Jaga Jaga Masa Marah Sebab Mulut Ibu Memang Masin 10 Tip Mendidik Anak Ini Ibu Perlu Buat


Kata orang mulut ibu memang ‘masin’. Apa yang dikata memang menjadi! Jadi mama jangan mudah terlepas cakap walau pun tengah marah! Hikmah masin mulut ibu jangan disalah guna. Kawalan emosi dalam mendidik anak kunci ketenangan dalam mengasuh amanah Allah ini.
Begitulah keramatnya tutur kata seorang ibu. Pun begitu, hikmah dan keistimewaannya ini perlulah dijaga. Jika disalah guna nanti boleh mengundang padah kepada anak dan ahli keluarga.

 
Menurut Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria, Pengarah Urusan IBS Excel Training  Rasulullah SAW pernah bersabda kata-kata adalah satu doa tidak kira siapa yang menyebutnya. Jika yang menyebutnya adalah ibu, impaknya bukan alang kepalang.
Baginda juga ada bersabda doa seorang ibu sangat mustajab dan mudah bagi Allah untuk makbulkan. Hatta ibu yang berkata-kata itu dalam keadaan sedih, berharap dan penuh emosi kemarahan. Justeru, ibu-ibu gunakanlah hikmah ini untuk kebaikan dan kebahagiaan anak di dunia dan akhirat.
TENANG DAN BERLAPANG DADA Para ibu wajib menjaga hikmah kata-katanya. Faham bahawa sabda Rasulullah SAW iaitu kata-kata itu adalah satu doa dan akan memberikan kesan kepada anak-anak. Bertitik tolak dari itu, kawalan lidah dan pemikiran perlu selari kerana pemikiran dan tindak-tanduk dikawal oleh iman.
Justeru, pegangan agama yang kuat menjadi pendinding untuk mengawal diri dan perkataan. Iman akan menjadikan diri menjadi tenang dan selalu berlapang dada dalam apa jua situasi.
Hal yang sebaliknya akan berlaku jika si ibu dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti marah dan kecewa. Perkataan yang dihamburkan pula dalam bentuk negatif seperti makian dan kata-kata kurang enak. Nauzubillah. Perkara ini perlu dielakkan. Fikir dahulu sebelum ucap supaya kata-kata yang positif dan memberikan rahmat dan kebaikan kepada anak-anak.

 
 
TARBIAH DENGAN KASIH SAYANG Selain mendidik diri dan memupuk keimanan, ibu bapa perlulah mempersiapkan diri dengan mencari ilmu asuhan dengan teknik dan pendekatan bersesuaian dengan usianya.
Bagi anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah, asuhan dan didikan perlulah dengan kasih sayang dan mengambil pendekatan yang tegas dalam mendisiplinkan. Tidak boleh memukul atau memarahinya. Beri teguran dan pujuklah mereka dengan perkataan yang mudah difahami. Anak-anak pada usia ini mahukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Justeru, berikan perhatian, kata-kata positif dan dorongan dalam didikan sehari-hari.
Asuh anak dengan cara yang dianjurkan dalam Islam. Guna pendekatan bermain dan janganlah bertindak menghukum. Buat peraturan untuk disiplin dan laksanakan dengan tegas dan lembut.
Elakkan memukul lebih-lebih lagi memukul dengan tangan yang menyebabkan sentuhan kulit ibu ke kulit anak kerana aura negatif ibu akan sampai kepada anaknya dan menyebabkan implikasi tidak baik dari segi emosi dan perkembangannya.
Malah ada pendapat mengatakan ia menjadi punca toksik dalam badan. Maka, saya menganjurkan adalah lebih molek jika ibu bapa menjadi model kepada anak-anak sebagai contoh yang tepat.
DOA & IKHTIAR Doa dan ikhtiar boleh diamalkan oleh mama dan papa agar kedua-dua pihak ibu bapa dan anak diberikan kemudahan dan kesabaran. Antaranya ialah:
#1 BACAKAN DOA KE UBUN-UBUN ANAK KETIKA TIDUR
Bacakan doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat.
Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil
Maksud:
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]
#2 AMAL DOA DARI SURAH AL-FURQAN
Doa yang boleh diamalkan ialah daripada Surah Furqan ayat 74 yang bermaksud:
“…dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

CARA PSIKOLOGI Mama juga boleh mencuba cara psikologi dengan beberapa langkah berikut untuk mengukuhkan kasih sayang antara ibu dan anak:
Mama pandanglah ke arah si anak dengan penuh kasih sayang sama ada dalam keadaan tidur atau terjaga. Cuba fikirkan “Ya Allah, susahnya bagi aku untuk mendapatkan dan melahirkan anak ini”. Kemudian ucapkan memuji si anak seperti “Bertuahnya Mama dapat anak yang soleh macam Adam ni.” Turunkan badan ke paras badan si anak dan pastikan mata  anda berdua bertemu. Sentuhlah si anak dengan memeluk atau menciumnya. Bisikkan kata-kata positif dan puji-pujian. Ketika memeluk anak tadi. Ketika ini mama bolehlah membacakan doa yang baik-baik mudah-mudahan muncul kasih sayang dan ketenangan dalam hubungan mama dengan si anak. 3 TIP IBU KAWAL EMOSI Si kecil sedang aktif meneroka dan suka mencuba sesuatu yang baru. Para ibu khususnya memerlukan kawalan emosi yang kuat. Fahami peranan anda sebagai ibu dan percaya apa sahaja yang berlaku adalah kerana kekuasaan Allah SWT.
Marah dan memukul bukan tindakan yang terbaik untuk mendidik anak kecil berusia enam tahun ke bawah. Cuba lakukan tip berikut ketika anda mula berasa marah:
a)Ubah kedudukan/ posisi badan anda.
b)Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
c)Pergi dari tempat itu segera. Misalnya ke bilik air atau ke dapur.
KALAU SALAH MEMANG KENA TEGUR. INI CARANYA
Bagi anak-anak yang masih kecil, anda perlu menegur perbuatan salahnya supaya dia tahu apa yang dibuatnya itu salah. Proses ini perlulah dilakukan secara berterusan.
Sentiasa sebut Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam percakapan. Misalnya “Adik tak boleh buat macam ni. Allah tak suka orang yang suka membazir macam ni”. Moga-moga dengan cara ini ibu boleh mengawal tutur kata dan emosinya dan anak pula mudah untuk menerima teguran dan tarbiah daripada ibunya.
Sumber: Majalah Pa&Ma
The post Jaga-Jaga Masa Marah Sebab Mulut Ibu Memang ‘Masin’. 10 Tip Mendidik Anak Ini Ibu Perlu Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jaga-jaga-masa-marah-sebab-mulut-ibu-memang-masin-10-info-mendidik-anak-ini-ibu-boleh-praktik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usus Anak Terbelit Hampir Pecah Akibat Sembelit Ibu Ini Nasihatkan Jaga Pemakanan Anak

Usus Anak Terbelit Hampir Pecah Akibat Sembelit Ibu Ini Nasihatkan Jaga Pemakanan Anak

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 747 hits
Risau bila lihat anak kecil meronta ronta sakit perut akibat sembelit dan najis keras Salah satu punca sembelit adalah kekurangan cecair dalam pemakanan harian si kecil Pemakanan harian anak anak haruslah merangkumi air yang mencukupi serta...
Anak Kerap Buat Hal Masa Bercuti Melancong Tip Ini Boleh Membantu Anda

Anak Kerap Buat Hal Masa Bercuti Melancong Tip Ini Boleh Membantu Anda

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 407 hits
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak kanak Mana tidaknya inilah masa untuk mereka bersuka ria Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang ...
Ada Anak Kecil Aktif Tengah Melasak Lebih Dari Seorang Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ini Supaya Lebih Tenang Enjoy

Ada Anak Kecil Aktif Tengah Melasak Lebih Dari Seorang Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ini Supaya Lebih Tenang Enjoy

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 434 hits
Ketika anak sedang aktif dan tengah melasak nak menerokai masa shopping makan di luar boleh terbantut Dek kerana kerenah anak suasana tenang sukar dirasai malah boleh timbul konflik dan bermasam muka dengan pasangan pula bila anak anak meng...
Kalau Tak Nak Berat Badan Naik Berlebihan Masa Mengandung Tolong Ikut Tip Ini Ya Ibu

Kalau Tak Nak Berat Badan Naik Berlebihan Masa Mengandung Tolong Ikut Tip Ini Ya Ibu

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 577 hits
Seronoknya bila disahkan mengandung Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang...
4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 485 hits
Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak anak adalah satu perkara yang sangat mencabar Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain Kami ko...
Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 592 hits
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gaj...
Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik

Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 482 hits
Siapa kata penjagaan mulut dan gigi anak kurang penting untuk mama papa fikirkan Masalah mulut dan gigi sebenarnya jika tidak dibendung sejak kecil akan mendedahkan anak anak dengan risiko penyakit kronik Ya ini bukan main main Menurut Dokt...
Masa Hamil Kaki Kejang Waktu Malam Boleh Keluar Air Mata Tahan Sakit Tip Ini Boleh Membantu

Masa Hamil Kaki Kejang Waktu Malam Boleh Keluar Air Mata Tahan Sakit Tip Ini Boleh Membantu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 602 hits
Kejang atapun otot kejang adalah satu pengerasan otot kaki yang berlaku secara tiba tiba tanpa mampu dikawal Ia selalunya berlaku pada otot bahagian belakang kaki belakang peha dan bahagian depan peha Anda juga boleh mengalami otot kejang i...
Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 485 hits
SEORANG gadis berumur 15 tahun telah dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolahnya push Mayatnya ditemui di dalam hutan dalam keadaan dikelilingi oleh simbol simbol syaitan dan dua ekor
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti