Lim merujuk perkara itu dengan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu yang baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab berikutan kenyataannya yang mengkritik Tun Mahathir Mohamad.“Isu ini akan ditangani untuk memastikan tiada dwi standard.“Saya fikir ia akan ditangani selepas PRK Tanjung Piai,” ujarnya lagi.Dalam konteks kenyataan Peja yang mengatakan beliau berseorangan untuk melawan puak-puak DAP untuk mempertahankan tanah orang Melayu dan kedudukan agama Islam, ia bukan saja umpama menikam rakan sendiri dalam PH, bahkan menyerlahkan kecenderungan beliau untuk menimbulkan isu-isu perkauman untuk meraih undi.Walhal, salah satu janji PH kepada rakyat dalam PRU14 lalu ialah untuk tidak mengamalkan lagi sentimen perkauman sebagaimana yang diamalkan oleh UMNO dan Pas ketika ini.Dalam erti kata yang lain, dengan meniupkan sentimen perkauman itu, Peja bukan saja tidak menghayati perjuangan PH dengan sesungguhnya, malah sebenarnya tidak layak menjadi salah seorang pemimpinnya.Walaupun sebagai bekas pemimpin UMNO, beliau mesti sedar PH adalah berbeza dengan BN.Maka, untuk sementara waktu di mana kempen PRK Tanjung Piai masih ada berbaki kira-kira lima hari lagi, Peja seharusnya tidak dibenarkan sama sekali turun berkempen ke kawasan itu.Keberadaannya bukan saja boleh mengelirukan pengundi tentang perjuangan PH, malah lebih mungkin menyebabkan calon Bersatu kalah dengan lebih teruk lagi.Melihat wajahnya ada Tanjung Piai, pengundi bukan Melayu pasti enggan memberikan undi kepada calon PH, Karmaine Sardini. (ShahbudinHusin 10/11/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |