditemuikan Dalam Peti Pelindung Pesan Tolong Jaga Jangan Ubah Nama Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 173 hits
Hati siapa yang tak luluh bila membaca kisah seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di peti pelindung bayi bersama dua keping nota kecil Dalam nota tersebut terselit harapan yang menyayat hati memohon agar si kecil itu...
Jangan Kecewa Usaha Tebuk Atap Tak Jadi Jadi

Jangan Kecewa Usaha Tebuk Atap Tak Jadi Jadi

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 135 hits
Cinta Jannah 24 November 2022 24 November 2024Selamat Ulangtahun ke 2 tahun DSAI di angkat menjadi PM ke 10 Alhamdulillah
Bang Mat Jangan Lupa Tangkap Penyamun Dalam Nafas

Bang Mat Jangan Lupa Tangkap Penyamun Dalam Nafas

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 151 hits
Pagi ini Bang Mat menerima taklimat mengenai Sesi Breakfast With Minister yang akan diadakan di Bangunan Parlimen Program ini melibatkan Ahli Parlimen dan Senator untuk membincangkan isu NAFAS dalam usaha memperkukuhkan sektor pertanian neg...
Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 210 hits
Di era digital kian banyak orang yang ingin terkenal Dengan media sosial mereka mengejar popularitas Dan sering kali tak peduli jika cara yang mereka pakai sudah di luar batas Hingga muncul ungkapan Tidak narsis tidak eksis Jangan risau jik...
Jangan Cari Bahagia Selain Allah Swt

Jangan Cari Bahagia Selain Allah Swt

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 130 hits
Selalunya bahagia yang dicari adalah berbentuk material Hati gelisah cari pagawam nonton movie Menonton movie tidak salah Mencari bahagia pada movie itu yang tidak kena pada tempatnya Bahagia yang menjelma sekejap sahaja pada waktu seronok ...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Drama Pabila Dia Tersenyum

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain