Ada Yang Sanggup Beratur Panjang Kerana Dia Ini Sejarah Nasi Kandar Yang Ramai Tak Tahu


Nasi kandar merupakan makanan yang tidak asing lagi di negara kita. Nasi kandar boleh ditemui diseluruh pelosok negara terutamanya sebelah semenanjung.
Namun tempat yang khusus dan terkenal bagi hidangan ini ialah di sebelah utara iaitu Pulau Pinang, Perak, dan Kedah.
Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya asal usul atau bagaimana nasi kandar tercipta.
Ikuti perkongsian dari seorang pengguna Twitter @PopPelangi tentang sejarah nasi kandar.
Nasi kandar merupakan makanan yang popular terutamanya di sebelah utara seperti Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Ia merupakan nasi berlauk yang biasanya bergulaikan kari, ayam goreng, atau gulai daging, atau makanan laut bersama bendi rebus dan kobis goreng.

Hubungan kaum Tamil dengan orang Melayu sudah berlangsung hampir 2,000 tahun lamanya. Ia ada dicatatkan dalam buku puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang merupakan antara hasil sastera di era Sangam. Ada disebut dalam buku tersebut nama Semenanjung, dipanggil Kaalagam.
Walaupun pada kurun ke-11 berlaku serangan Rajendra Chola, hubungan antara Tamil dan Melayu pada era lain secara relatifnya rapat, terutamanya dalam hal makanan.
Sekitar abad ke-17 Syarikat Hindia Timur Inggeris telah membuka pos perdagangan di sekitar Chennai, dengan kebenaran Maharaja Mughal, Aurangzeb Alamgir I yang mahu memajukan empayarnya dengan bantuan Inggeris. Sejak itu ramai buruh (dan hamba abdi) kaum Tamil dikerah Inggeris.

Pada tahun 1786, Sir Francis Light memajak Pulau Pinang dari Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah dengan bayaran 6,000 perak setahun, sekaligus membangunkan pulau tersebut menjadi pelabuhan British di Selat Melaka.

Pada awalnya Light berjanji untuk membantu Kedah dalam melawan pemberontakan Bugis dalam negeri, serta membantu menentang serangan Siam dan Burma, tetapi Light mengkhianati Sultan Kedah, Kedah mahu menawan semula Pulau Pinang pada 1791, namun gagal.
Pada 1800, Leftenan Jeneral Prince of Wales Island (nama Pulau Pinang yang diberi British), mahu tanah Seberang Perai yang kemudian diberi nama Wellesley Province. Semenjak itu, Pulau Pinang menjadi bandar pelabuhan utama British yang mengeksport bahan mentah ke empayar.

British membawa pekerja dari berbangsa Tamil ke Pulau Pinang untuk kerja-kerja di dermaga pelabuhan. Dan memandangkan kerja-kerja ini berat, mereka memakan makanan yang cukup berat dan banyak.

Makanan ini dibawa dengan kandar dan dipikul di sekitar pelabuhan pada waktu pagi untuk pekerja-pekerja pelabuhan menikmati sarapan, sebelum mereka memulakan kerja.

Mereka menjaja nasi dengan lauk ayam atau ikan, bersama bendi atau terung dengan harga 5 sen sepinggan. Mereka duduk di tepi pokok di sekitar Weld Quay sambil menunggu pekerja ini membeli nasi daripada mereka.

Mesti ada yang terkejut kan, tentang harga sepinggan nasi kandar di Pulau Pinang pada 1820an ialah 5 sen sepinggan? Ini harga barangan di pasar borong Kuala Lumpur pada 1897.

Hari ini, terdapat banyak restoran nasi kandar di seluruh Semenanjung. Ada yang asli, ada yang hanya letak nama nasi kandar sahaja tapi tak ada rasa.
Menurut kawan yang merupakan orang Pulau Pinang, syarat untuk jadi nasi kandar, ia harus ada :
1. Nasi tersebut mempunyai aromanya yang tersendiri, bukan nasi kosong.
2. Campuran gulai yang tepat agar kombinasinya menjadi enak. Kalau suruh kita cedok lauk sendiri layan diri tu, tak jadi nasi kandar.
3. Biasanya 3 lauk. Protein seperti ayam, daging, ikan, atau makanan laut.
Sayur seperti kobis, cili hijau, terung, acar timun atau bendi, dan sama ada telur masin, telur ikan, telur rebus/dadar bawang atau sambal kelapa.

Saya pun tak pasti adakah ini benar, tapi ini menurut kata orang yang menetap di Pulau Pinang sendiri.
Terdapat banyak restoran nasi kandar yang sedap. Antaranya:
1. Nasi Kandar Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang.
2. Deen (ada 2, iaitu Deen di Jelutong dan Deen Maju di Jalan Gurdwara)
3. Tajuddin Hussain di Lebuh Queen.
4. Kassim di Jalan Magazine.
5. Pelita yang ‘ori’ di Taman Chai Leng, Perai.
6. Pokok Ketapang di Lorong Hutton, Perai.
7. Yong Suan, Ipoh.
8. Yassem, Chow Kit.
9. Zainul, PJ.
10. Kari Kepala Ikan Kampung Pandan.
Namun citarasa seseorang itu berbeza. Ada yang berpendapat tempat tertentu itu lagi sedap dan sesuai dengan tekak dan citarasa mereka.
“Nasi kandar ni satu seni, sesetengah suka sini, sesetengah suka sana.”
Sumber : Twitter
The post Ada Yang Sanggup Beratur Panjang Kerana ‘Dia’, Ini Sejarah Nasi Kandar Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/25/ada-yang-sanggup-beratur-panjang-kerana-dia-ini-sejarah-nasi-kandar-yang-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah Tutup

Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 872 hits
Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah TutupGeorgetown Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang antara dua buah restoran yang diarahkan tutup dua minggu selepas didapat...
Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju Dan Pasembur Menari

Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju Dan Pasembur Menari

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 760 hits
Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari Jom sambung story mory Public Transport Trip ke Kuala Lumpur dan Penang Dari terminal feri pengembaraan bermula di Pulau Pinang We are ready to explore First Semua lapar bila dah ...
Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak

Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1033 hits
Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak Hai hangpa Dah cuti sekolah ni Hangpa bercuti di mana Mai la Penang boleh makan nasi kandar Hahaha Kali ni nak suruh hangpa mai try nasi kandar Cargas Cafe pula Hat ni dekat ja dengan airport T...
Lelaki Menyamar Jadi Juruterbang Ditahan Dipercayai Nak Elak Beratur Panjang Naik Pesawat

Lelaki Menyamar Jadi Juruterbang Ditahan Dipercayai Nak Elak Beratur Panjang Naik Pesawat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 279 hits
Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis di lapangan terbang Delhi di India selepas menyamar dengan memakai uniform juruterbang Lufthansa Rajan Mahbubani 48 cuba menaiki penerbangan AirAsia dengan menyamar sebagai juruterbang Lufthansa...
Sejarah Nasi Liwet Solo Makanan Khas Jawa Penolak Bala

Sejarah Nasi Liwet Solo Makanan Khas Jawa Penolak Bala

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 582 hits
Penulis Wisnu Amri Hidayat24 Juli 2019Sejarah makanan khas Jawa yakni nasi liwet Solo terkait dengan tradisi penolak bala tirto id Nasi liwet merupakan salah satu makanan khas Jawa dari Solo atau Surakarta Sejarah dan asal usul riwayat kuli...
8 Tempat Wisata Sejarah Gratis Di Jogja Edukatif

8 Tempat Wisata Sejarah Gratis Di Jogja Edukatif

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 169 hits
Berwisata atau liburan tak melulu mahal seperti 10 tempat wisata di Jogja ini tidak hanya gratis tapi juga edukatif dan cocok untuk liburan keluarga
Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 621 hits
NOTA kemaskini Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng 25 466 Majoriti 15 086 Karmaine Sardin 10 380 Dr Badrulhisham Abd Aziz 859 Wendy 1 707 Bebas Ang Chuan Lock 380 Bebas Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32 KELMARIN dalam cat...
Ulat Buku Perlu Tahu Ini Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Ulat Buku Perlu Tahu Ini Sejarah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 267 hits
PBAKL atau penuhnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair merupakan satu acara yang ditunggu tunggu oleh kebanyakan pencinta buku Tidak hairanlah ada yang menggelarkannya sebaga...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda