Jangan Ambil Remeh Inilah Sebab Kenapa Anda Perlu Membuang Batu Kecil Pada Tayar Kenderaan Anda




Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan. Tayar adalah satu-satunya bahagian yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan.

Justeru itu, setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar kenderaan mereka. Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut.

Contohnya pernah tak anda perasan batu – batu kecil yang melekat di celah – celah tayar. Mungkin ramai yang ambil mudah dan tidak kisah dengan kehadiran batu – batu kecil ni. Tapi tahukah anda sebenarnya batu kecil tersebut boleh membahayakan anda.

Seperti yang sedia maklum, bunga tayar adalah untuk memastikan kereta tidak tergelincir ketika hujan. Tetapi jika ada banyak batu kecil yang terselit di bunga tayar, ia secara tidak langsung mengurangkan cengkaman tayar pada hari hujan.

Selain itu, batu kecil tersebut boleh menyebabkan tayar bocor sekaligus merosakkan rangkaian wayar kimia di dalam tayar dan menyebabkan tayar pancit.Lagi satu sebagai pengguna kenderaan. pernahkan anda ambil tahu berkenaan tayar. Contohnya, seperti tarikh pembuatan, index berat, index kelajuan dan tanda amaran kehausan pada tayar.

Berapa ramai antara kita sedar akan maklumat ini? Jarang sekali kita bertanya perkara-perkara ini kepada penjual tayar ketika kita mahu mengganti tayar kenderaan kita.

Ramai pengguna di Malaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain apabila tayar itu sudah botak. Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya pada mereka.

Tips mengesan kehausan tayar kereta



Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.

Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.

Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.



Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan.Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.

Tarikh Pembuatan Tayar

Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar.

Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.

Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.

Bagaimana handak mengetahuinya?



Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk).

2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).

Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009.

Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.

Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H

Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm    Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
Jejari: R    Diameter rim: 13 inci    Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg    Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

Senarai Kod

S – 180 km/j    T – 190 km/j    U – 200 km/j     H – 210 km/j     Z – Melebihi had laju 240 km/j     W – 270 km/j     Y – 300 km/j     ZR – Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

Berat Tampung Maksima Tayar

Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.

Fahami Kelajuan Dibenarkan

Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.

Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.

Sumber: Iswadykamas via realmerah.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/jangan-ambil-remeh-inilah-sebab-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mustahaknya Berat Badan Sebagai Petunjuk Kesihatan Bayi Mama Papa Jangan Pandang Remeh

Mustahaknya Berat Badan Sebagai Petunjuk Kesihatan Bayi Mama Papa Jangan Pandang Remeh

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 451 hits
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul Berapa berat baby ni Itulah antara soala...
Ekspo Halal Malaysia 2019 Batu Loncatan Untuk Peniaga Kecil Sederhana

Ekspo Halal Malaysia 2019 Batu Loncatan Untuk Peniaga Kecil Sederhana

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum Sebagai seorang Muslim YF dapat simpulkan bahawa status halal sangat dekat dengan diri kita Di Malaysia kita tidak lari dari ura ura ataupun khabar angin mengenai keraguan status halal sesuatu makanan atau restoran di negara...
Hiburan Hanya Buka Warung Kecil Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal Nabila Huda

Hiburan Hanya Buka Warung Kecil Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal Nabila Huda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 355 hits
Gerai makan Waroeng Isabella milik pelakon Nabila Huda dan suaminya yang baru sahaja dibuka mendapat sambutan yang agak baik Namun sejak beberapa hari lalu ada beberapa netizen tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan dan mengatakan ...
Nat Angin Punya Tayar Belakang Ini Okey Netizen Geli Hati Tengok Calon Ujian Memandu Ini Buat Pemeriksaan Kenderaan

Nat Angin Punya Tayar Belakang Ini Okey Netizen Geli Hati Tengok Calon Ujian Memandu Ini Buat Pemeriksaan Kenderaan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 451 hits
Viral di media sosial video seorang calon wanita melakukan pemeriksaan kenderaan membuatkan netizen terasa geli hati melihat gelagatnya yang melucukan nbsp Berdasarkan dua video tersebut hampir keseluruhan bahagian kenderaan termasuk enjin ...
Cirit Birit Banyak Muntah Kerap Demam Suhu Tinggi Jangan Pandang Ringan Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

Cirit Birit Banyak Muntah Kerap Demam Suhu Tinggi Jangan Pandang Ringan Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 511 hits
Cirit birit muntah muntah dan demam suhu tinggi mungkin pernah dialami si manja Tahukah anda ia adalah serangan sejenis virus yang dinamakan rotavirus Bagi kanak kanak keadaan ini tentunya menyebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam bad...
Pesan Saharul Ridzwan Jangan Takut Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Pesan Saharul Ridzwan Jangan Takut Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 525 hits
Saharul bersama isteri dan anak ketika mengerjakan Umrah baru baru ini PELAKON Saharul Ridzwan yang baharu sahaja pulang mengerjakan Umrah memberitahu pengalaman ke Makkah bersama anak lelakinya Muhammad Luth Ali yang berusia 18 bulan tidak...
Isu Salib Jangan Anggap Ia Isu Kecil

Isu Salib Jangan Anggap Ia Isu Kecil

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 377 hits
oleh Mohd Asri Bin Mat Daud 1 Kecoh isu berkenaan lampu di bangunan kediaman Grace Residence Jelutong yang memancarkan cahaya berbentuk salib gergasi baru baru ini Malah ia turut mendapat perhatian daripada pihak Mufti Pulau Pinang dengan
Menko Darmin Jagung Impor Jangan Hanya Disalurkan Ke Peternak Kecil

Menko Darmin Jagung Impor Jangan Hanya Disalurkan Ke Peternak Kecil

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 241 hits
Sebelumnya Menteri Pertanian Amran Sulaiman mengatakan impor jagung sebesar 73 000 ton akan langsung disalurkan kepada peternak kecil Hal ini untuk menekan laju harga jagung yang mengalami kenaikan dalam beberapa waktu terakhir
Diduga Terlilit Utang Adul Nekat Tabrakkan Diri Ke Kereta Batu Bara

Diduga Terlilit Utang Adul Nekat Tabrakkan Diri Ke Kereta Batu Bara

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 306 hits
Adul nekat mengakhiri hidupnya dengan cara menabrakan diri ke kereta barang di kampung Gang Eceng Kasemen Kota Serang Nelayan asal Cirebon Jawa Barat itu bunuh diri diduga karena terlilit utang dan ditinggal sang istri ke Arab Saudi menjadi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba