Jangan Bawa Gaya Pegawai Atasan Ketika Bertemu Guru Kppm




PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Datuk Pkharuddin Ghazali mengingatkan warga kementerian agar tidak terbawa-bawa gaya seorang pegawai atasan ketika turun bertemu guru dan pendidik di sekolah.

Sebaliknya kata beliau, pegawai atasan tersebut perlu menyelami karakter seorang guru agar golongan itu berasa dihormati dan disanjungi.

"Apabila turun ke bawah tertemu guru, bawa gaya seorang guru jangan bawa gaya duduk kerusi Ketua Setiausaha kementerian (KSU), ketua pengarah dan lain-lain," katanya menerusi ucapan Bicara Inspirasi KPPM bersama pegawai kementerian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sikap terbawa-bawa gaya pegawai atasan dikhuatiri akan menyebabkan ada guru tersinggung dan berkecil hati. "Guru ini mendidik anak-anak kita janganlah sampai mereka di bawah sana rasa tersinggung" katanya.

Beliau berkata, sifat yang dipamerkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ketika bertemu rakyat jelata di dalam Kembara Kenali Borneo baru- baru ini wajar dicontohi.

"Tuanku tidak membawa protokol istana dan hanya membawa diri menyelami cara hidup rakyat jelata.

"Kalaulah Tuanku boleh melakukannya, kenapa kita tidak?," soalnya.

Pkharuddin yang bakal bersara wajib Isnin depan berkata, seorang guru perlu sentiasa lebih sabar terutamanya ketika dalam tempoh 10 tahun pertama perkhidmatan.

Ujarnya, tahun-tahun tersebut akan dilalui dengan pelbagai onak dan duri di dalam dunia pendidikan. "Pegawai muda yang baharu masuk perkhidmatan, belajarlah buat apa sahaja yang ketua kita minta laksanakan," katanya.

Beliau berkata, sabar merupakan antara kunci utama yang membentuk keperibadiannya sehingga sekarang.

"Yang rapat tahulah bila saya susah tetapi kalau jarang-jarang jumpa mungkin tidak tahu," katanya.

Dedah Pkharuddin, sewaktu berada di dalam kesukaran beliau berusaha menunjukkan kekuatan kerana memimpin sebuah organisasi yang besar.

"Kesabaran itu akan mengundang 1001 jalan penyelesaian tetapi jika tidak sabar 1001 masalah akan hadir," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan selepas bersara, Pkharuddin berkata, beliau akan terus menyumbang kepada negara.

"Saya tidak akan berhenti berfikir mengenai dunia pendidikan," katanya yang telah berkhidmat selama 34 tahun di dalam perkhidmatan awam.

Pkharuddin memasuki perkhidmatan awam dengan memulakan kerjaya sebagai guru dan warden di SM King George V Seremban pada 1 Jun 1989.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pengarah Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan selama 13 tahun sejak 1993.

Anak kelahiran Selising Pasir Puteh, Kelantan itu dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan pada tahun 2017 sehingga 2020.

Beliau meneruskannya khidmatnya di kementerian pada 6 Mei 2020 sebagai Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikurulum) pada 15 Oktober 2021.

Pada 23 September 2022 beliau diberi tanggungjawab sebagai KPPM sehingga berakhir Isnin depan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/jangan-bawa-gaya-pegawai-atasan-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Momen Pensiunan Jenderal Polisi Bertemu Sekjen Liga Muslim Bawa Misi Jaga Perdamaian Dunia

Momen Pensiunan Jenderal Polisi Bertemu Sekjen Liga Muslim Bawa Misi Jaga Perdamaian Dunia

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 182 hits
Komjen Pol Syafruddin Kambo bertemu dengan Sekjen Liga Muslim Dunia Syaikh Muhammad Abdul Karim Al Isa
Jangan Bawa Emosi Agus Pertahan J Kom

Jangan Bawa Emosi Agus Pertahan J Kom

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 193 hits
Mohammad Agus Yusoff menafikan J Kom berperanan sebagai ejen propaganda kerajaan kerana mereka sendiri tidak mempunyai laskar siber PETALING JAYA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti mempertahankan fungsi agensi itu dalam menerangkan dasar ...
Status Agama Bekas Guru Keluarga Mais Disaran Bawa Kes Ke Mahkamah Sivil

Status Agama Bekas Guru Keluarga Mais Disaran Bawa Kes Ke Mahkamah Sivil

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 192 hits
MAHKAMAH Rayuan hari ini mencadangkan agar keluarga B Raguram dan Majlis Agama Islam Selangor meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama bekas guru sekolah itu ketika kematiannya ke mahkamah sivil Hakim S Nantha Balan yan...
Jangan Kacau Jangan Usik Guru Kami Fadhlina

Jangan Kacau Jangan Usik Guru Kami Fadhlina

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 231 hits
FADHLINA Sidek kelihatan sebak ketika menyentuh isu minggu solidariti di Dewan Rakyat semalam KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan mengingatkan semua pihak supaya tidak mengganggu perancangan Kementerian Pendidikan dalam menganjurkan Minggu Soli...
Menjadi Kegilaan Peminat Ini Rupa 7 Idola K Pop Popular Sangat Comel Ketika Masih Kecil

Menjadi Kegilaan Peminat Ini Rupa 7 Idola K Pop Popular Sangat Comel Ketika Masih Kecil

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 362 hits
Comel je kalau korang tengok muka idola K Pop masa kecil ni ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan gambar 7 idola K Pop yang sangat comel ketika mereka masih kecil D O EXO Selain menjadi seorang penyanyi untuk kumpulan lelaki ...
Ketika Jep Dah Bec4kap Kompilasi Sepahtu Reunion Reaction

Ketika Jep Dah Bec4kap Kompilasi Sepahtu Reunion Reaction

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 172 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank You AIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber youtube
Cara Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Hujan

Cara Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Hujan

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 417 hits
Sebagai pemandu anda pasti sudah terbiasa berdepan dengan keadaan di mana cermin kereta berkabus terutamanya pada cuaca sejuk atau waktu hujan Apabila perkara ini berlaku ia semestinya akan mengganggu penglihatan pemandu dan membahayakan ny...
Cari Pasal Lelaki Ini Dibelit Ular Sawa Ketika Selfie Bersama

Cari Pasal Lelaki Ini Dibelit Ular Sawa Ketika Selfie Bersama

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 278 hits
Seorang lelaki di negeri Kerala nyaris maut selepas dibelit seekor ular sawa ketika cuba merakam swafoto bersama reptilia itu lapor akhbar Daily Star semalam Pada 20 Oktober lalu lelaki bernama Chandran itu membawa ular tersebut ke sebuah s...
3 Cedera Siling Pusat Beli Belah Runtuh Ketika Hujan Lebat

3 Cedera Siling Pusat Beli Belah Runtuh Ketika Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 272 hits
FMT ReportersKeadaan di pintu masuk Megah Rise Mall selepas sebahagian siling runtuh petang tadi PETALING JAYA Tiga cedera ringan selepas sebahagian siling di sebuah pusat beli belah di Taman Megah di sini runtuh akibat hujan lebat dan angi...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning