Jalan Jalan Taman Burung Seberang Jaya
Taman Burung Seberang Jaya Pulau Pinang
Dah hampir 20 tahun menetap di utara ni dan selama itu jugalah akak mencari rezeki di Pulau Pinang ni. Tak pernah lagi singgah Taman Burung yang terletak di Seberang Jaya ni. Nak jadi cerita, Jumaat lepas en hubby bawa dik Wan berjalan-jalan di Taman Burung ni. Akak kerja, tak dapatlah join sekali. Budak ni memang suka haiwan. Bila diajak singgah sini memang seronoklah dia. Sekali sekali meronda berdua kata hubby. Akak dapat tengok gambar pun jadilah...
Taman Burung ini adalah merupakan taman burung pertama di Malaysia. Terdapat lebih daripada 3000 jenis burung terdapat di dalam ni. Memang puas belajar pasal burung. Sebelum ni ada antaranya hanya tengok gambar di buku atau di rancangan tv tapi kali ni tengok depan mata. Kalau tengok daripada pintu masuk, memang tak sangka rupanya di dalam kawasan seluas 5 ekar ini menyimpan pelbagai jenis burung dari serata dunia.
Waktu Operasi dan Harga TiketWaktu operasi Taman Burung ini ialah dari jam 9 pagi sehingga 7 malam setiap hari. Harga tiket pula seperti di di bawah ni.
*harga seperti dalam website
Seronoknya Tengok BurungHubby kata bukan main seronok lagi dik Wan tengok burung, bagi makan burung, pegang burung.
Manjanya sang burung ni. Ada yang pandai bercakap. Memang puas melayan.
Dah penat, rehat sekejap. Rugi pula rasanya tak dapat join.
Antara takut dan berani, nak letak juga burung tu atas lengan. Jadilah muka macam tu.
Puas meronda sampai keletihan. Hasilnya sampai malamlah akak kena dengar dia bercerita tentang burung. Siap tunjuk lagi gambar-gambar burung tu dalam buku-buku koleksi binatang yang ada kat rumah. Terisi juga hari cuti dik Wan. Bila ibu dengan anak cuti hujung minggu tak sama, macam nilah jadinya. Mujur ada ayah yang rajin melayan.
Selain daripada pelbagai jenis burung ada juga reptilia lain dipelihara seperti ular. Hmm...bila sebut ular terus meremang bulu roma. Fobia okay !
Lokasi Dan Info LanjutKorang boleh dapatkan info lanjut tentang Taman Burung ni kat sini: PENANG BIRD PARK
Kalau nak tahu lokasi lanjut, boleh follow google map ni :
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2019/10/jalan-jalan-taman-burung-seberang-jaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)