Jalan Jalan Ke Pengkalan Balak Freeport A Famosa Makan Makan Di Selat Avenue


 Assalamualaikum WBT
LEPAS makan laju-laju di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, kami menuju ke Klebang. Pak Inche tanya, kalau nak singgah Coconut Shake Klebang tapi Sk dan Iman menolak. Iman cadangkan esok sahaja (dalam perjalanan balik), kami singgah minum Coconut Shake di Padang Temu. Lagipun malas nak bersesak-sesak kat CSK tu. Hurmm.. memang pun sesak bila sampai depan CSK tu, dengan ada bas rombongan Cik Kiahnya lagi. Sk mengajak Pak Inche ke Pengkalan Balak, teringin nak tengok pantai Pengkalan Balak dan Chalet Kampung Pinang Sebatang yang diceritakan rakan blogger Syazni Rahim.

Ternampaklah pulak Gerai Cendol dan Rojak tepi jalan bawah pokok. Kami pun singgah dan pesan dua mangkuk cendol serta sepinggan rojak. 

Cendol dan rojak memang sesuai digandingkan. Ais cendolnya kasar sedikit, rojaknya boleh la.. bukan tak sedap tapi gorengan jemput-jemput tu macam tengik sikit, mungkin minyaknya dah digunakan berulang-ulang atau memang jenis minyak masak murah


Iman kurang gemar cendol, dia lebih suka Ais Batu Campur


Kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak. Ingatkan dekat-dekat aje Pengkalan Balak dengan Klebang dan Bandar Melaka, jauhhhhhh.. hampir sejam jugak. Nampak ada kawasan letak kereta berbayar, RM2 hari bekerja dan RM3 pada cuti hujung minggu atau cuti am bagi sekali masuk. Sk keluarkan duit kecil RM2 memandangkan hari itu merupakan hari bekerja bagi negeri Melaka, tapi pakcik jaga parking tu minta RM3, katanya hari tu dikira public holiday padahal public holiday tu semalamnya (Cuti Merdeka).Hurmmm.. Bayar ajelah, dah sampai. 

Memang betul kata SR, pasir di Pengkalan Balak ni longgar dan kasar. Nampak ramai keluarga yang sedang berkelah dan anak-anak kecil mandi laut dengan memakai boya (pelampung) berwarna-warni. Zaman Sk kecik-kecik dulu, belum keluar lagi boya cantik-cantik ni, semua hitam jenis getah tu. Seingat Sk, susah nak jumpa benda berwarna atau bercorak, contohnya, payung, pun kebanyakannya warna hitam, hehehe


Jom la kita singgah Kampung Pinang Sebatang ni


Warung Pak Ma'on.. tapi tak dibuka. Pak Ma'on ni watak legend lakonan Allahyarham Mahmud June dalam filem Nasib Do Re Mi yang jadi sebutan hingga kini


Kedai Runcit Bujang Lapok, juga tidak dibuka


Bukti hadirrrrrrrrrr ni SR


Ia berjiran dengan Desa Damai Chalet


Banyak chalet yang ditawarkan di Pengkalan Balak ni


Dah terlanjur sampai ke Pengkalan Balak, kami ke Freeport A'Famosa di Alor Gajah. Ini kali kedua Sk ke Freeport ni. Kali pertama tahun 2016, lama gilerrrrr dah


Tak sanggup nak beratur naik Coach Airways Outlet ni, kita snap pic dari jauh aje la. Panjang beno beraturnya sampai melengkau-lengkau macam ulau atas pagau


Balik tu, ingat nak tapau Roti John Hafiz tapi Hafiz tak meniaga buat sementara ni, jadi, kami masuk lebuhraya ikut Plaza Tol Alor Gajah dan keluar di Plaza Tol Ayer Keroh. Sebelum balik hotel singgah Selat Avenue untuk makan malam, tapi bukan proper dinner la.. makan yang merepek-repek jer, hahaha. 

Selat Avenue merupakan sebuah medan selera yang baharu dibuka di Bandar Melaka. Dekat sini ada gerai-gerai dengan pelbagai jenis menu sama ada makanan berat atau makanan viral. Sementara Pak Inche pergi cari apa nak makan, Sk duduk dulu la kat meja sini


Sekali, eh eh.. ada mamarazi laaaaaaaaa.. hahahaha. Pagi-pagi dapat dm dari rakan alam maya, beritahu nampak SK malam tu. Tapi tak nak tegur sebab segan, ialah, kenal pun di facebook tapi dah lama jugak tu kenalnya


Sk suruh Iman pergi tengok-tengok Pak Inche order makan, tahulah, Pak Inche tu kadang gelabah puyuh jugak, nanti pesan makan macam nak makan 10 orang. Lepas tu, Iman datang ajak pindah meja. Selain duduk di meja di ruang legar yang berbumbungkan langit, boleh juga duduk di meja dalam kedai. Dalam kedai-kedai pun ada gerai jugak tau, kena rajin berjalan


Pak Inche beli Cucur Udang dan Popiah Basah Ujong Pasir. Unik la popiah kat sini sebab ada inti ayam dan daging serta udang.. sedap


Bebas nak duduk di mana saja, pesan makanan dan terus bayar. Ada yang kita kena tunggu di gerai dan ambil sendiri makanan. Ada juga yang guna gajet, bila makanan siap gajet berbunyi isyarat makanan telah sedia,

Iman bangun kata nak beli Banana Roll ke apa, lepas tu nampak Tongmo Grill ni terus beli ni jer sebab dia kata bonda suka tongmo. Satu set ni RM15, sedapppp. Banyak pulak tu sampai senak nak habiskan tiga beranak


Sk pesan lempeng kelapa.. tak siap-siap lempengnya


Siap pun.. lempeng kelapa dan sambal tumis bilis, mintak extra sambal tak kedekut langsung. Selain tu ada juga lempeng pisang, lempeng cheese, nutella dan beberapa flavor lain


Di kiri kanan ni ada hotel tau iaitu Hotel Riviera dan Hotel Kaizen. Siapa menginap di sini senanglah nak makan malam tak payah keluar dah


Lepas makan, terus balik Ibis Hotel Melaka. Ibis Melaka ni terletak di Little India Melaka menuju ke Banda Hilir, memang jem manjang tapi Pak Inche tetap tenangggg

😊😊😊😊😊


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/jalan-jalan-ke-pengkalan-balak-freeport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah Makan Aiskrim Baskin Robbins Di Dalam Avenue K Mall Jalan Ampang Kuala Lumpur

Singgah Makan Aiskrim Baskin Robbins Di Dalam Avenue K Mall Jalan Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 415 hits
Baskin Robbins Kiosk di Avenue K MallCuaca panas panas kalau kena dengan aiskrim baru ngam Kali ni aku nak try makan aiskrim Baskin Robbins plak Kiosk Baskin Robbins yang aku terjah ni dekat dalam Avenue K Mall di Jalan Ampang yang juga ber...
Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 344 hits
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruRestoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruNasi Lemak Wanjo ni antara nasi lemak yang famous la di Kampung Baru Kuala Lumpur ni Sebenarnya ada dah pernah try nasi lemak wanjo ni sebelum ni masa tu aku datang...
Dapat Makan Buah Mesta

Dapat Makan Buah Mesta

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 210 hits
DAPAT MAKAN BUAH MESTA Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hihi REZEKI YANG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN Cuma PC sahaja yang tak tahu Salah satu rahsia daripada Allah untuk hamba hambaNya Rezeki DAPAT MA...
Jangan Makan Ayam Sebab Kena Cucuk Betul Ker

Jangan Makan Ayam Sebab Kena Cucuk Betul Ker

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 388 hits
Ayam besar sebab cucuk Mitos atau Fakta Saya sendiri selalu dengar tentang perkara ni dulu2 orang kata jangan selalu sangat makan ayam daging ni sebab dah kena cucuk betul ke bohong Menjawab pertanyaan yang komen tanya kalau bukan sebab cuc...
Anak Susah Sangat Nak Makan Sayur Buah Ini 15 Trick Buat Anak Mudah Makan Sayur Buah

Anak Susah Sangat Nak Makan Sayur Buah Ini 15 Trick Buat Anak Mudah Makan Sayur Buah

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 316 hits
Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa SAYUR dan BUAH dapat memberikan vitamin antioksidan serat air pada tubuh badan Bagi kanak kanak terutamanya ianya penting dalam perkembangan tubuh badan serta dapat meningkatkan sistem imuni...
Makan Nasi Ayam Di Kedai Ayamas Alam Budiman

Makan Nasi Ayam Di Kedai Ayamas Alam Budiman

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 345 hits
Memang lauan kami lah kalau nak ke Shah Alam Setia Alam atau Puncak Alam dan sewaktu dengannya melalui Bandar Tasik Puteri Eco Grandeur dan laluan panjang Persiaran Mokhtar Dahari ni Andai kata nak ke Shah Alam atau Setia Alam mesti ikut Ta...
Aksi Gadis Makan Laksa Johor Guna Tangan Jadi Perdebatan Warganet

Aksi Gadis Makan Laksa Johor Guna Tangan Jadi Perdebatan Warganet

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 385 hits
Gadis makan laksa Johor pakai tangan undang persoalan Memang adatnya Di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal Bukan sahaja di rumah tetapi di restoran restoran di mana sudu dan garfu disediakan Makan menggunak...
Puan Pamer Keakraban Bersama Gibran Makan Soto Di Solo

Puan Pamer Keakraban Bersama Gibran Makan Soto Di Solo

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 329 hits
Dalam akun Instagramnya Puan membocorkan apa yang dibahas saat makan bersama Gibran
Boleh Ke Makan Kekacang Dalam Lk

Boleh Ke Makan Kekacang Dalam Lk

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 253 hits
Boleh Makan Ke Kekacang 100g kacang tanah 7g carb100g cashew nut 23g carb100g pistachio 18g carbAda kekacang yang tinggi carb ada yang sederhana Keperluan maksimum carb 1 hari ialah 50g utk orang normal dan 20g 30g utk pesakit diabetes Cont...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian