Jangan Beri Najis Awak Pada Saya Cef Wan Dakwa Bekas Menantu Penipu


 
Cef Wan terkilan apabila bekas menantunya Shikin Maembong menghantar surat saman malu berpunca teguran terbuka dibuat mengenai perbalahan membabitkan cucunya, Arriana, beberapa bulan lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Cef selebriti popular, Redzuawan Ismail atau cef Wan, 65, tidak mahu buang masa melayan tuntutan saman malu RM1 juta dikemukakan bekas menantunya, Shikin Maembong yang dihantar melalui peguamnya, semalam.
Melalui hantaran terbaru di Instagramnya (IG), cef Wan berkata, beliau tidak bercadang menyaman semula bekas menantunya yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong, biarpun dimalukan dan menyifatkan namanya lebih tinggi nilai.
“Saya tidak tamak dan tak mahu buang masa turun naik mahkamah. Lagipun, saya percaya berjuta lagi memerlukan perhatian. Masa saya terlalu berharga untuk negara. Jangan berikan ‘najis’ awak pada saya, sila bawa ke tempat lain.
“Awak datang ke halaman saya dan tinggalkan najis. Awak bernasib baik kerana saya tidak berhajat menyaman semula kerana nama saya lebih tinggi nilainya,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Semalam, cef Wan meluahkan rasa terkilan apabila bekas menantunya bertindak menghantar surat saman malu berpunca teguran terbuka dibuat, beberapa bulan lalu. Ia mengenai perbalahan Shikin dengan anak sulungnya, Nadzri atau cef Riz berhubung anak tunggal, Putri Arriana Natasya, 7.
“Saya selalu lurus bendul dan sentiasa cuba membantu orang lain. Hubungan kami baik sahaja. Kami saling menghormati satu sama lain. Malah, saya cuba menjaga perhubungan dengan bekas menantu biarpun mereka sudah bercerai.
“Dia adalah ibu yang baik pada Arriana dan saya selalu memujinya. Dia juga baik terhadap saya, malah sering menyatakan sayang kepada saya biarpun kini sudah jadi bekas mentua.
“Saya sentiasa mengambil berat keadaannya dan Arriana,” katanya.
Secara jujur, cef Wan bercerita, dia selalu berpesan sekiranya menghadapi masalah kewangan, beritahu dan akan cuba membantu kerana Arriana adalah cucunya.
Katanya, Nadzri dahulu bergaji kecil dan perniagaan diusahakan kurang maju menyebabkan ada masanya terpaksa membantu anaknya itu dari segi kewangan.
“Jadi, saya selalu mengingatkan Shikin jangan berkeras dengan Nadzri. Ini kerana Nadzri sedang berjuang dengan perniagaannya. Datang pada saya dan akan dibantu.
“Jujurnya, saya akan menghulurkan antara RM500 hingga RM1,000 mengikut kemampuan setiap kali bertemu Shikin dan Arriana. Dua kali Arriana dimasukkan ke hospital swasta, sayalah menyelesaikan bil perubatan beribu ringgit.
“Saya tidak minta Nadzri mahupun Shikin membayarnya,” katanya.
Cef Wan berkata, dia tidak suka melihatkan pergaduhan sehingga bapa mentua menerima tempias dan tidak boleh berjumpa cucu bertahun lamanya.
“Hendak pergi Switzerland baru hantar Arriana, itu pun sebab hendak buat pasport. Selepas itu, Nadzri langsung tidak dibenarkan berjumpa Arriana.
“Dia buat anak saya seperti peminta sedekah. Itulah kebenarannya,” tulis cef Wan.
Menerusi hantaran di IG, semalam, cef Wan menyifatkan Shikin lupa jasa yang pernah bersusah payah membantu membiayai majlis perkahwinan menggunakan wangnya 100%.
Cef Wan menganggap bekas menantunya itu tidak boleh ditegur dan dinasihati. Sedangkan niatnya untuk menasihati anak dan bekas menantunya mengenai cucu.
“Letih saya melayan kisah anak-anak. Dia tak malu ke, ada hati nak saman saya? Saya nasihat yang baik-baik untuk mereka. Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta?,” tulisnya.
Tidak mahu berdiam diri, Shikin tampil memberikan penjelasan menerusi IG Story.
Dalam video dimuat naik, Shikin berkata, kos majlis perkahwinan dengan bekas suami adalah 100% daripada wang simpanan tanpa menggunakan duit bekas bapa mentuanya.
Katanya, dia perlu bersuara bagi mendedahkan kebenaran selepas menerima kecaman hebat susulan kenyataan dikeluarkan cef Wan yang disifatkan berbaur fitnah.
“Terima kasih kepada mereka hantar mesej langsung dan bertanya khabar. Tidak kurang ramai juga yang kecam saya. Saya bukanlah jenis suka mengaibkan atau bercerita hal peribadi dalam IG. Tetapi memandangkan keadaan memaksa, saya harus menerangkannya.
“Sebenarnya masa berkahwin dengan bekas suami duit perkahwinan adalah 100% duit kami sendiri. Ketika itu, saya dan bekas suami membuat perniagaan Elken. Kami kumpul duit dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen duit bekas bapa mentua.
“Apa yang dimuat naik adalah fitnah, jadi, semua perlu tahu hal sebenar,” katanya.
Sementara itu, dalam hantaran terkini cef Wan memuat naik semula video penafian Shikin. Menyifatkan bekas menantunya penipu dan boleh membawa saksi yang menerima pembayaran untuk majlis perkahwinan itu.
Nadzri mendirikan rumah tangga dengan Shikin pada 5 Dis 2014, namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Arriana.
Nadzri berkahwin buat kali ketiga pada Januari lalu. Selain Shikin, Nadzri pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia. Mereka bercerai selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/jangan-beri-najis-awak-pada-saya-cef.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Fitnah Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri Isu Saman 1 Juta Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Hiburan Fitnah Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri Isu Saman 1 Juta Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 156 hits
Baru baru ini muncul satu isu dimana cef selebriti terkenal Cef Wan berasa terkilan apabila mendapat surat saman daripada bekas menantunya iaitu Syikin Maembong Difahamkan melalui hantaran yang dibuat oleh beliau surat tuntutan saman itu te...
Razlan Jawab Wan Saiful Bongkar Saja Jangan Bacul

Razlan Jawab Wan Saiful Bongkar Saja Jangan Bacul

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 162 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata Wan Saiful Wan Jan tidak perlu menjadi bacul dengan mengugut untuk mendedahkan kepincangan Umno dan BN Razlan malah mencabar ketua penerangan Bersatu itu untuk terus membongkarkan perkara ters...
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Chef Wan Fitnah Saya Shikin Maembong

Chef Wan Fitnah Saya Shikin Maembong

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 150 hits
Chef Wan fitnah saya Shikin Maembong Shikin Maembong menafikan ada menggunakan wang bekas mentua Chef Wan ketika berkahwin dengan anak lelaki selebriti itu dan merasakan dirinya difitnah cef terkenal terbabit sebenar Shikin melalui perkongs...
Dj Ed Tok Wan Sayang Cucu Chord

Dj Ed Tok Wan Sayang Cucu Chord

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 230 hits
C Dm C Dm C Dm C Dm Dm DmMula mula masa tok wan dapat cucu DmBuat kenduri ikut adat dulu dulu GmPotong ayam Potong kambinsembeleh lembu A Sayang cucu habih duit Dmghibu ghibu DmCukup seronok dapat cucu nombot satu Dmsayang cucu dia kalah an...
Biar Mahkamah Tentukan Penukaran Agama 3 Anak Loh Wan Junaidi

Biar Mahkamah Tentukan Penukaran Agama 3 Anak Loh Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 158 hits
Biar mahkamah tentukan penukaran agama 3 anak Loh Wan Junaidi Sistem mahkamah adalah jalan terbaik bagi ibu tunggal Loh Siew Hong dalam mencari penyelesaian terhadap penukaran agama tiga anaknya secara unilateral kepada Islam kata Menteri d...
Satu Sen Pun Tak Pakai Duit Shikin Maembong Jawab Chef Wan

Satu Sen Pun Tak Pakai Duit Shikin Maembong Jawab Chef Wan

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 158 hits
SUSULAN pendedahan Datuk Chef Wan menerima surat saman daripada bekas menantunya Shikin Maembong wanita berkenaan akhirnya tampil menjawab salah satu tuduhan daripada cef selebriti itu
Wan Azizah Bersama Calon Dun Kempas

Wan Azizah Bersama Calon Dun Kempas

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 159 hits
Bersama Puan Napsiah Khamis calon KEADILAN DUN Kempas Perhatikan pokok dibelakang sedang berbunga seperti musim sakura Cantik kan
Pengeluaran Kwsp Kerajaan Mungkin Ada Halangan Wan Saiful Sumberkini 19 02 2022

Pengeluaran Kwsp Kerajaan Mungkin Ada Halangan Wan Saiful Sumberkini 19 02 2022

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 164 hits
PETALING JAYA Kerajaan hari ini masih tidak membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang simpanan mereka mungkin disebabkan ada pertimbangan yang menghalang kerajaan daripada membenarkan pengeluaran tersebut Ketua Penerangan BERSATU Wan Saif...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe