Jalan Jalan Cherating Day 1 Lemang To Ki
Trip santai-santai ke Cherating over the weekend sempena besday yg ke 42 huhuhuh. Pegi dengan rakan sebaya yg juga bakal nak sambut besday tak lama lagik. Dah plan utk beberapa pit stop sebelum sampai ke Cherating. First stop, nak pi breakfast kat Lemang To'ki kat Bentong.
Tunggu travel partner kat lrt station sampai pastu zasss terus ke tol gombak. Perjalanan dari rumah aku amik masa lebih kurang sejam setengah. Nasib baik kat Karak highway smooth ride saje. Tapi sampai je kat kedai tu, perrghhh org penuh. Parking pun nun kat hujung2 sana.
Nasib baik ada meja kosong dapat lah kitorang selit. Lepas dapat chop meja aku terus gi beratur. Panjang boleh tahan la queue nye.
Kat sini konsep layan diri. Tempat order lemang + ayam bakar queue paling panjang.
Order dekat adik2 kat kaunter tu pastu diorang terus serve kat situ jugak. Amik dan bayar kat hujung kaunter.
Berpeluh2 abang ni dok bakar ayam
Ni lah yang aku order. Lemang dengan daging satu set + lemang rendang campur satu set + ayam bakar.
Total semua RM19.50
Bagi aku mmg sedap. Lemang tu lembut je, rendang pun sedap. Ayam bakar tu rasa nak beli satu lagik jer huhuhuhu.
Abis makan, kita snap2 pic dulu sebelum gerak ke next destination.
Ada habang2 tengah busking
Sapa2 nak tapau bleh pi kat kaunter ni
Selain dari lemang & rendang, ada lagik makanan lain yg dijual disini. Antaranya otak2, kambing golek.
Sape ntah dtg makan lemang pun naik heli ni ha! ^_^
Anak sungai tepi kedai
Settle breakfast, kitorang gerak masuk semula ke Karak highway menghala ke Gambang for another makan2 pit stop :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://life-of-a-traveller.blogspot.com/2019/09/jalan-jalan-cherating-day-1-lemang-toki.html