Tun M Tubuh Parti Baharu Atau Sertai Warisan Diketahui Selepas 7 Ogos Ini


Keputusan kumpulan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu atau menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos ini.
Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Senator Datuk Marzuki Yahya berkata, sebarang ketetapan hanya akan dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada membenarkan permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung tindakan pemberhentian keahlian mereka daripada parti.
Keputusan berhubung permohonan itu akan diketahui pada 7 Ogos depan.
“Kita menyambut baik cadangan Warisan tetapi buat masa ini tiada sebarang keputusan lagi.
“Jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada kita kemungkinan akan adakan platform baharu iaitu kemungkinan besar parti baharu atau kita berbincang juga dengan Warisan.
“Bagaimanapun Warisan ialah sebahagian daripada gabungan kita bersama dengan Tun Mahathir di dalam gabungan bebas,” katanya seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.
Katanya, pemecatan dan perlucutan jawatan Dr Mahathir bersama yang lain tidak mengikut perlembagaan parti.
“Bersatu telah hilang hala tuju yang sebenar dan kesemua pengasas parti yang menyatakan kebenaran semua diambil tindakan. Maka ini menampakkan Bersatu ini telah ‘dihijack’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Maka sebab itu kita beranggapan bahawa perlu untuk kita ada platform baharu sama ada parti baharu atau kita bersama-sama dengan Warisan,” katanya.
Sementara itu, bagi mengulas sokongan terhadap parti baharu yang kemungkinan bakal diwujudkan itu, Marzuki berkata, akar umbi Bersatu masih bersama kumpulan mereka.
“Setakat hari ini akar umbi Bersatu yang bersama-sama dari awal penubuhan masih bersama dengan kita dan mereka menyatakan sokongan penuh,” katanya.
Dalam pada itu, bagi mengulas perjalanan kempen ‘blackout’ yang sedang bergerak ketika ini, Marzuki berkata, program seterusnya dijangka akan berlangsung sama ada di Perak atau di Selangor.
“Kempen black out ini untuk kita menyatakan ketidaksokongan terhadap apa yang dilakukan oleh kepimpinan parti, terutama bekerjasama dengan UMNO dan Pas.
“Bagaimanapun, kita belum putuskan lagi (di mana program seterusnya), kemungkinan kita akan adakan di Perak atau Selangor dan kemungkinan besar di Melaka,” katanya. Sinar
The post Tun M tubuh parti baharu atau sertai Warisan diketahui selepas 7 Ogos ini appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/20/tun-m-tubuh-parti-baharu-atau-sertai-warisan-diketahui-selepas-7-ogos-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Ogos Tun M Sertai Warisan Atau Bentuk Parti Baharu

7 Ogos Tun M Sertai Warisan Atau Bentuk Parti Baharu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 230 hits
Tarikh 7 Ogos menjadi penentu sama ada Tun Mahathir akan menubuhkan parti baharu bagi meneruskan kesinabungan politiknya atau menyertai Warisan dari Sabah Bekas Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk Marzuki Yahya berkata sebarang ketetapan...
Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 357 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad FOTO Ahmad Irham Mohd NoorBERNAMATUN Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pe...
Tiba Masa Satukan Melayu Bukan Berpecah Tubuh Parti Baharu

Tiba Masa Satukan Melayu Bukan Berpecah Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 354 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarJika pemimpin berterusan main politik orang Melayu takkan majuBANGI 28 Zulkaedah 1441H Isnin Penganalisis politik memberi amaran terlalu banyak parti politik Melayu bukan sahaja menyebabkan perpecahan bahkan cen...
Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 305 hits
Kita tunggu keputusan mahkamah sama ada buat parti atau tidak LANGKAWI 4 Zulhijjah 1441H Sabtu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak ...
Warisan Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Disertai Tun Mahathir

Warisan Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Disertai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 279 hits
Sekiranya Tun Mahathir dan 5 ahli parlimen bekas Bersatu perlukan sebuah parti untuk menghadapi pilihan raya mengejut pada tahun ini Warisan sedia meminda perlembagaan parti bagi membenarkan kumpulan 6 tersebut menyertai parti yang berasal ...
Amanah Labuan Bubar Selepas Seluruh Jentera Parti Letak Jawatan

Amanah Labuan Bubar Selepas Seluruh Jentera Parti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 361 hits
LABUAN Seluruh jentera Parti Amanah Negara Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti peringkat pusat sebagai alasan utama mereka me...
Warisan Ready To Give Space For Tun M To Join The Party Liew Vui Keong

Warisan Ready To Give Space For Tun M To Join The Party Liew Vui Keong

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 325 hits
The Parti Warisan Sabah is ready to consider amending the party constitution to give space to Tun Dr Mahathir Mohamad to join the party Permanent Chairman Datuk Liew Vui Keong said the former prime minister s participation in Warisan was po...
Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru

Jangan Berlengah Lagi Lebih Baik Mahathir Cepat Cepat Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 269 hits
Dalam ucapannya di Program Jelajah Bersatu Blackout di Kedah Sabtu lalu Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata sama ada beliau akan menubuhkan sebuah parti baru atau tidak hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos depan 7 Ogos adalah hari di ma...
Percaya Coronavirus Hanya Mitos Pemuda Maut Selepas Hadiri Parti Covid

Percaya Coronavirus Hanya Mitos Pemuda Maut Selepas Hadiri Parti Covid

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 327 hits
Umum mengetahui Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid 19 Bukan ekonomi mereka sahaja yang bergoncang 3 juta rakyatnya juga sudah disahkan positif virus maut tersebut dengan angka korban...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master