Jangan Anggap Remeh Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil


Untuk ibu mengandung, dugaannnya berbeza-beza. Mungkin ada yang yang kena GDM, tekanan darah rendah atau terlalu tinggi atau juga mengalami edema. Semuanya kita sanggup lalui asalkan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.

Salah satu masalah yang mungkin berlaku pada ibu hamil adalah kencing kotor. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan amat penting untuk wanita mengandung untuk membuat saringan air kencing. Melalui perkongsian Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, beliau berkongsi info tentang kecing kotor dalam kanlangan ibu mengandung.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL
Ia bahaya dan pemeriksaan air kencing saringan di kalangan wanita hamil adalah suatu yang penting.
Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang air hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuang air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor”.
Sumber foto: www.freepik.com APA ITU KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL?
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.
Sistem saluran kencing terdiri dari ginjal, saluran ureter (menghubungkan ginjal ke pundi kencing), pundi kencing dan saluran urethra (saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing).
Kencing kotor pada wanita hamil melibatkan saluran urethra dan pundi kencing. Jarang berlaku pada ginjal, namun kuman dari pundi kencing boleh naik ke bahagian ginjal menyebabkan masalah yang lebih berbahaya.
MENGAPA KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL SERING BERLAKU?
Kencing kotor pada wanita hamil berlaku kerana saluran urethra mereka lebih pendek berbanding dengan lelaki. Jadi kuman pada bahagian kemaluan, terutama anus dan faraj senang masuk ke pundi kencing.
Wanita hamil juga mengalami perubahan hormon yang menyebabkan kekuatan otot pada saluran ureter dan pundi kencing bertambah lemah.
Peningkatan tahap keasidan dan terdapat gula dalam air kencing menyebabkan air kencing pada wanita hamil boleh berlaku dengan mudah.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia menjadi lebih parah dan kuman boleh mereka pula ke ginjal. Ia boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan kematian.
Jangkitan yang teruk akan menyebabkan air kencing wanita hamil kelihatan berdarah. Jika jangkitan tidak parah, ia mungkin hanya dapat dilihat dengan pemeriksaan air kencing menggunakan mikroskop saja.
Baca Juga:
Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Sharifah Aryana Kongsi Berita Gembira Hamil Baby Boy. Mohon Doa Semua Dipermudahkan
APA TANDA KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL?
Mereka mungkin mengalami masalah berikut. Sebahagian dari mereka mungkin tidak mengalami sebarang masalah.
1. Rasa terbakar sewaktu kencing
2. Darah di dalam air kencing
3. Air kencing keruh
4. Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar
5. Tidak dapat menahan kencing
Jika kencing kotor pada wanita hamil telah parah dan menjangkiti ginjal, mereka mungkin mengalami :
1. Demam dan menggigil
2. Loya dan muntah
3. Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
4. Tidak bermaya
5. Tiada air kencing langsung
Sumber foto: www.freepik.com APA YANG PERLU DIBUAT APABILA BERLAKU KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL?
Memandangkan komplikasi jangkitan kuman pada saluran air kencing adalah berbahaya, doktor akan melakukan ujian saringan. Ini kerana sebahagian wanita hamil tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan kuman, sehinggalah masalah jangkitan kuman ini merebak dengan lebih teruk.
Bagi wanita hamil yang mempunyai tahap imuniti yang rendah seperti pesakit diabetes atau yang mempunyai masalah penyakit autoimmune, kebarangkalian untuk menghadapi kompliasi (jangkitan pada ginjal) adalah lebih besar.
Bagi yang mengalami masalah kencing kotor pada wanita hamil, selalunya mereka dinasihatkan agar minum air secukupnya. Tujuannya untuk membuang kuman yang berada pada pundi kencing.
Masalahnya ramai wanita hamil tidak selesa dengan cara ini kerana apabila usia kehamilan semakin meningkat, mereka lebih mudah untuk membuang air kencing. Dengan minum lebih banyak air, semakin kerap mereka ke tandas.
Namun inilah antara cara terbaik untuk merawat kencing kotor pada wanita hamil. Pemeriksaan semula air kencing boleh dilakukan selepas seminggu.
PERLUKAH ANTIBIOTIK UNTUK MERAWAT AIR KENCING KOTOR?
Bagi kes kencing kotor pada wanita hamil yang lebih serius, sama ada dibuktikan dengan pemeriksaan air kencing atau mengalami sebarang tanda (rujuk tanda-tanda di atas), doktor akan memberikan antibiotik yang selamat diambil bagi wanita hamil.
Selain itu saya mencadangkan bagi masalah kencing kotor pada wanita hamil adalah:
1. Minum air secukupnya. Pastikan air kencing berwarna jernih sedikit kekuningan.
2. Jika rasa pundi kencing telah penuh, terus ke tandas. Ini membantu membuang kuman yang berada dalam pundi kencing. Jangan bertangguh.
3. Selepas membuang air kecil, lap kemaluan dari depan ke belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kuman pada anus merebak ke bahagian hadapan (faraj) jika kita mengelap dari belakang ke hadapan.
4. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.
5. Elakkan daripada mengambil minuman bergula.
6. Amalkan minum cuka teen. Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu besar cuka teen ke dalam segelas air kosong. Minum selepas makan. Tiga kali sehari. Atau campurkan 3-5 sudu besar cuka teen dalam satu jug 1L. Minum sepanjang hari. Campurkan sedikit madu atau stevia jika perlu.
Kesimpulannya, masalah kencing kotor pada wanita hamil kerap berlaku. Oleh itu pemeriksaan saringan adalah penting bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
Amalkan cuka teen (cara amalan seperti di atas) untuk mencegah dan sebagai usaha merawat masalah kencing kotor pada wanita hamil.
Semoga bermanfaat.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
 
The post Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-anggap-remeh-ada-risiko-ginjal-rosak-kalau-kencing-kotor-waktu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni Petua Lawas Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil

Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni Petua Lawas Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 295 hits
Ketika hamil macam macam dugaan yang dilalui ibu hamil Ada yang buang air kecil tidak lawas ada yang sembelit dan menghadapi kesukaran membuang air besar Macam macam Namun mengambil jumlah air yang mencukupi amat disarankan disamping pengam...
Air Kencing Kotor Masa Hamil Anak Demam Rasa Tak Sihat Cepat Cepat Buat Air Barli Banyak Khasiatnya

Air Kencing Kotor Masa Hamil Anak Demam Rasa Tak Sihat Cepat Cepat Buat Air Barli Banyak Khasiatnya

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 275 hits
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara negara Barat Air barli boleh me...
Bukan Tiada Peluang Mas Idayu Akui Masih Boleh Hamil Tapi Tak Mahu Ambil Risiko

Bukan Tiada Peluang Mas Idayu Akui Masih Boleh Hamil Tapi Tak Mahu Ambil Risiko

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 143 hits
Seperti diketahui ramai penyanyi dangdut hebat iaitu Mas Idayu telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Penerbit Eksekutif TV3 Muhammad Sufian Che Isa tiga bulan lalu Pasangan tersebut sememangnya kelihatan amat bahagia ber...
Stres Waktu Hamil Tak Berbaloi Kesannya Nanti Pada Anak Ceriakan Mood Mama Sentiasa

Stres Waktu Hamil Tak Berbaloi Kesannya Nanti Pada Anak Ceriakan Mood Mama Sentiasa

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 201 hits
Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung sebenarnya banyak membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan Sebab itulah kita selalu diajar untuk sentiasa ceria masa mengandung Ibu hamil sememangnya perlu elakka...
Kerajaan Harapan Kena Tunai Janji Menifesto Jangan Ulang Kencing Rakyat Era Mahathir

Kerajaan Harapan Kena Tunai Janji Menifesto Jangan Ulang Kencing Rakyat Era Mahathir

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 294 hits
Tunai janji samada ada pihak lain suka atau tidak Dulu ada umno yang mungkin membantah harapan rakyat kini pada PN Membantah juga mungkin boleh dikategorikan racist
Jangan Biar Anak Terperuk Dalam Rumah Mak Ayah Pastikan Langkah Ni Waktu Anak Cuti Sekolah

Jangan Biar Anak Terperuk Dalam Rumah Mak Ayah Pastikan Langkah Ni Waktu Anak Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 282 hits
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak anak Selain merangka percutian bersama anak ada baiknya kita pastikan anak anak dalam keadaan baik dan sihat Tambah pula musi...
Normallah Tu Mak Mak Umpan Fatima Coklat Lepas Vaksin Fazura Anggap Diri Teruk

Normallah Tu Mak Mak Umpan Fatima Coklat Lepas Vaksin Fazura Anggap Diri Teruk

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 203 hits
Sebagai ibu pelakon dan juga usahawan Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya sendiri apabila memberi umpan coklat kepada anak perempuannya Nur Fatima Aisya 2 tahun Menerusi perkongsian aktres berusia 39 tahun di laman Instagr...
Fazura Anggap Diri Teruk Sanggup Bagi Coklat Kepada Anak Sebagai Umpan

Fazura Anggap Diri Teruk Sanggup Bagi Coklat Kepada Anak Sebagai Umpan

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 246 hits
Pelakon dan juga usahawan Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya sendiri apabila memberi umpan coklat kepada anak perempuannya Nur Fatima Aisya 2 tahun Menerusi perkongsian aktres berusia 39 tahun di laman Instagram dia membe...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025