Jangan Diulang Pengkhianatan Lalu Kalau Serius Sertailah Ph Dan Bukan Sekadar Tumpang Bernaung Melalui Khemah Besar


 
Selagi tidak ada kata putus yang muktamad, isu khemah besar akan terus menjadi perdebatan yang terbuka dan menghangatkan dalam blok pembangkang.

Pihak yang mahu kepada idea khemah besar akan terus dengan hujah-hujah mereka, begitu juga mereka yang tidak setuju dengannya akan terus melontarkan sanggahan fakta.

Sementara ada kelompok pimpinan PH sendiri terlihat seperti akur dengan idea itu, tetapi jika dilihat di media sosial misalnya, ramai yang meluahkan rasa tidak setuju dengan pendekatan khemah besar itu.

Di kalangan pimpinan, sejak mengumumkan kembali ke pentas politik, hanya Rafizi Ramli yang begitu lantang menolak idea khemah besar tersebut.

Sebaliknya, bagi beliau, untuk menang dan mendapat undi dalam pilihan raya, PH perlu kembali menyantuni serta mendekati rakyat dengan memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka.

Malah, beliau juga memperkenalkan Ayuh Malaysia bagi menarik minat sukarelawan dan merangsang pengundi atas pagar untuk mengambil bahagian dalam PRU15 akan datang.

Rafizi juga agresif dalam isu rasuah di mana beliau bukan saja menentang amalan tersebut, malah menyerang mereka yang terlibat dan pelakunya yang terkait dengan amalan tersebut.

Barangkali apa yang dilakukan Rafizi ini berbeza dengan sesetengah pihak dalam PKR dan PH sendiri di mana walaupun mereka juga menentang amalan rasuah, tetapi dilihat tidak pernah mengusik pelaku yang dikaitkan dengan rasuah seperti Najib Razak misalnya.

Seharusnya rasuah bukan saja mesti ditentang amalannya, bahkan pelakunya hendaklah juga lebih agresif ditentang kerana kadang-kadang pelaku itu pandai berlagak suci seperti Robin Hood yang kononnya berjuang membela orang miskin.

Pokoknya perlukah PH kepada khemah besar?

Jika dilihat secara teliti, semua parti yang ingin diajak bernaung di bawah khemah besar oleh PH itu adalah mereka lebih awal terlibat dengan pengkhinatan sebelum Langkah Sheraton lagi iaitu bersekongkol dengan usaha memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Jika dulu janji peralihan kuasa benar-benar dipatuhi dan tidak ada cubaan memungkirinya, pasti Langkah Sheraton tidak berlaku.

Dalam hal ini, kalau parti-parti tertentu dalam PH boleh menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana terlibat dalam peristiwa pengkhianatan Langkah Sheraton dan tikam belakang, kenapa pula mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang lebih dulu pernah berlaku khianat?

Secara jujurnya, kalau demi untuk menang pilihan raya semata-mata maka kita sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja, termasuk mereka yang pernah bersikap khianat, lebih baik sejak awal lagi pergi bersama dan bersekongkol dengan mereka.

Tidakkah dengan bekerjasama semula dengan mereka yang pernah khianat itu akan menjadikan PH kelihatan sama-sama kotor di mata rakyat?

Lebih-lebih lagi jika melalui khemah besar itu hanya sekadar dalam bentuk kerjasama yang longgar saja.

Apa jaminan, setelah menang melalui naungan khemah besar yang ditawarkan oleh PH itu nanti, mereka tidak bersikap onar?

Begitu pun, dalam politik, semua kita sedar, tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi, tetapi setidak-setidaknya kalau pun ingin menawarkan kerjasama, ia bukanlah semata-mata untuk memberi mereka tempat bernaung.

Jika parti-parti di luar PH benar-benar serius mahu bekerjasama, sepatutnya bukan melalui pendekatan khemah besar, tetapi dengan memilih menyertai PH dan menerima Anwar sebagai pemimpinnya.

Pemimpin-pemimpin PH sendiri yang ketika ini dilihat galak dengan idea khemah besar itu seharusnya lebih agresif mempelawa, mengajak dan mempengaruhi semua parti-parti itu untuk menyertai PH secara rasmi daripada semata-mata bekerjasama secara longgar.

Khemah besar, tapi mereka bukan menjadi komponen PH, hanya mendedahkan kemungkinan berulangnya pengkhianatan. - ShahbudinHusin 18/04/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/jangan-diulang-pengkhianatan-lalu-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khemah Besar Jangan Kelirukan Ahli Kita Dap

Khemah Besar Jangan Kelirukan Ahli Kita Dap

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 175 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 22 2022 4 03 PMDAP menggesa pimpinan Pakatan Harapan membincangkan isu kerjasama politik dalam mesyuarat Majlis Presiden dan bukan melalui kenyataan terbuka Setiausaga Agung DAP Anthony Loke berkata perkara i...
Khemah Besar Pembangkang Ini Pandangan Amanah

Khemah Besar Pembangkang Ini Pandangan Amanah

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 185 hits
JOHOR BAHRU Pimpinan parti pihak pembangkang perlu berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan pendekatan Khemah Besar sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presiden Parti Amanah Ne...
Khemah Besar Pas Tolak Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Parti Pembangkang Lain

Khemah Besar Pas Tolak Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Parti Pembangkang Lain

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR PAS tidak akan jalin sebarang kerjasama politik dengan parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan menerusi pendekatan khemah besar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkat...
Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15

Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 159 hits
Secara prinsipnya tujuan khemah besar ialah supaya blok pembangkang dapat bertanding satu lawan satu menentang BN dalam PRU15 akan datang Berdasarkan keputusan PRN Melaka dan Johor pertandingan tiga penjuru BN PH dan PN hanya akan menguntun...
Khemah Besar Rakyat Terima Atau Syok Sendiri

Khemah Besar Rakyat Terima Atau Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 183 hits
Majlis Presiden PH selesai mengadakan mesyuarat malam tadiKhemah besar Rakyat terima atau syok sendiri Posted By on April 24 2022Strategi khemah besar kembali diperkatakan secara vokal oleh sesetengah pemimpin Pakatan Harapan menjelang Pili...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism