Anak Tak Pernah Merasa Gelang Emas Duit Moratorium Dah Niat Nak Belikan Sebak Tengok Anak Isteri Bahagia


Bukan tak mampu untuk meraikan isteri dan anak-anak, namun komitmen bulanan kadang-kadang membuatkan kita tak sempat untuk membelikan anak dan isteri hadiah.
Ramai yang menarik nafas lega apabila Perdana Menteri mengumumkan Moratorium sewa beli selama 6 bulan. Sekurang-kurangnya bagi yang tidak berkesempatan menyimpan duit, akhirnya dapat menyimpan setiap bulan.
Bagi yang dah lama berjimat cermat setiap bulan, dapat gaji terus selesaikan komitmen bulanan sehingga tidak dapat berbelanja, sekurang-kurangnya dengan moratorium mereka dapat berbelanja sedikit sebagai hadiah untuk diri sendiri dan keluarga. Besar hikmahnya setiap apa yang berlaku.
Begitulah kisah yang dikongsi oleh pemilik Facebook, Pe Chey. Akhirnya dia dapat menghadiahkan seutas gelang buat anak-anak dan isteri. Suami mana yang tak teringin nak hadiahkan sesuatu buat isteri dan anak-anak cuma mereka ada komitmen yang perlu diutamakan.

Duit moratorium, aku dah niat, nak belikan “gelang getah” untuk anak-anak dara aku. Dari bulan April hari tu lagi aku dah bagitahu orang rumah,
“Yang, abang teringin nak belikan budak-budak ni ” gelang getahlah”. Kesian, diaorang tak pernah merasa pakai “gelang getah” lagi.
Sebagai ayah, bila aku tengok diaorang togel je kat tangan, aku rasa bersalah. Kurangnya adalah seurat besar gelang getah pun jadiklah.
Jadinya, tadi, aku ajaklah orang rumah dengan budak-budak jalan-jalan. Konon. Padahal aku hala ke kedai jual “gelang getah’. Bila sampai, orang rumah pun dah besarkan mata.
Aku sengih kambing.
Bila masuk kedai, budak-budak bersorak,
“Ayah nak belikan kami gelang ke yah. Uiyooo seronoknya yah.”
Kita nak yang tu yah, kata Qaisara. Ecya nak ni. Keena je senang, dia tunggu je. Ragam, 3 anak dara aku yang makin membesar.
Bila, gelang dah terlekat di tangan, ketiga-ketiganya peluk aku, siap cium. Pekerja di kedai dan pelanggan yang lain menyaksikan adegan penuh sentimental itu.
“Ayah tak banyak duit. Ayah dapat belikan yang kecik ni je ye. Kalau ayah ada banyak duit, ayah belikan yang besar sikit. Korang suka tak?”
“Suka yah. Terima kasih.”
Serentak suara ketiga anak dara aku menjawab. Aku sebak di dada bila mereka nampak ketara gembiranya siap terus pakai. Tangan masing-masing dah rupa tangan patah. Kekok bila ada “gelang getah” di tangan.
Kesiannya anak-anak dara aku. Salah aku sebab tak belikan untuk mereka dahulu lagi.
Orang rumah senyum tengok anak-anaknya.
Aku tanya,
“Ayang nak tak? Carilah satu yang lebih kurang macam bebudak punya. Abang takdelah banyak bajek, tapi kalau kena harga, abang belikan. Nak tak?”
Terus bercahaya matanya. Orang rumah pun jarang aku belikan. Silap aku, sebagai seorang suami yang tak memahami psikologi wanita.
” Abang biar betul. Cukup ke duit? Tak payahlah. Belikan je untuk budak cukup. Orang takde tak apa.”.
Orang rumah aku, memang tak menyusahkan. Aku nak belikan, dia tetap begitulah soalannya.
” Dik, kau carikan untuk akak ni satu, yang designnya sama dengan budak-budak, yang harganya sama macam budak-budak punya.”
” Baik bang”.
Laju budak tu buat kerja, tau-tau di tangan orang rumah, terpasang seutas gelang getah baru. Aku suka tengoknya. Suka tengok dia senyum. Senyum bahagia sebab tak sangka kot aku belikan seutas untuk dia.
Inilah kisah seorang ayah dan suami yang berwajah bengis. Petang ini dia kalah dengan anak dara dan isterinya. Jauh di hatinya,
“Kalau aku mati, taklah aku ralat sebab tak belikan untuk diaorang seutas gelang getah yang mungkin jadi kenangan abadi sepanjang usia mereka di dunia ini. “
Sebak dada aku bila tengok kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka berempat petang ini. Semoga rezekiku melimpah ruah.

#NfI
#gelanggetah
Ecya tanya,
“Ayah, bole tey titey patai gelang ni masey tido nanti? Keney butak tey ayah?”.
“Pakailah Cya, Ecya sukey tan pakai tu?”
Kami pun berpelukan. Bahagia.
Sumber: Pe Chey
The post “Anak Tak Pernah Merasa Gelang Emas, Duit Moratorium Dah Niat Nak Belikan”. Sebak Tengok Anak & Isteri Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tak-pernah-merasa-gelang-emas-duit-moratorium-dah-niat-nak-belikan-sebak-tengok-anak-isteri-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Yang Dibantu Suami Isteri Bahagia Bukan Harap Duit Emas Cukuplah Rajin Tolong

Isteri Yang Dibantu Suami Isteri Bahagia Bukan Harap Duit Emas Cukuplah Rajin Tolong

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 350 hits
Mendirikan rumah tangga adalah satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan oleh setiap individu seumur hidupnya Perlu juga faham perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ia melibatkan penyatuan hati dua insan yang bersetuj...
Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

Pernah Tak Kita Pukul Lantai Kalau Anak Jatuh Niat Nak Pujuk Tapi Sebenarnya Beri Kesan Negatif

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 532 hits
Menjadi kebiasaan ibu bapa jika nak memujuk anak yang terjatuh atau sedih pasti kita menyalahkan sesuatu benda contohnya anak jatuh terlanggar kerusi Mummy dah pukul kerusi apa ni buat adik okay dah dah nangis si kecil pun terus diam kerana...
Kenali Nama Gelang Emas Viral Ni Senang Suami Nak Belanja Isteri Seutas Dua Nanti

Kenali Nama Gelang Emas Viral Ni Senang Suami Nak Belanja Isteri Seutas Dua Nanti

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 1315 hits
Isteri mana yang tak gembira kalau suami belanja barang kemas Tambah pula tular pelbagai jenis gelang atau cincin emas dengan nama yang pelbagai Habis semua nama makanan atau haiwan keluar Pulut dakap latok biji anggur biskut tawar ekor kuc...
Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 421 hits
Dalam rumah tangga perlulah saling bertolak ansur dan membantu antara suami dan isteri Salah satu cara lain untuk memancing rezeki adalah dengan berbelanja untuk isteri dan anak anak Biasanya isteri yang bahagia bila suaminya tak kedekut Un...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 388 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Terima Kasih 4 Kali Hampir Mati Lahirkan Anak Demi Suami Besar Pengorbanan Isteri Ebit Lew Sebak

Terima Kasih 4 Kali Hampir Mati Lahirkan Anak Demi Suami Besar Pengorbanan Isteri Ebit Lew Sebak

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 341 hits
Kasih suami buat isteri terlihat dari caranya melayan isteri Begitulah dapat digambarkan bagaimana bahagianya kehidupan berumah tangga pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang sentiasa melayani isteri dengan kasih dan sayang Menerusi perkongs...
Video Dulu Emas Isteri Gadai Beli Pampers Ebit Lew Beli Barang Mewah Rai Pengorbanan Anak Amp Isteri

Video Dulu Emas Isteri Gadai Beli Pampers Ebit Lew Beli Barang Mewah Rai Pengorbanan Anak Amp Isteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 500 hits
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew bukan lagi nama asing rakyat Malaysia Beliau yang suka berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan menjadi inspirasi orang ramai Malah beliau juga sering berkongsi kehidupannya di media sosial Peranan beliau s...
Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 489 hits
Seri ibu yang mengandung ni memang lain auranya membuatkan mata yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada Model dan juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin Nurida Suraya antara yang menjadi perhatian bila memuat naik gambar...
Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel Ini Wajah Terkini Isteri Faizal Hussein

Bahagia Di Sisi 2 Anak Comel Ini Wajah Terkini Isteri Faizal Hussein

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 393 hits
FAIZAL HUSSEIN amp SUHAILA Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem filem box office lakonannya Penangan filem Gila Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni ...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia

Kaedah Geofizik Dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Teknologi Dan Keperluan Bilik Bersih Dalam Industri Semikonduktor

Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam