Jalan Jalan Menginap 3h2m Di Neo Penang Hotel
Assalamualaikum WBT

PENANG.. kami datang lagi
Kali ini, Pak Inche membuat tempahan bilik di Neo+ Penang Hotel yang terletak di pusat bandar Georgetown. Kali terakhir kami ke Penang akhir tahun lepas, menginap di Mercure Penang Beach yang terletak di Tanjung Bungah. Tujuan utama ke Penang kali ni kerana Pak Inche mengikuti saingan liga Penang vs JDT yang berlangsung pada hari Sabtu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Lepas makan Nasi Kandar Imigresen, kami ke Pasar Chow Rasta dulu sebelum check in di sini

Tapi nak cerita, masa nak masuk bilik, pintu gagal dibuka. Terpaksa tunggu maintenance tolong baiki. Baru jer Pak Inche nak minta tukar bilik lain, pintu pun berjaya dibuka

Dekorasi dan susun atur perabot dalam bilik, ada kelainan dari mana-mana penginapan Sk sebelum ini. Ruang tidur dan ruang kerja diasingkan oleh satu panel kayu bersilang di mana televisyen disangkutkan. Bilik agak luas dan kali ni kami ambil extra bed untuk Iman

Ruang kerja dan ruang mengopi

Kopi duluan baru jalan-jalan cari makan

Air bertapis disediakan di laluan/koridor setiap aras.

Bilik air pun sangat luas tapi shower dia tak best, hahaha

Mengintai dari tirai cermin kamar mandi

Petang tu, Pak Inche naik grab ke stadium. Malamnya, Sk dan Iman berjalan kaki ke cawangan Restoran Sup Hameed yang terletak di bangunan hadapan hotel. Pak Inche ajak ke stadium jugak sebenarnya tapi Sk lebih rela lepak di hotel, hahaha. Sebelum tu, Iman buat pesanan makanan di Grab Food tapi rider minta batalkan atas sebab tertentu, tu yang kami terpaksa keluar jugak cari makan
Sk pesan semangkuk Sup Campur dan Roti Benggali manakala Iman makan Murtabak Ayam. Cuma tu aje menu yang ada, hampeh tol! Hampir nak habis makan, hujan mula turun rintik-rintik

Sampai bilik, sekali lagi pintu tak berjaya dibuka. Nak marah tapi kena sabarrrrr. Malam tu tunggu Pak Inche balik, kotlah dia tak boleh buka pintu lagi sekali kan, eh, sekali boleh pulak buka.

Punyalah lama tunggu sampai kebosanan. Bila bosan jadik laparrrr.. hahahaha. Maggi Cup ni Sk beli masa pergi mana tah, angkut aje la sebelum bertolak hari tu, suka bawa maggi standby kalau lapar malam-malam. Pagi esoknya, Sk kemas semua barang siap-siap sebelum keluar sarapan, nanti kalau pintu tak boleh buka lagi, Sk nak terus mintak tukar bilik, huhu

American Breakfast wajib la kan bila buffet breakfast di hotel

Iman ada kuliah online. Untunglah budak sekarang, boleh kuliah sambil makan

Kuliah sambil makan Kuey Teow

Kuey Teow dia sedap

Nasi Lemak pun sedap

Makan bubur nasi sambil kuliah.

Lepas breakfast, naik bilik, syukurrrr.. pintu bilik tak ada masalah untuk dibuka. Terus masuk selimut semula, hahahaha

Baru jer nak mimpi-mimpi, Iman bagi cadangan, bonda dan babah, pergilah tapau Mee Sotong sebab pukul 2, dia ada test online pulak. Nanti lapar nak tunggu test habis (test 2 jam). Oh, masa masuk parking hotel, ambil kad parking macam biasa tapi bila nak keluar masuk, imbas kad bilik sahajo. Kad parking tu jangan kalian buang pulak sebab nanti last sebelum check out baru dia verified dan kena keluar guna kad tu

Kami ke Padang Brown, Food Court Padang Kota tutup hari ahad rupanya.

Adoi, sedapnya udang... tapi Pak Inche tak kasi ambik udang, hahahaha

Gerai Mee Sotong

Sambal Sotong Kering sekuali. Mee Sotong tu, mee goreng mamak kemudian nanti dah siap goreng, dia letak la lauk sotong ni tepi mee goreng, tu namanya Mee Sotong

Belum pukul 1.. kami pelanggan pertama, tu pun tapau

Tapau Sirap Sarbat sekali

Banyak giler restoran nasi kandar di Penang ni tapi tak tahu la kenapa restoran tertentu jer orang beratur bagai nak rak 🤔🤔🤔

Iman study untuk test petang sambil makan Mee Sotong dan minum Sirap Sarbat (Ais Tingkap). Sedap lain macam mee sotong kali ni, maklum, makan dalam suasana dingin. Mujur la tapau makanan duluan sebab test Iman pospone pukul 3.30. Bonda babah pulak ambil kesempatan untuk zzzzzzz

Pukul 5.30 baru selesai ujian. Kami ke Batu Feringgi, nak tengok pantai dan cari laksa ka.. rojak ka.. cendoi kaaa.. Sejam jugak nak sampai, jemmmm

Kami ke Pantai Batu Feringgi. Dah namapun batu, kan.., pasir pantai kasar dan berbatu dengan taburan cengkerang. Ramai orang mandi manda kat sini.

Singgah ke gerai tepi pantai ni

Iman makan Laksa

Pak Inche makan Bihun Sup Utara.. sedap bihun sup. Sk jamah je, macam malas nak makan. Lepas tu, kami pi tapau Nasi Kandar untuk makan malam sebab lepas mandi dah malas nak keluar meredah jalan. Tu nanti Sk cerita lain, eh

Esoknya, Pak Inche ajak sarapan di Astaka Taman Tun Sardon. Tapi, sebelum tu sarapan di hotel dulu

Pilihan Sk seperti selalu.. ada Bihun Goreng dan Nasi Lemak Pandan tapi Sk tak ambil. Sk makan jugak Pau, Siew Mai dan Samosa. Aim nak makan Serabai kat Astaka pulak, hahahha

Lepas breakfast terus check out!
Dari hotel kami ke Astaka Taman Tun Sardon tapi..

Tutup pulak gerai Serabai ni haaaaaaaaaa..

Pak Inche memang nak makan Apom. Harga Apom, 1 set/5 keping, RM3.50. Sedap sangat apom dia, cair di mulut wehhhh

Sebab sedap sangat, beli lagi 1 set, hahaha.

Ada mama kucing datang beramas mesra

Manja nau nau.. kesian tengok kucing gelandangan ni tau

Perjalanan balik ke Johor lancar dan sesak sekali sekala sehinggalah trafik mula tak bergerak berhampiran Gua Tempurung. Dia punya tak bergerak tu, sampai dah macam berhenti lama kat traffic light ya... jenuhhhhhh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/jalan-jalan-menginap-3h2m-di-neo-hotel.html