Jom mak kita pergi Melaka.
Sebab time anak takdelah baru boleh makan benda yang tak boleh nak makan depan diorang kan. Eleh korang pun macam tu kan? Baik mengaku hahaha :). So bila dah jadi mak ni, barulah tau tanggungjawab tu sangat memenatkan. Dengan kerenah anak-anak dan suami yang bermacam-macam.
Coconut Shake Pantai Klebang
Kuih Keria Melaka
Dan duit semuanya kami berkongsi bersama-sama. So itu yang kami guna untuk perbelanjaan sepanjang percutian ni. Kira ni tabung percutianlah, memang best ada dana macam ni. Barulah nak berjalan pun masing-masing seronok kan. So agenda hari pertama tu, sampai je Melaka terus pekena Coconut Shake Pantai Klebang. Dan lepas tu apa lagi, mencari kuih keria gula Melaka.
Dataran Pahlawan Melaka, ada dodol cair uolss? Sedap melekat, hmmm sampai melekat kat tekak
Tengok mak kita happy dia dapat shopping
Asam Pedas Ikan pari
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Dah kenyang, kita pergi jalan-jalan di Dataran Pahlawan pulak. Emm best, dapatlah merasa dodol cair, emmm nikmat sungguh! Mak saya happy nampaknya, duk beli macam-macam buah tangan. Macam banyak stok makanan mak beli ni hahaha. Takpe yang penting mak puashati. Dah siap shopping, kami pun makan tengahari Asam Pedas kat area situ juga. Pekena semua menu kat atas ni, pehhh terbaik!!
Hah Dapat turun kereta terus bersilat anak saya tu, hahaha
Homestay ni kami sewa RM220 untuk satu malam, dan duduknya di Bukit Katil. Kira tengah-tengah antara bandar dan tempat makan seafood Parameswara tu. Biasalah kalau makan angin ni, yang bestnya nak makan, nak berjalan dan makan lagi dan lagi kikikiki
Dapur yang selesa, ada rice cooker, tapi kami tak masak pun huhuu
Ruang Dapur nan selesa
Rumah ni ada 4 bilik, tapi bilik aircond ada sebuah ja
So bila perut dah terisi, masing-masing dah lekit badan, kitaorang terus ke homestay pulak. Hah, dah masuk rumah, hujan pun makin lebat. Korang suspek apa aktiviti kami? Hahahahaha mentidorlah semuanya hahaha. Baik punya tidur, cuma anak-anak je yang duk sibuk main lagi.
Ikan siakap 3 rasa
Aduii yummy sotong goreng tepung
Udang masak butter
Ketam goreng telur masin
So next destination ialah Medan Ikan Bakar Parameswara. Hmmm nyummy, tengoklah apa yang kami hadap ni. Bab mengorder saya dan suami settlekan, so kami duk order ketam masak telur masin, udang butter prawn, ikan tiga rasa, ikan bakar, lala goreng bercili dan sotong goreng tepung. Air sirap satu jug dan air teh o ais satu jug. Hmmm sedap sangat, kenyang, sampai ketat perut ni ha.
Emm menikmati sungguh asam pedas namanya tu
Meriah semuanya time makan, anak-anak kat meja lain
Percutian 2 hari 1 malam ni walau sekejap tapi serius menggembirakan. Tahun depan kami plan nak bercuti lagi, dan duit tabungan bulanan akan bermula tahun depan, 2019. Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah dan beri kami peluang untuk terus balas jasa mak.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |