Jangan Dengar Si Fadli Saari Tu Maklumat Dia Sering Terpesong






Fadhli Shaari keluarkan kenyataan, kemudian Hamzah Zainuddin, kemudian Muhyiddin Yassin. Semua beri gambaran Anwar gadai kedaulatan negara lagi.


Orang bimbang pasal kebebasan institusi kehakiman, tapi PN rasa isu Anbalat lagi besar untuk dimainkan.


Anbalat ni apa? ND6 dan ND7 ni apa?


Saya nampak apa yang cuba dilakukan oleh Perikatan Nasional, iaitu cuba melambung isu sempadan berkaitan wilayah perairan sekitar timur Sabah sebagai isu emosi, seolah-olah kerajaan menggadai kedaulatan negara.


Latar belakangnya begini.


Perairan ini terletak di timur Sabah dan utara Kalimantan. Peta yang dikeluarkan oleh Malaysia dalam 1979 memasukkan kawasan ini sebagai pelantar benua Malaysia, jadi hak milik Malaysia. 


Indonesia membantah. 


Dalam tahun 2002, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia, tetapi tidak jelas mengenai sempadan pelantar benua yang diukur dari pulau-pulau itu. Maka, kawasan ini terus menjadi pertikaian sempadan antara Malaysia dan Indonesia sehingga kini.


Malaysia memanggilnya blok ND6 dan ND7. PETRONAS pernah menganugerahkan kontrak eksplorasi minyak kepada Shell di blok-blok ini.


Indonesia memanggilnya Anbalat dan pernah menganugerahkan kontrak eksplorasi minyak kepada ENI dan Unocal.


Oleh kerana isu sempadan dan tuntutan bertindih tidak ada titik penyelesaian, potensi minyak dan gas di kawasan perairan ini terbiar. 


Sedangkan blok-blok ini dijangka ada rizab minyak dan gas yang besar, iaitu sehingga 1 billion bbl minyak dan 1.4 tcf gas (tcf = trillion cubic feet). Rizab ini, kalau ikut ranking, rendah sedikit dari lapangan minyak Brunei tetapi lebih besar dari sebahagian lapangan sedia ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Kenapa isu ini timbul sekarang?


Dato’ Seri Anwar dan Presiden Prabowo secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan pembangunan bersama Malaysia dan Indonesia (dipanggil joint development) agar potensi minyak ini dapat dimanfaatkan.


Saya bersetuju dan menyokong, malah ini salah satu perkara yang saya bawa semasa di dalam Kabinet dahulu.


Kerana kaedah ini telah terbukti berkesan. Kita pernah buat pun di luar pesisir Kelantan dan Thailand.


Keadaannya sama, iaitu kawasan yang ada tuntutan bertindih antara Malaysia dan Thailand. Tidak dapat dibangunkan selagi tidak ada penyelesaian dan kedua-dua negara tidak berganjak.


Dalam tahun 1970an, kerajaan kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand atau Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengendalikan pembangunan bersama di kawasan bertindih itu.


Wakil sama banyak, suara sama banyak.


Dari situlah, kontrak eksplorasi dan pembangunan minyak dapat dijalankan, akhirnya dianugerahkan kepada PETRONAS dan PTTEP (syarikat minyak Thailand).


Hari ini, sekitar 30% dari keperluan gas Semenanjung Malaysia dibekalkan dari kawasan bertindih ini. Jika ia tidak dibangunkan secara bersama dan tergendala sehingga kini, 30% keperluan gas Semenanjung perlu diimport dan dibayar pada harga yang tinggi.


Jadi apa yang perlu berlaku sekarang?


Kerajaan Persekutuan perlu berbincang secara serentak dengan Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Sabah, supaya kepentingan Sabah dapat dipelihara dan sebahagian keuntungan pergi kepada rakyat Sabah secara adil.


Tetapi jika ia dipolitikkan dan rancangan pembangunan bersama ini tergendala, negara dan rakyat, dari Sabah sampai ke Perlis, akan terus kehilangan berbilion ringgit hasil setiap tahun, dalam keadaan hasil minyak kita semakin berkurang.


PETRONAS memerlukan pembangunan bersama ini. Insya-Allah, rakyat juga akan mendapat manfaat.


Kita boleh membangkang sesuatu, tetapi biarlah selepas kita meneliti keseluruhan merit kes itu. Jangan pakai hentam saja.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/jangan-dengar-si-fadli-saari-tumaklumat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Un Nak Ganti Mp Pas Ke Siape Din Ayam Ke Mp Qazaf Ke Fadli Saari

Un Nak Ganti Mp Pas Ke Siape Din Ayam Ke Mp Qazaf Ke Fadli Saari

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 154 hits
Nih nak tanya laa sket kat walauns Yg korang kalut minta PMX turun ni korang makan lobster ke tiap hari Dan Korang ni nak sapa ganti Anwar Ibrahim sebenarnya Madey ke Hadi ke Din ke Hamzah ke Ceciter sket bagi rakyat sume tahu
Pssstttt Jangan Dengar Cakap Dia Sebab Dia Kiok Apa Dia Cakap Semua Tak Betul

Pssstttt Jangan Dengar Cakap Dia Sebab Dia Kiok Apa Dia Cakap Semua Tak Betul

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 128 hits
Biar betik Fadhli SST caj parkir ni sejak 2018 lahHarapandailyJuly 2 2025Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengundang cemuhan orang ramai apabila dilihat cuba mempolitikkan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan bermula 1 Jul...
Jangan Dengar Cakap Pembangkang Kalau Nak Lihat Result Yg Baik

Jangan Dengar Cakap Pembangkang Kalau Nak Lihat Result Yg Baik

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 133 hits
Norman RadzuanPenghujung 2026 rakyat dapat lihat impak besar ekonomi negaraJANGAN DENGAR CAKAP PEMBANGKANG KALAU NAK LIHAT RESULT YANG BAIKSebelum penerangan pendek ini utk dibaca mereka yg atas pagar itu mindset kena positif Ingat PMX dpt ...
Jangan Cium Al Quran Risau Terpesong Akidah

Jangan Cium Al Quran Risau Terpesong Akidah

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 137 hits
ARINA MOHD NOORPusara arwah Nurly yang dipasang tali selepas mendapati individu yang melakukan perkara dianggap melampaui batas PETALING JAYA Jangan sampai tersasar niat Itu peringatan abang kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman 23 salah ...
Jangan Berkawan Dengan Orang Toksik

Jangan Berkawan Dengan Orang Toksik

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 169 hits
Kerana kalau salah pilih kawan rumahtangga pun boleh retak
Bila Kerajaan Lembam Jangan Terpinga Pinga

Bila Kerajaan Lembam Jangan Terpinga Pinga

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 126 hits
DESA HMYang kurang ajaq smpai tahap ni pun nanti ada menteri akan buat kenyataan Kami kesal dgn insiden ini Demikianlah
Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Awie Alif Ba Ta Chord

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Newcastle Tumpul Tanpa Isak Diikat Villa 10 Pemain Utusan Malaysia

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Kodak Bakal Gulung Tikar Ini Penjelasan Mereka

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Sindiket Pelacuran Babitkan Dua Pelajar Tingkatan 2 Tumpas Ibu Ayam Didakwa