Jangan Desak Percayalah Saya Dalam Isu Najib Zahid Beritahu Akar Umbi


 Presiden Umno itu merayu ahli Umno tidak mempertikaikan apa yang beliau lakukan untuk Najib Razak.
Presiden Umno Zahid Hamidi meminta akar umbi parti meletakkan kepercayaan terhadap beliau dalam menyelesaikan isu tahanan rumah membabitkan Najib Razak.SUNGAI BULOH: Presiden Umno Zahid Hamidi meminta akar umbi parti itu tidak mendesak beliau dengan mempersoalkan tindakan yang dilakukannya untuk memperjuangkan keadilan buat bekas perdana menteri Najib Razak
Timbalan perdana menteri berkata sebagai individu paling rapat dengan Najib selepas isterinya, Rosmah Mansor, beliau sudah pasti akan melakukan pelbagai cara untuk membebaskan bekas presiden Umno itu.
Zahid juga berkata beliau seorang yang mengenang jasa dan merayu ahli Umno tidak mempertikaikan apa yang beliau lakukan untuk Najib.
“Tetapi janganlah tanya lebih-lebih apa saya nak buat, saya tahulah apa saya nak buat. Percayakan saya.
“Saya jumpa dengan siapa, bincang dengan siapa, mohon dengan siapa. Jangan la desak.. ada la caranya,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Selayang di Kelab Rahman Putra Malaysia.
Semalam, Umno merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah susulan pengesahan peguam negara mengenai kewujudan titah adendum.
Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan dimaklumkan bahawa Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengakui kewujudan titah adendum membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mengesahkan bahawa pendakwaraya mengakui kewujudan perintah tambahan semasa berhujah pada 2 Julai, namun mempersoalkan kesahihannya.
Najib mahu kerajaan melaksanakan perintah tambahan bertarikh 29 Jan 2024 yang membolehkannya menjalani baki pemenjaraan di bawah tahanan rumah.
Najib mengetahui tentang kewujudan perintah itu tidak lama selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan pengurangan hukuman penjaranya dari 12 tahun kepada enam tahun, serta pengurangan denda dari RM210 juta kepada RM50 juta, pada awal Februari tahun lalu.
Beliau kini sedang menjalani hukuman enam tahun penjara berkaitan kes SRC International. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/jangan-desak-percayalah-saya-dalam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Terus Di Benam Jika Terus Desak Isu Najib

Umno Akan Terus Di Benam Jika Terus Desak Isu Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 235 hits
ISWARDY MorniTak payah nak ugut ugutla Umum je keluar kerajaan senang Puad zakarshi pun sokong Umno dah tak releven kerana najib dan akan terus kena benam kalau masih sokong najib
Jangan Simbah Minyak Pada Api Mantan Ketua Cabang Keadilan Desak Isu Gantung Ahli Parlimen Dihentikan

Jangan Simbah Minyak Pada Api Mantan Ketua Cabang Keadilan Desak Isu Gantung Ahli Parlimen Dihentikan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 380 hits
Sekumpulan mantan Ketua Cabang dan mantan Ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor hari ini mengeluarkan kenyataan bersama membantah tindakan 19 Ketua Cabang KEADILAN Johor yang mendesak supaya keanggotaan sembilan Ahli Parlimen digantung...
Sentuh Isu 3r Pertubuhan Suara Anak Pahang Gesa Pdrm Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid

Sentuh Isu 3r Pertubuhan Suara Anak Pahang Gesa Pdrm Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 1068 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang menggesa Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya yang menyentuh isu agama dan dianggap termasuk dalam kategori 3R...
Amanah Teliti Resolusi Akar Umbi Di Melaka Mahu Ph Tanding Solo

Amanah Teliti Resolusi Akar Umbi Di Melaka Mahu Ph Tanding Solo

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 270 hits
Setiausaha Agung Muhammad Faiz Fadzil tidak tolak kemungkinan usul itu dibuat berikutan pertindihan kerusi dengan Umno Amanah Hang Tuah Jaya dilapor meluluskan resolusi menggesa PH bersedia bertanding solo di Melaka PETALING JAYA Amanah aka...
Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 404 hits
KUANTAN UMNO Pahang mendesak agar prosiding kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihentikan serta merta dan pelaksanaan Titah Adendum dilakukan dengan segera dan tertib Ketua Peneranganya Datuk Seri Shahaniza Shamsud...
Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

Rafizi Lancar Ayuh Malaysia Bagi Gempur Perusahaan Sosial Akar Umbi

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 336 hits
Malaysiakini nbsp Bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan pelancaran Ayuh Malaysia sebuah platform baru yang bertujuan membina rangkaian perusahaan sosial di seluruh negara menandakan peralihan fokus beliau daripada politik ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang