Jangan Balik Kampung


 Oleh KOSMO!
ANGGOTA polis dan tentera membuat pemeriksaan ketat ke atas kenderaan di Pasir Pekan, Tumpat semalam. – ZULHANIFA SIDEKPETALING JAYA – Penduduk di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perlis masih trauma dengan insiden peningkatan mendadak kes Covid-19 sehingga mereka terpaksa ‘berkurung’ dan menjalani ujian calitan ekoran kedegilan perantau pulang ke kampung pada sambutan Aidilfitri lalu.
Sehubungan itu, mereka me­minta polis supaya memperketatkan pemeriksaan di sempadan negeri sebelum membenarkan perantau masuk ke negeri-negeri tersebut selain menyeru para perantau supaya jangan pulang ke kampung bagi me­nyambut Ai­diladha Selasa ini.
Di Pasir Puteh, seorang bekas tentera, Mohd. Ariffin Ismail, 69, melarang tiga keluarga iaitu anak serta dua cucunya balik dan kekal sahaja di Selangor meski­pun sudah dua tahun tidak menyambut le­baran bersama.
Katanya, dia terpaksa bertegas supaya penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan ketika ini dapat dikurangkan.
“Saya juga melarang semua ahli keluarga datang ke rumah dan membatalkan perancangan untuk membuat ibadah korban.
“Amaran keras terpaksa dikeluarkan agar mereka tidak cari alasan untuk balik. Saya tidak mahu mereka dikompaun dan menjadi penyebar Covid-19,” katanya yang berasal dari Kampung Cherang Ruku di sini.
Tambahnya, jika ada orang yang pulang pun, tiada apa yang meriah kerana solat sunat Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dilaksanakan.
ANGGOTA polis dan tentera melakukan pemeriksaan teliti ke atas kenderaan yang menuju ke arah Pantai Timur di Plaza Tol Bentong, Pahang semalam. – SHIDDIEQIIN ZONSementara itu di Kuala Terengganu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Adham, 30, merayu kepada perantau supaya kekal di Lembah Klang kerana dia sudah serik apabila dipaksa berkurung ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Mukim saya di Kubang Jela, Manir dikenakan PKPD gara-gara kluster Aidilfitri yang dicetuskan oleh perantau yang lolos merentas negeri.
“Sebab mereka virus merebak dan 900 penduduk kampung terpaksa berkurung dalam rumah selama dua minggu. Ini semua menyusahkan dan saya minta jangan balik,” kata pengurus sebuah pasar raya itu.
Lebih teruk tambahnya, dia dan orang kampung tidak pasal-pasal diarahkan membuat ujian calitan dan ada yang disahkan positif ekoran kluster Aidilfitri.
“Rindu memang rindu tetapi ketika ini lebih baik jangan balik untuk kesenangan pada masa hadapan,” katanya.
SALAH satu laluan tikus yang ditutup pada PKPD Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu yang berakhir 14 Julai lalu.Di Temerloh pula, Ketua Kampung Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abd. Rahim berharap polis dan tentera melakukan pemeriksaan ketat di sempadan negeri serta laluan tikus bagi menangkap mereka yang degil.
“Dua kali kampung saya dikenakan PKPD dan ia amat pe­rit hingga menyebabkan kami tertekan,” katanya.
Bagi Che Nor Aizie Che Yusof, 52, pula, pengalaman PKPD yang dikenakan di Perumahan Rumah Banjir Kuala Teh di Jerantut di­sebabkan oleh seorang perantau yang positif Covid-19 solat di masjid kariah sangat pe­rit dan tidak dapat dilupakan.
“Mohon semua patuh dengan arahan kerajaan dan jangan balik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Sebertak di Bera, Omar Hussien, 63, mencadangkan supaya digantung sementara surat kebenaran merentas negeri ke­cuali untuk hal mustahak.
Di Kuala Perlis, Norashikin Idros, 36, mahu semua orang bekerjasama demi keselamatan orang tersayang.
“Kita tidak tahu kalau kita sebenarnya bawa penyakit dan menjangkiti ibu ayah serta saudara mara lain di kampung,” katanya.
Bagi kerani, Siti Nadia Omar, 35, dia mahu warga Perlis di perantauan untuk bersabar.
“Banyak varian ganas terhasil ketika ini. Walaupun Perlis sedikit jangkitan, namun ia ibarat bom jangka yang boleh meletus bila-bila masa jika kita leka,” katanya. -K! ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/jangan-balik-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masya Masyitah Iktibar Di Sebalik Kisah Balik Kampung Berhari Raya

Masya Masyitah Iktibar Di Sebalik Kisah Balik Kampung Berhari Raya

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 255 hits
Penyanyi Masya Masyitah 21 mengesahkan isu merentas negeri ketika menyambut Aidilfitri di Kulim Kedah selesai selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada 16 Mei lalu Masya berkata dia memberi kerjasama penuh atas sia...
Jangan Percaya Musang Berbulu Ayam Ayoh Balik Sebarkan Covid Kah Kah

Jangan Percaya Musang Berbulu Ayam Ayoh Balik Sebarkan Covid Kah Kah

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 255 hits
MOHD MUKHLISSebok ambo baco YB tulis anok anok klate kena denga nasihak dari pakar Pakar langgar SOP sampai 3 kali Like a crab teaching a zoea how to walk properly
Buat Masa Ini Tiada Soalan Bila Balik Kampung

Buat Masa Ini Tiada Soalan Bila Balik Kampung

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 322 hits
BUAT MASA INI TIADA SOALAN BILA BALIK KAMPUNG Assalammualaikum wbt Mahu berjumpa tidak mudah Terkadang setahun sekali sahaja dapat berjumpa berkumpul sama sama ramai ramai Tuntutan mencari nafkah masing masing Bila abang balik adik tidak ba...
Tindakan Tegas Individu Balik Kampung 4 839 Kenderaan Diarah Patah Balik Semalam Ismail Sabri

Tindakan Tegas Individu Balik Kampung 4 839 Kenderaan Diarah Patah Balik Semalam Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh ISMAIL SABRI YAAKOB Gambar TheSundaily SELURUH rakyat Malaysia dinasihat supaya mematuhi arahan Pelan Pemulihan Negara dan tidak merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing masing Timbalan Perdana Ment...
Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Langgar Undang Undang

Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 241 hits
July 21 2021 Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya Bentong pada awal pagi Selasa Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut t...
334 Kenderaan Diarah Patah Balik Sjr Di Sabah

334 Kenderaan Diarah Patah Balik Sjr Di Sabah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 248 hits
Sebanyak 334 kenderaan di arah berpatah balik ketika cuba melintasi sekatan jalan raya untuk merentas daerah pada hari pertama sambutan Aidiladha di Sabah KOTA KINABALU Sebanyak 334 kenderaan di arah berpatah balik ketika cuba melintasi sek...
Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 19 Julai Kuarantin Di Uk Ditarik Balik Dan Peningkatan Kes Penyakit Ini Berterusan

Ramalan Untuk Gbp Usd Pada 19 Julai Kuarantin Di Uk Ditarik Balik Dan Peningkatan Kes Penyakit Ini Berterusan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 182 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam pasangan GBP USD pada hari Jumaat melakukan kenaikan ke tahap pembetulan 1 3859 pulih daripadanya dengan pembalikan yang memihak kepada mata wang AS dan meneruskan proses penurunan harga ke tahap 1 3741 d...
Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada Pkob

Misi Bantuan Ebit Lew Di Arah Berpatah Balik Gagal Kemuka Surat Kelulusan Daripada Pkob

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 282 hits
BENTONG Tiga lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal Ebit Lew diarah berpatah balik ketika melalui Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Bentong di sini awal pagi semalam Dalam kejadian kira kira jam 1 30 pagi itu t...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan