Jaga 6 Adab Menziarahi Kubur Dan Hikmahnya


 Jaga 6 Adab Menziarahi Kubur Dan Hikmahnya | Salam semua, alhamdulillah masih lagi bernafas di bulan Syawal yang mulia ini. 
Belek album gambar di phone nampak gambar ni semua, tahun lepas lagi snap, gambar ini semua di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang.

Kalau korang perasan, kawasan kubur kat sini memang dah padat. Sebab itu dah ada tanah lain untuk tanah kubur, tak ingat dah kat mana, 
Kat sini memang semua saudara - mara sebelah bonda yang sudah tiada ada kat sini. Mak sis asal sini. Arwah che dan nenek pun kat sini juga

Sis ni kadang - kadang skeptikal sikit nak ambil gambar kubur ni. Tapi ini lah tempat kita dibangkit nanti. 

Kadang- kadang tercari -cari juga lah batu nisan walaupun dah tanda, bukan tak jumpa kadang - kadang tertukar dengan batu nisan orang lain sebab dekat -dekat kan.

Ziarah kubur ni, biasanya waktu kemuncak ramai orang pergi masa bulan puasa dan juga waktu hari raya. Amalan menziarahi kubur adalah amalan yang mulia lazim dilakukan di negara ini. 
Amalan tersebut semakin bertambah bila tibanya Ramadhan dan di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Menziarahi tanah perkuburan merupakan satu amalan yang dituntut oleh syarak dan ia adalah satu jalan yang paling berkesan untuk menimbulkan rasa zuhud iaitu meninggalkan keseronokan dunia dan mengingati akan kematian.

Ingatlah, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jugalah yang kekal abadi. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah:

عن ابن مسعود رضى الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروها. فإنها تزهد فى الدنيا، وتذكر الآخرة

Maksudnya:

Daripada Ibnu Mas’ud Radiallahu Anhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzuhudkan (menjadikan hidup tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia) dan mengingati akhirat.

Menziarahi kubur juga adalah salah satu cara untuk kita mendoakan orang yang telah meninggal dunia sama ada kepada kedua ibubapa, anak-anak, saudara-mara dan muslimin-muslimat yang telah kembali ke rahmatullah agar mereka sentiasa dilimpahi rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

عن أبى هريرة رضى الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله الا من ثلاثه: إلا من صدقة جارية، او علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعوله.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, bahwasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.


Ziarah tu ziarah juga, tapi ada adab yang perlu dijaga supaya ziarah kita itu menjadi kesukaan Allah. Ramai orang tidak peka tentang adab ziarah di kubur. 
Biasanya bab ziarah kubur ini, abah yang banyak memesan. Satu lagi nak pastikan, doa kita betul  betul sampai dekat arwah. 
Semoga kita menjaga adab dan tingkah laku kita apabila berada di tanah perkuburan

Doa Ziarah Kubur 
السَّلَامُ عَلَيْكُمُ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ نَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
Wahai umat Islam yang tinggal di sini, salam ke atasmu, dengan kehendak Allah, kami juga akan datang kepadamu. Kami meminta keselamatan untuk kami dan anda. (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Menurut hadis daripada Muhammad Bin Qais (hadis riwayat Muslim), Baginda Nabi memberi salam ketika pergi melawat kubur. Salam yang paling kurang boleh diucapkan pun adalah assalamualaikum. Pendek begitu, sungguhpun tidak mengapa. Kerana memberi salam kepada penghuni kubur itu hukumnya sunat

Kredit : https://akumuslim.asia/doa-ziarah-kubur-dan-adab-ketika-ziarah-kubur/
Jaga 6 Adab Menziarahi Kubur Dan HikmahnyaSebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur. Antaranya:

Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa, antaranya:

Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan.

Keempat: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.

Kelima: Sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci Al-Qur’an seperti membaca surah Al-Ikhlas atau membaca surah Yaasin dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.

Keenam: Sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur.

Seperti lazimnya di negara kita, amalan bersedekah selalu dilakukan selepas ziarah kubur, amalan itu sememangnya amalan yang baik dan terpuji kerana amalan bersedekah adalah antara sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dan diniatkan kepada ahli kubur agar pahalanya akan sampai kepada penghuni kubur tersebut.

Walau bagaimanapun, janganlah dijadikan bersedekah di kubur itu suatu kewajipan atau kemestian sehingga membebankan diri sendiri.

Setelah itu disunatkan pula menjirus air dan meletakkan pelepah yang masih hijau serta tumbuh-tumbuhan wangi yang masih basah di atas kubur.


Semasa berada di tanah perkuburan, kita dilarang memijak kubur dengan senghaja tanpa keperluan atau hajat, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa melaluinya.

Makruh hukumnya jika kita duduk di atas kubur yakni bertepatan dengan kedudukan mayat di dalam kubur. Tetapi tidaklah dilarang jika duduk disekitar atau disekeliling kubur tersebut.

Sesungguhnya amalan menziarahi kubur mempunyai tujuan dan hikmahnya tersendiri, antaranya adalah supaya dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebab mengikuti sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam.

Selain itu, ziarah kubur juga dapat mengingati kepada kita asal-usul kejadian kita yang berasal daripada tanah dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan.

Dengan penghayatan sedemikian, In sya Allah akan mengamit rasa hati dan kesedihan yang akan melahirkan kesedaran untuk melakukan segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala laranganNya.

Akhirnya, marilah kita sama-sama mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian dan persiapan menuju ke alam barzakh kerana kita tidak mengetahui apakah nasib kita setelah berada di dalamnya.

Oleh itu, tingkatkanlah amal ibadah, carilah keredhaannya agar kita mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 
Mudah-mudahan kesan dari amalan ziarah kubur yang kita lakukan itu dapat memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita untuk mengingati akan kematian dan sentiasa bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Semoga ahli kubur dan kita semua mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ketenteraman serta terhindar dari siksa kubur dan azab api neraka.
Surah Jumuah ayat 8:أعوذ بالله من الشيطان الرجيمقُلۡ إِنَّ ٱلۡمَوۡتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنۡهُ فَإِنَّهُ ۥ مُلَـٰقِيڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَصدق الله العظيم “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu tetap akan menemui kamu juga, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, lalu dia akan memberitahu kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan.”Sumber : Sini 

Baca Juga : 1. Solat Terbatal Ketika Sedang Solat, Bagaimana Nak Keluar Dari Jemaah Dan Saf? 
2. Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul 
3. 12 Azab Bagi MerekaYang Meninggalkan Solat 5 Waktu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/06/jaga-6-adab-ini-ketika-menziarahi-tanah-perkuburan-dan-hikmahnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adab Menjadi Tetamu Rumah Terbuka Hari Raya

Adab Menjadi Tetamu Rumah Terbuka Hari Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 229 hits
Adab Menjadi Tetamu Rumah Terbuka Hari Raya Alhamdulillah selepas 2 tahun negara kita dilanda wabak covid 19 tahun ni kita dah dapat kembali beraya bersama sama keluarga dan kawan kawan Tradisi rumah terbuka pun sudah kembali dibenarkan Ama...
10 Common Sense Pergi Beraya Rumah Orang Tolong Bawa Adab Jangan Tinggal Adab Dekat Rumah

10 Common Sense Pergi Beraya Rumah Orang Tolong Bawa Adab Jangan Tinggal Adab Dekat Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 194 hits
Aidilfitri nanti tolonglah Minta tolong sangat ajarkan benda ni kat anak anak buah anak angkat anak tekak seumpamanya 1 Jangan meminta minta duit raya melainkan diberi Jangan dok cangak dpt pintu tunggu duit raya lpstu buat muka kesianJanga...
Adab Memberi Salam

Adab Memberi Salam

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 153 hits
Adab Memberi Salam Salam adalah tanda perkenalan dan permulaan sebuah ucapan Salam mengeratkan sebuah pertemuan Hukum memberi salamMemberi salam hukumnya sunat tapi yang menjawab salam hukumnya wajib Memberi salam ada adabnya Siapa yang lay...
Gembira Siap Berdoa Dapat Duit Raya Rm1 Netizen Puji Adab Adik Beradik Ini

Gembira Siap Berdoa Dapat Duit Raya Rm1 Netizen Puji Adab Adik Beradik Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 149 hits
Setiap kali sambutan Aidilfitri tidak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa kurang berpuas hati dengan jumlah kutipan duit raya diterima anak mereka sehingga membuat luahan di media sosial Lebih lebih lagi sekiranya pemberi menghulurkan du...
Bicara Semula Kes Najib Dan Persoalan Bagaimana Mahu Jaga Air Muka Institusi Kehakiman

Bicara Semula Kes Najib Dan Persoalan Bagaimana Mahu Jaga Air Muka Institusi Kehakiman

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 293 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSedang tersebar luas berkenaan kekhilafan hakim Nazlan Ghazali yang mendengari kes Najib Razak sehingga tiada pakar perundangan yang bepihak kepada Pakatan Harapan berani bicara isi kandungan kes Apa yang mereka mampu b...
6 Adab Ini Penting Jika Beraya Di Rumah Orang

6 Adab Ini Penting Jika Beraya Di Rumah Orang

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 132 hits
Pejam celik pejam celik rupanya dua tahun dah rakyat Malaysia tak dapat pulang ke kampung dan beraya dengan sanak saudara Teruja rasanya nak pergi berkunjung dan beraya di rumah orang setelah sekian lama tak dapat lakukan tradisi tersebut e...
Cara Mudah Menjaga Kesihatan Semasa Menziarahi Keluarga Dan Saudara Mara

Cara Mudah Menjaga Kesihatan Semasa Menziarahi Keluarga Dan Saudara Mara

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 272 hits
Assalammualaikum dan hai Hari ini masuk Raya ke 9 buat semua umat Islam Mesti ramai yang masih dijemput ke rumah terbuka bukan Memandangkan ini adalah Aidilfitri yang dirai dalam fasa Endemik semestinya ramai yang ingin meraikannya seperti ...
Tujuh Beradik Yatim Piatu Enggan Pindah Rindu Kubur Ibu Bapa

Tujuh Beradik Yatim Piatu Enggan Pindah Rindu Kubur Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 81 hits
TUJUH beradik yatim piatu menziarahi kubur bapa mereka di Tanah Perkuburan Islam Parit 1C Sungai Manik dekat Teluk Intan Perak semalam TELUK INTAN Kami tak mahu berpindah ke tempat lain kami mahu terus tinggal di sini kerana lebih dekat dan...
Berlakon Jadi Mayat Namun Betul Betul Ditimbus Tanah Kubur

Berlakon Jadi Mayat Namun Betul Betul Ditimbus Tanah Kubur

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 186 hits
SEBUAH klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang berpura pura menjadi mayat di dalam sebuah kubur sebelum tertimbus tanah Video itu dimuat naik dalam satu akaun Instagram lapor Kosmo Melalui rakaman tersebut ...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni