Jangan Bangga Tapi Akui Kegagalan Selesai Masalah Orang Asli Aktivis Tegur Mb Perak


Nur Hasliza Mohd Salleh
-May 17, 2019 7:15 AM

Kerajaan Perak membenarkan penguat kuasa menrobohkan sekatan laluan pembalakan yang dibina oleh penduduk Orang Asli di Kampung Tasik Cunex, Gerik semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:  Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu diingatkan supaya tidak terlalu berbangga dengan pencapaian selepas setahun tempoh pentadbiran beliau, sebaliknya perlu mengakui kegagalan menyelesaikan masalah Orang Asli.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pemimpin utama negeri itu perlu bertanggungjawab dan mengakui kegagalannya dalam menyelesaikan masalah Orang Asli di Perak.

“Dalam hal Orang Asli di Perak, isunya memang senang. Kampung dan tanah mereka yang merangkumi sebahagian besar hutan Perak terjejas akibat pembalakan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas prestasi setahun kerajaan Perak ditadbir Pakatan Harapan (PH) selepas kemenangannya pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei tahun lalu.

Faizal dilaporkan berkata, pemilikan rumah dan kelangsungan hidup golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) serta masyarakat Orang Asli merupakan antara puluhan isu yang diberi perhatian oleh kerajaan pimpinannya.

Shariffa Sabrina berkata, komuniti itu hanya mahukan masalah pembalakan yang melibatkan kawasan petempatan mereka dihentikan dan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memenuhi tuntutan tersebut.

“Tapi kenapa masih tidak selesai? Kenapa nak salahkan NGO (badan bukan kerajaan) atas kegagalan tersebut?” katanya.

Tambahnya lagi, NGO seperti Peka berhak bertindak sebagai semak dan imbang serta memberi pandangan yang bebas dan bekecuali terhadap sesuatu krisis.

“Kerajaan (negeri) tidak boleh menyalahkan orang lain, terutamanya NGO apabila situasi tidak menjadi seperti yang diidamkan,” katanya.Shariffa Sabrina Syed Akil.Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) berkata, tidak dinafikan kerajaan PH berusaha untuk menambah baik sosio ekonomi golongan B40, tetapi dari sudut yang lain, usaha PH untuk memajukan ekonomi Orang Asli perlu juga dibuat dengan mengambil kira apa kehendak komuniti itu.

“Tindakan kerajaan negeri yang memusnahkan hutan, kononnya untuk ubah cara hidup Orang Asli akan juga membunuh budaya tradisional komuniti tu. Ini betul2 tak sesuai.

“Kalau kerajaan nak bantu Orang Asli, fahami aspirasi mereka dan kekalkan hutan mereka,” katanya kepada FMT.

Awal Februari lalu, penduduk Orang Asli di Gerik mendakwa kerajaan Perak menceroboh tanah adat mereka dengan kegiatan pembalakan sejak awal tahun ini.

Mereka mendakwa aktiviti pembalakan itu dijalankan di kawasan seluas 80 hektar yang merupakan tanah adat mereka tanpa kebenaran dan satu sekatan didirikan selepas aduan kepada kerajaan negeri serta menteri besar tidak diendahkan.

Jabatan Perhutanan Perak bagaimanapun menafikan dakwaan “tanah adat” Orang Asli di Gerik diceroboh kerana tiada kawasan hutan simpanan kekal di Perak diwartakan sebagai tanah adat komuniti itu.

Dalam perkembangan terbaru semalam, kerajaan Perak membenarkan pihak berkuasa merobohkan sekatan yang dibina Orang Asli Kampung Tasik Cunex di Gerik atas alasan ia dibina tanpa kebenaran di tanah kerajaan negeri.

Faizal berkata, keputusan itu dibuat selaras peruntukan undang-undang dan operasi merobohkan sekatan dijalankan secara aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau juga mendakwa isu itu disensasikan badan bukan kerajaan tertentu yang mendakwa ia merupakan tindakan membuli masyarakat Orang Asli


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/jangan-bangga-tapi-akui-kegagalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Pelajar Cemerlang Tapi Guru Bangga Peja Kini Mb Perak

Bukan Pelajar Cemerlang Tapi Guru Bangga Peja Kini Mb Perak

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 433 hits
IPOH 17 Mei Tiada apa yang paling membanggakan gembira selain teruja apabila anak didik yang disifatkan sebagai gemar bermain malah bukan dalam golongan pelajar cemerlang kini bergelar seorang pemimpin Azizan Hashim 64 berkata dia sama seka...
Perak Orang Asli Blockade Dismantled By Swarm Of Gov T Personnel Coac

Perak Orang Asli Blockade Dismantled By Swarm Of Gov T Personnel Coac

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 310 hits
The Centre for Orang Asli Concern has claimed that a swarm of government personnel this morning dismantled a blockade set up by the indigenous community in Gerik Perak In a on Facebook COAC claimed the government officers were accompanied b...
Perak Mb Insists Orang Asli Blockade Removal Lawful

Perak Mb Insists Orang Asli Blockade Removal Lawful

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 246 hits
The Perak government has denied using heavy handed tactics to set up by the Orang Asli community in Kampung Tasik Cunex in Gerik In a statement this evening Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dismissed as baseless claims that authoritie...
Jangan Jjadi Perosak Beli Jiwa Mereka Ozlynn Akui Johan Mahir Dalami Hati Anak Anak

Jangan Jjadi Perosak Beli Jiwa Mereka Ozlynn Akui Johan Mahir Dalami Hati Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 471 hits
Ozlynn kongsi cara didikan anak anaknyaPELAKON Ozlynn memberitahu dia dan suami Johan mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak anak mereka Ozlynn bagaimanapun berkata suaminya yang juga pelawak serta penyampai radio itu lebih mahir dal...
Darmin Soal Tiket Pesawat Menhub Jangan Urus Maskapai Saja Tapi Masyarakat Juga

Darmin Soal Tiket Pesawat Menhub Jangan Urus Maskapai Saja Tapi Masyarakat Juga

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 300 hits
Menteri Koordinator bidang Perekonomian Darmin Nasution akan kembali memanggil Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi untuk membahas kebijakan penurunan harga tiket Salah satunya melalui kajian batas atas harga tiket pesawat
Perak Mb Says Not Pressured By Orang Asli Community S Demands

Perak Mb Says Not Pressured By Orang Asli Community S Demands

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 305 hits
Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu said he is not feeling pressured by the Orang Asli community s demand for the state government to approve 12 456 hectares of customary land He said the customary land covered the Air Chepam Forest Rese...
Anak Faham Arahan Tapi Tak Boleh Cakap Lagi Jika 18 Bulan Tetap Sama Jangan Tangguh

Anak Faham Arahan Tapi Tak Boleh Cakap Lagi Jika 18 Bulan Tetap Sama Jangan Tangguh

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 399 hits
Anak saya faham je arahan tapi tak bercakap lagi Ayat yang biasa disebut oleh ibu bapa bila ditanya mengenai anak faham atau tak Ya memang ada kanak kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap...
Syed Saddiq Jangan Pandai Cakap Saja Tapi Tiada Tindakan

Syed Saddiq Jangan Pandai Cakap Saja Tapi Tiada Tindakan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 487 hits
BEBERAPA bekas pemain bola sepak kebangsaan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung perbangunan sukan negara Beliau berkata dalam tempoh kira kira setahun Syed Saddiq ...
Menginjak 3 Tahun Anak Mula Tunjuk Kuasa Tempoh Ini Jangan Biar Tapi Kena Ajar

Menginjak 3 Tahun Anak Mula Tunjuk Kuasa Tempoh Ini Jangan Biar Tapi Kena Ajar

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 497 hits
Bila anak dah mula nak suruh kita ikut cakapnya sehingga apa yang ibu ayah arahkan dah tak mahu dengar maksudnya anak dalam fasa Misguided Power atau Power Seeking Behaviour Biasanya di usia dua tahun ke atas anak dah mula menunjukkan ciri ...
Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki