Jaga Rumahtangga Pesan Tunku Azizah Buat Bekas Banduan



PEKAN - "Tuanku permaisuri menasihatkan saya supaya menjaga rumahtangga, jaga isteri dan kelakuan...jangan ulang kesilapan lama kerana ini peluang kedua saya untuk membaiki diri".

Itu kata bekas penghuni Penjara Penor di sini, dikenali sebagai Mat Ngek, 40, yang menerima ucapan tahniah daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Azizah berkenan menzahirkan ucapan itu semasa bertemu Mat Ngek yang baru melangsungkan perkahwinan semalam, dan isteri, Leha, 54, semasa mencemar duli melawat Pusat Tenun Pahang Diraja, Kampung Budaya Pulau Keladi di sini hari ini, tempat Mat Ngek bekerja.

"Tuanku juga berkenan berjumpa dengan isteri yang datang menemani saya hari ini. Baginda juga berkenan menyampaikan kurniaan kepada kami dan memberikan nasihat kepada kami untuk sabar melayari ujian berumahtangga.

"Baginda berpesan supaya isteri jangan mudah cemburu kerana di sini pekerjanya ramai wanita. Jasa tuanku dengan saya begitu banyak... sejak dari dalam penjara lagi kerana kemahiran menenun dipelajari di Penjara Penor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mat Ngek dan Leha melangsungkan perkahwinan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dekat sini, setelah sebulan berkenalan di laman sosial Facebook sekitar hujung Mei lepas.

Anak jati Kuala Berang, Terengganu itu berkata dia mula bekerja di pusat tenun itu pada Februari lepas, selepas tamat menjalani hukuman penjara sejak 2012 kerana menyamun. 

"Raja Permaisuri Agong menawarkan kerja kepada saya dan memang kebiasaan baginda berbuat demikian kepada banduan yang baru dibebaskan. Mungkin kerana kami sudah mempunyai kemahiran selain baginda tahu mutu hasil kerja kami.



"Saya sendiri pernah menenun persalinan untuk perkahwinan anakanda saudara Tunku Azizah, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, persalinan bersiram bagi istiadat pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selain beberapa majlis negara.

"Bagaimanapun, orang sukar untuk percaya kerana status saya. Hendak mendapat kerja pun sukar, jadi lebih baik bekerja dengan Tunku Azizah. Secara tak langsung menjauhkan saya daripada perkara yang boleh menarik saya ke jalan lama," katanya.

Mat Ngek berkata dia mengambil masa enam bulan untuk menguasai kemahiran menenun kerana 'kosong' dalam kraftangan itu semasa mula-mula menjejak kaki ke penjara.

Dia mengakui senang bekerja dengan Tunku Azizah kerana keperibadian baginda yang sering memberi semangat kepada banduan untuk membaiki diri dan tidak pernah sesekali memandang rendah kepada mereka.

"Baginda juga pemurah dan sering membawa makanan kepada kami. Ada masanya baginda menjamu kami dengan juadah yang dimasak sendiri selain menjadi kelaziman untuk baginda bertanya kepada kami jika ada makanan yang kami mahu," katanya.

Terdahulu, Tunku Azizah berkenan mencemar duli ke Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor di sini, untuk menziarah hampir 60 banduan di situ yang kesemuanya kelihatan teruja menyambut ketibaan baginda.

Baginda yang ditemani puteri sulung Sultan Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah Tuanku Mizan, meluangkan masa selama hampir dua jam di situ untuk meninjau proses penghasilan kain tersebut.

Baginda juga dilihat meneliti hasil kerja dan menasihatkan seorang banduan yang baharu sebulan dibenarkan mengendalikan 'kek' (alat tenun) yang dilihat agak gementar kerana beberapa benang yang ditenunnya putus.

"Awak baharu ya Belajar elok-elok...banyakkan belajar supaya benang tak putus lagi," titah baginda. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/jaga-rumahtangga-pesan-tunku-azizah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Minta Maaf Sejak Kecil Lagi Diajar Oleh Tok Makan Durian Pakai Camca Garfu Tunku Azizah Kongsi Tip Makan Raja Buah

Saya Minta Maaf Sejak Kecil Lagi Diajar Oleh Tok Makan Durian Pakai Camca Garfu Tunku Azizah Kongsi Tip Makan Raja Buah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 536 hits
Saya minta maaf sejak kecil lagi diajar oleh tok makan durian pakai camca garfu Tunku Azizah kongsi tip makan raja buahMUSIM durian kembali lagi Penggemar durian pastinya tidak akan mensia siakan peluang untuk melepaskan gian mereka di saat...
5056 Kdn Perlu Beri Syarat Supaya Majikan Ambil Bekas Banduan Malaysia Gazette 05 07 2019

5056 Kdn Perlu Beri Syarat Supaya Majikan Ambil Bekas Banduan Malaysia Gazette 05 07 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Lebih baik bekas banduan daripada pekerja asing Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mahu Kementerian Dalam Negeri supaya mensyaratkan kepada para majikan di negara ini mengambil bekas banduan untuk bekerja Ketua A...
Bekas Banduan Dalang Kegiatan Proses Edar Dadah

Bekas Banduan Dalang Kegiatan Proses Edar Dadah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 261 hits
Pernah dipenjara selama 10 tahun bagaimanapun itu bukan penghalang untuk bekas banduan terbabit merekrut pekerja baharu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook htt...
Jangan Kacau Jangan Alih Kkm Mohon Bekas Nyamuk Wolbachia Tidak Diganggu

Jangan Kacau Jangan Alih Kkm Mohon Bekas Nyamuk Wolbachia Tidak Diganggu

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 302 hits
Sejak 7 Julai yang lalu beberapa lokaliti telah dipilih menjadi lokasi pemula pembiakan telur nyamuk Aedes yang telah disuntik bakteria Wolbachia Ia adalah langkah proaktif Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menurunkan kes denggi di negara...
Pemerintah Masih Kumpulkan Informasi Untuk Pemulangan Wni Bekas Anggota Isis

Pemerintah Masih Kumpulkan Informasi Untuk Pemulangan Wni Bekas Anggota Isis

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 134 hits
Kementerian Luar Negeri RI mengatakan upaya pemulangan sejumlah WNI dari Suriah termasuk yang diduga terlibat dalam aktivitas ISIS di negara itu masih dalam proses
Pada Owner Kedai Kami Mohon Maaf Tiada Niat Nak Keruhkan Keadaan Ibu Kepada Bekas Pekerja

Pada Owner Kedai Kami Mohon Maaf Tiada Niat Nak Keruhkan Keadaan Ibu Kepada Bekas Pekerja

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 400 hits
Susulan viral video ahli keluarga kepada bekas pekerja berperang mulut dengan majikan ibu kepada gadis berkenaan tampil membuat permohonan maaf Assalamualaikum saya ibu kepada bekas pekerja kedai baju cahayaku yang dalam video viral bertari...
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 304 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
Menang Saman Fitnah Bekas Ceo Iksim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm80 Ribu Pada Khalid Samad

Menang Saman Fitnah Bekas Ceo Iksim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm80 Ribu Pada Khalid Samad

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Profesor Datuk Mahamad Naser Disa membayar ganti rugi berjumlah RM80 000 kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang memenangi saman fitnah difailkannya terhadap bek...
Bekas Tentera Didakwa Bunuh Isteri

Bekas Tentera Didakwa Bunuh Isteri

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 470 hits
MELAKA Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya pada 3 Julai lalu
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye