Jais Perkenal Kad Daftar Ibu Anak Susuan



SELANGOR menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjadi negeri pertama memperkenalkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita bukan ibu kandung bagi mengelak masalah kekeliruan nasab.
Kad MyRadha’ah itu bertujuan merekodkan pendaftaran anak dan ibu susuan supaya anak susuan itu tidak berkahwin dengan saudara sesusuan selain memperkenalkan identiti mereka serta menjaga keturunan umat Islam melalui proses nikah yang sah.
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, pendaftaran kad itu dibuka bermula hari ini sebagai projek perintis dan anak susuan boleh mendaftar sekiranya mematuhi syarat ditetapkan.
“Kita akan memberi Kad MyRadha’ah itu yang boleh digunakan dalam borang perkahwinan sebagai semakan pada masa akan datang.
“Selain ibu berkahwin, ada umat Islam di negeri ini yang belum berkahwin turut menyusukan anak. Jadi, mereka wajib didaftarkan bagi mengelak perkara tidak sepatutnya selain ‘trend’ memberi susu mereka kepada tabung hospital tertentu.
“JAIS akan membuka pendaftaran di setiap Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi menggalakkan pendaftaran itu dibuat yang diharap dapat menjaga dan memelihara nasab atau keturunan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Radha’ah 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Amirudin Shari di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini.
Yang turut hadir, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Khalid Ibrahim.
Haris berkata, kad itu diperkenalkan selaras saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri pada 2016 berikutan belum ada mana-mana agensi kerajaan di Malaysia dan negara lain melaksanakan perkhidmatan pendaftaran ibu susuan atau anak susuan.
“JAIS sudah mengadakan Diskusi Meja Bulat bagi membincangkan keperluan mewujudkan kad khas itu pada era globalisasi dengan menjemput pelbagai pihak dan agensi berkaitan supaya mengelak kecuaian masyarakat mengenai kesan penyusuan susu ibu kepada bukan anak kandung dari aspek mahram perkahwinan.
“Pelbagai isu ditimbulkan oleh peserta diskusi antaranya isu penjualan susu ibu yang berleluasa, isu hukum mahram disebabkan susuan, isu kewujudan bank susu di luar negara, isu keperluan susu ibu untuk bayi pra matang dan isu ‘trend’ ibu berkongsi susu perahan dengan rakan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menyambut baik kempen penyusuan susu ibu oleh Kementerian Kesihatan dan menjalin kerjasama dengan JKNS dalam memberi maklumat atau bimbingan mengenai penyusuan susu ibu dan kepentingan merekodkan aktiviti penyusuan susu ibu yang menyusukan bayi orang lain.
Dalam pada itu, kata Haris, penganjuran simposium itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat selain memberi maklumat tepat mengenai prosedur pendaftaran Radha’ah dan menambah baik persepsi golongan ibu mengenai amalan penyusuan dari segi konsep klinikal, etika serta perkongsian susu badan.
 
Sumber: www.hmetro.com.my
The post JAIS Perkenal Kad Daftar Ibu-Anak Susuan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/jais-perkenal-kad-daftar-ibu-anak-susuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 559 hits
Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta baby car seat juga memudahkan untuk travel wal...
Anak Umur 7 Tahun Belum Pandai Membaca Adakah Ibu Bapa Perlu Risau

Anak Umur 7 Tahun Belum Pandai Membaca Adakah Ibu Bapa Perlu Risau

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 569 hits
Setujukah anda anak anak yang bakal berumur 7 tahun yang akan memasuki tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastikan telah pandai membaca Dalam hati mak mak selalu mengharapkan anak anaknya jadi yang terbaik di kalangan rakan sebaya Gambar hia...
Setelah 8 Hari Terjatuh Dalam Sungai Akhirnya Kasih Sayang Ibu Bagai Pujuk Jasad Anak Timbul

Setelah 8 Hari Terjatuh Dalam Sungai Akhirnya Kasih Sayang Ibu Bagai Pujuk Jasad Anak Timbul

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 583 hits
Setelah 8 Hari Terjatuh Dalam Sungai Akhirnya Kasih Sayang Ibu Bagai Pujuk Jasad Anak Timbul Setelah 8 Hari Terjatuh Dalam Sungai Akhirnya Kasih Sayang Ibu Bagai Pujuk Jasad Anak Timbul
Rakaman Menyedihkan Apabila Anak Monyet Ini Menangis Kerana Ibu Monyet Ini Matii Dilanggar

Rakaman Menyedihkan Apabila Anak Monyet Ini Menangis Kerana Ibu Monyet Ini Matii Dilanggar

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1094 hits
Rakaman Menyedihkan Apabila Anak Monyet Ini Menangis Kerana Ibu Monyet Ini Matii DilanggarRakaman Menyedihkan Apabila Anak Monyet Ini Menangis Kerana Ibu Monyet Ini Matii Dilanggar
Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 839 hits
Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan Ramai ib...
Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 701 hits
Akhir akhir ini banyak diperkatakan tentang me time bagi seorang ibu Namun ramai pula yang memandang ibu ibu yang perlukan me time sebagai ibu yang tak sayangkan suami anak dan pentingkan diri sendiri Ibu ini mengutarakan pandangannya Me ti...
Anak Tega Bunuh Ibu Di Pekalongan Punya Riwayat Gangguan Jiwa

Anak Tega Bunuh Ibu Di Pekalongan Punya Riwayat Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 402 hits
Polres Pekalongan Kota mengamankan pemuda yang tega membunuh ibu kandungnya sendiri bernama Toyibah Pelaku yakni Agus Ruhin nekat membacok ibunya dengan sabit saat tidur di rumahnya Jalan Otto Iskandar Dinata Sokoduwet Kecamatan Pekalongan ...
Boleh Ke Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan Panduan Ini Penting Untuk Ibu Bapa

Boleh Ke Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan Panduan Ini Penting Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 599 hits
Jika anak anda tidak berminat untuk makan ikan berlemak seperti salmon atau sardin beberapa kali seminggu apa kata jika anda berikan pada mereka suplemen minyak ikan setiap hari Mengapa anak saya perlu ambil suplemen minyak ikan Minyak ikan...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu