Jangan Besarkan Isu Pulau Kukup Demi Untuk Menutup Kelemahan Kerajaan Pusat



Saya telah membaca mengenai kenyataan Perdana Menteri pada hari ini, 10 Disember, mengenai Pulau Kukup sepatutnya kekal sebagai Taman Negara. Berkenaan isu ini, kerajaan negeri Johor sudah mengeluarkan kenyataan semalam (9 Disember) bahawa Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor. Keputusan itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan negeri dengan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri ada menyatakan bahawa Pulau Kukup tidak patut dibangunkan. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sesiapa pun yang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangunan di Pulau Kukup. Isu sebenar mengenai Pulau Kukup adalah kita memerlukan langkah yang lebih progresif untuk memelihara kawasan berkenaan, bukannya untuk dibangunkan. Saya berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah daripada isu sebenar.
4 Disember 2018 – Saya mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Kukup akan menjadi ‘tanah kesultanan dan fungsinya sebagai Taman Negara akan kekal.
5 Disember 2018 – Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh DYMM Sultan Johor memperkenankan supaya Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor.
9 Disember 2018 – Menteri Besar Johor mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara selepas perbincangan dengan DYMM Sultan Johor.
10 Disember 2018 – Tun Mahathir berkata Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara dan kerajaan pusat bukan ‘orang luar’.
Apa sebenarnya isu baharu yang Perdana Menteri ingin sampaikan? Keputusan yang sama iaitu Pulau Kukup akan dikekalkan sebagai Taman Negara Johor sudahpun dibuat oleh kerajaan negeri dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sebelum ini.
Dalam kenyataan mengenai isu kuil di Seafield, Subang Jaya, Selangor pada 29 November 2018, Perdana Menteri telah berkata bahawa hal tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak mempunyai hak (untuk masuk campur). Walau bagaimanapun, kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sendiri mengenai isu Pulau Kukup dalam kenyataan beliau hari ini. Dalam isu Pulau Kukup pula, beliau berkata kerajaan pusat adalah bukan ‘orang luar’ dan bertanggungjawab ke atas semua negeri dan terhadap Pulau Kukup. Oleh itu, kenapa kerajaan pusat ingin masuk campur dalam hal tanah di Johor, tapi tidak mahu melakukan perkara yang sama dalam isu kuil di Selangor? Dalam tempoh masa 12 hari sahaja, Perdana Menteri telah memberi 2 kenyataan bercanggah mengenai bidang kuasa kerajaan pusat mengenai urusan tanah di negeri berlainan. Jika dibuat perbandingan, isu tanah kuil di Subang Jaya, Selangor itu juga adalah sangat serius kerana terdapat rusuhan dan ketegangan antara kaum pada ketika itu.
Antara sebab kenapa DYMM Sultan Johor membuat keputusan untuk memperkenankan Pulau Kukup sebagai ‘Sultanate Land’ adalah untuk memelihara alam semulajadi di kawasan itu dan mengelakkan perkara seperti pembatalan gazet ke atas tanah rizab, sekali gus mengelakkan pembangunan di tanah-tanah berkenaan, seperti yang berlaku di banyak tempat di Malaysia. Anda pasti banyak mendengar mengenai kes-kes pembatalan gazet ke atas tanah rizab dan hutan simpan semata-mata untuk membina lebuh raya dan meluaskan kawasan bandar. Kita memerlukan langkah yang tegas bagi mengelakkan hal itu daripada berlaku di Johor. Lihatlah apa yang berlaku di Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing selepas diwartakan sebagai Taman Laut. Kawasan berkenaan telah menjadi kawasan penting untuk memelihara ekosistem dan biodiversiti laut serta menjadi tarikan utama aktiviti skuba terkawal kerana keindahan batu karang dan hidupan laut yang jarang ditemui.
Oleh itu, janganlah memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada isu, demi untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan pusat. Saya juga berharap agar kerajaan pusat mengkaji terlebih dahulu isu sebenar sebelum menuduh perkara yang tidak tepat ataupun mendengar bisikan pihak-pihak tertentu. Selain dari isu ini, rakyat kini juga sering kali mendapati kerajaan pusat membuat banyak “U turn” dalam pelbagai janji, isu dan keputusan. Dan kebanyakan isu-isu tersebut memberi kesan dan impak kepada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir mengenai Pulau Kukup, 10 Disember 2018: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/117498
Kerajaan pusat tidak masuk campur isi tanah kuil di Subang Jaya, Selangor, 29 November 2018: https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-persekutuan-tak-campu…
Kenyataan kerajaan negeri Johor mengenai Pulau Kukup sebagai Taman Negara, 9 Disember 2018: https://www.bharian.com.my/…/pulau-kukup-terus-kekal-sebaga…
Taman Laut Sultan Iskandar, 2 September 2018: http://www.astroawani.com/…/proses-warta-santuari-dugong-ki…
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/12/11/jangan-besarkan-isu-pulau-kukup-demi-untuk-menutup-kelemahan-kerajaan-pusat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Pulau Kukup Tmj Vs Kerajaan Isu Kuil Taknak Campur Isu Pulau Kukup Beria Pula

Kronologi Pulau Kukup Tmj Vs Kerajaan Isu Kuil Taknak Campur Isu Pulau Kukup Beria Pula

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 574 hits
Saya telah membaca mengenai kenyataan Perdana Menteri pada hari ini 10 Disember mengenai Pulau Kukup sepatutnya kekal sebagai Taman Negara Berkenaan isu ini kerajaan negeri Johor sudah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Pulau Kukup kekal...
Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 316 hits
National Park tidak boleh dibangunkan Itu isu yang perlu dikekalkan Berhubung tanah yang bertukar status kepada Sultanate Land ia adalah hak Sultan Johor Kecintaan kepada negara dan negeri sewajarnya selari malaysian first
Bisikan Halus Tumbangkan Th Jangan Lumpuhkan Th Demi Tutup Kelemahan Ph

Bisikan Halus Tumbangkan Th Jangan Lumpuhkan Th Demi Tutup Kelemahan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 223 hits
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan agar pendedahan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji semalam tidak menjadi bisikan halus untuk menumbangkan institusi utama umat Islam Tabung Haji adalah aset besar bag...
Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR 12 Dis UMNO mendesak agar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan membuat pendirian tegas berkaitan kenyataan Menteri Perpaduan Senator P Waytha Moorthy iaitu Malaysia akan memberi komitmen untuk tanda tangan enam triti hak asasi man...
Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Penutup Kelemahan Ph

Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Penutup Kelemahan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 231 hits
Diterbitkan 11 Dis 2018 12 01 tengah hariAnggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan agar pendedahan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji semalam tidak menjadi bisikan halus untuk menumbangkan institusi utama uma...
Tunku Mahkota Johor Persoal Tun Mahathir Beza Isu Pulau Kukup Dan Kuil Seafield

Tunku Mahkota Johor Persoal Tun Mahathir Beza Isu Pulau Kukup Dan Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 292 hits
Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tunku Ismail membandingkan ke...
Mb Johor Perlu Jelaskan Isu Pulau Kukup Atau Letak Jawatan Kadir

Mb Johor Perlu Jelaskan Isu Pulau Kukup Atau Letak Jawatan Kadir

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 372 hits
Tokoh wartawan A Kadir Jasin menggesa Menteri Besar Johor Osman Sapian menjelaskan kontroversi mengenai status Pulau Kukup sebagai taman negara atau meletakkan jawatan jika gagal berbuat demikian Saya ingin bertanya kepada Osman jika dia be...
Kenapa Masuk Campur Di Pulau Kukup Tidak Isu Kuil Seafield Tmj

Kenapa Masuk Campur Di Pulau Kukup Tidak Isu Kuil Seafield Tmj

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 459 hits
Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tunku Ismail membandingkan ke...
Pulau Kukup Tanah Hak Mutlak Kerajaan Negeri Kata Tmj

Pulau Kukup Tanah Hak Mutlak Kerajaan Negeri Kata Tmj

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 751 hits
Justeru kata Tunku Ismail tidak ada sebab mengapa ia perlu diperbesar atau dipolitikkan
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas