Jadual Perjalanan Jejak Warisan Daerah Kuala Selangor Dan Klang


Raikan Bulan Kemerdekaan dengan Menjejaki Semula Tapak Tinggalan Warisan Di DuaDaerah Bersejarah Negeri Selangor
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64untuk tahun 2021, kali ini pihak Tourism Selangor akan kongsikan jadual perjalanan seharian keDaerah Kuala Selangor dan Klang. Kedua-dua Daerah dalam Negeri Selangor ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang boleh anda jejaki semula. Bagi Daerah Kuala Selangor, selepas memperoleh perkenan dari DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Majlis Daerah Kuala Selangor kini dengan rasminya sudah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Daerah Kuala Selangor dan Klang adalah dua destinasi yang amat sesuai untuk dilawati sempena menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 2021.
10.00 a.m.       :Pelajari sulur-galur sejarah di Muzium Sejarah Kuala Selangor

11.00 a.m.       :Nikmati keindahan tinggalan sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor

12.00 p.m.       :Makan tengah hari berlaukkan menu tempatan di Rabitah Catering

2.00 p.m.         :Persinggahan di tapak tinggalan sejarah Kota Raja Mahadi

3.00 p.m.         :Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

4.00 p.m.         :Kunjungi kawasan DirajaIstana Alam Shah 

5.00 p.m.         :Saksikan keunikan senibina Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang

1)     Pelajari Susur-galur Sejarah di Muzium Sejarah Kuala Selangor

Tempat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk belajar dan selami kembali sejarah tentang Daerah Kuala Selangor. Sekitar tahun 1960, Muzium yang terletak di Bukit Malawati, Kuala Selangor ini merupakan tempat kediaman rasmi buat Pegawai-pegawai Daerah. Muzium ini menyediakan maklumat berkenaan sejarah Daerah ini melalui kronologi yang dipamerkan mengikut tujuh seksyen. Informasi juga disampaikan menerusi teknik interaktif untuk kemudahan pelawat.


2)     Nikmati Keindahan Tinggalan Sejarah di Bukit Malawati, Kuala Selangor

Bukit Malawati merupakan destinasi popular di kalangan warga tempatan kerana keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Ianya juga adalah bukit ikonik di Daerah Kuala Selangor yang menempatkan pelbagai tinggalan sejarah dari zaman Kesultanan Selangor seperti Perigi Beracun dan Meriam Penggawa. Keunikan yang terdapat di Bukit Malawati juga termasuk Rumah Api Kuala Selangor -- habitat buat pelbagai spesies monyet seperti lotong. Selain itu,perkhidmatan trem ke sekitar Bukit Malawati akan beroperasi pada hari minggu dan cuti umum bagi memudahkan perjalanan pengunjung.


3)     Makan Tengahari di Rabitah Catering, Kuala Selangor

Rabitah Catering adalah tempat yang sempurna untuk mengisi perut anda dengan juadah lauk masakan tempatan dan masakan Jawa yang pelbagai termasuk menu ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran seperti ulam-ulaman kampung. Anda juga boleh menikmati nasi campur berlaukkanlauk unik seperti daging salai dan gulai urat keting. Kedai makan ini mula beroperasi seawal 6:30 pagi sehingga 4:30 petang untuk pelanggan singgah dan nikmati hidangan lazat yang mereka sajikan.


4)     Persinggahan di tapak tinggalan sejarah Kota Raja Mahadi, Klang

Selepas menjejaki warisan tinggalan sejarah di Daerah Kuala Selangor, Daerah Klang merupakan destinasi yang berdekatan bagi menyambung perjalanan jejak warisan kali ini. Kota Raja Mahadi yang tertetak di Bukit Kota Klang ini merupakan tapak sejarah yang pernah menjadi saksi perang saudara yang berlaku diantara Raja Mahadi dan Raja Abdullah pada kurun ke-19. Perang itu berlaku atas sebab pergelutan kuasa untuk menakluki Sungai Selangor yang strategik serta kawasan sekitarnya.


5)     Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang

Perjalanan jejak warisan tidak sempurna tanpa lawatan ke mana-mana Muzium atau Galeri. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Daerah Klang merupakan tempat yang ideal bagi mempelajari tentang sejarah dan warisan Diraja Kesultanan Selangor. Bangunan Galeri yangtelah dibina pada tahun 1909 ini dahulu dikenali sebagai Bangunan Sultan Suleiman. Bangunan ini juga pernah dijadikan sebagai bangunan pentadbiran British ketika zaman pemerintahan British dan ketika Perang Dunia ke-2, bangunan ini telah menjadi Ibu Pejabat bagi tentera Jepun.Kemudian, pada tahun 2007, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan merasmikan bangunan ini sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.


6)     Kunjungi Kawasan Diraja, Istana Alam Shah, Klang

Terletakdi Daerah bersejarah Klang, Istana ini merupakan bangunan Diraja yang menjadi lokasi DYMM Sultan Selangor melaksanakan tugas-tugas rasmi Baginda dan juga merupakan tempat untuk menjalankan adat istiadat Diraja Negeri Selangor. Istana yang dibina pada tahun 1905 ini telah menjadi saksi pembangunan Daerah Klang dan juga merupakan tempat kelahiran buat DYMM Sultan Selangor yang ke-7, Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj


7)  Akhiri Jejak Warisan dengan Menyaksikan Keunikan Senibina Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang

Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang merupakan salah satu masjid di Negeri Selangor yang mempunyai senibina yang unik dan menarik. Masjid ini telah dibina pada tahun 1932 dan dirasmikan oleh AlmarhumDYMM Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada tahun 1934. Selain dari senibina dan konsep yang unik, di masjid ini juga terdapat satu anak tangga dikenali sebagai Tangga Diraja yang menyambungkan antara Istana Alam Shah dan Makam Diraja Klang. Masjid yang berusia ini masih lagi gah berdiri hasil usaha konservatif demi mengekalkan sentuhan-sentuhan barat yang asli pada senibinanya.
Selesai sudah jejak warisan kali ini yang melibatkan dua Daerah bersejarah, Kuala Selangor dan Klang. Bukan sahaja dalam Bulan Kemerdekaan, tetapi pada setiap masa, usaha mengenali dan mendalami sejarah tempatan perlu diberikan penekanan oleh warganegara bagi memupuk perasaan cinta akan tanah air, dan mendapatkan pengajaran dari kisah-kisah silam yang amat bersejarah.


Dalam usaha melindungi diri dan keluarga dari virus Covid-19, anda diingatkan untuk terus patuh dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk memakai topeng muka, mempraktikkan penjarakan sosial dan sentiasa memakai pembersih tangan. Pendaftaran masuk melalui aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” juga adalah pentingdi setiap premis yang anda lawati.

Sila ikuti perkembangan semasa dari Tourism Selangor dengan mengikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk sebarang kemas-kini.Layari www.selangor.travel, laman sesawang rasmi Tourism Selangor untuk mendapatkan idea dan inspirasi dalam merangka perjalanan anda ke Negeri Selangor. #ImagineNowExperienceSoon.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
lBaca juga : Lawati Lokasi Ini Bagi Mengenang Jasa 3 Ahli Sukan Terkenal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/08/jadual-perjalanan-jejak-warisan-daerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Puteri Peringkat Daerah Kuala Selangor 2021

Hari Puteri Peringkat Daerah Kuala Selangor 2021

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 283 hits
AssalamualaikumAlhamdulilah Syukur saya dpt berdampingan dgn sahabat guru2 pimpinan PPIM SKI yg sentiasa menyokong gerak kerja saya selaku Ketua Penyelaras Di samping barisan Pentadbir SKI Dan sahabat2 guru SKI yg sentiasa sokong kerja buat...
Permit Perjalanan Rentas Daerah Di Sabah Masih Diperlukan

Permit Perjalanan Rentas Daerah Di Sabah Masih Diperlukan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 190 hits
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah Yusuh Mat Tais KOTA KINABALU Orang ramai masih perlu menunjukkan surat atau permit semasa melakukan pergerakan merentas daerah kepada pihak polis semasa melalui sekat...
Pakatan Harapan Ikut Jejak Warisan Muda Psb Upko Tolak Rasuah Muhyiddin

Pakatan Harapan Ikut Jejak Warisan Muda Psb Upko Tolak Rasuah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 150 hits
Pakatan Harapan ikut jejak Warisan MUDA PSB UPKO tolak Rasuah Muhyiddin Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukan...
Amanah Kuala Langat Ingatkan Pas Selangor Jangan Main Isu Perkauman

Amanah Kuala Langat Ingatkan Pas Selangor Jangan Main Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 217 hits
PEMINAT LGBT KABUR KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara Kawasan Kuala Langat mengingatkan Pas Selangor tidak memainkan isu perkauman dan agama dengan menjual jumlah bilangan Ahli Parlimen bukan Islam dalam komponen Pakatan Harapan Timbalan Ketu...
Jabatan Meteorologi Rekod Gegaran Sekitar Selangor Kuala Lumpur

Jabatan Meteorologi Rekod Gegaran Sekitar Selangor Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 186 hits
MALAYSIA NOW Gempa bumi di Utara Sumatera tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia Gempa bumi yang direkodkan di Utara Sumatera tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia Gambar Bernama Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini me...
Setiausaha Pas Selangor Kata Syor Kit Siang Mungkin Cara Komunis

Setiausaha Pas Selangor Kata Syor Kit Siang Mungkin Cara Komunis

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 242 hits
agendadaily com19 8 2021Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mengingatkan Lim Kit Siang pemilihan Perdana Menteri bukan seperti pemilihan parti Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir menempelak pemimpin k...
Selangor Govt To Subsidise Covid 19 Burials Of All Faiths

Selangor Govt To Subsidise Covid 19 Burials Of All Faiths

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 216 hits
The Selangor state government has agreed to allocate funds to subsidise a certain number of Covid 19 burials regardless of faith Menteri Besar Amirudin Shari told an online press conference today that the subsidy is set to be available for ...
Aadk Negeri Selangor Apakah Pendekatan Terbaru Bahagian Rawatan Perubatan Pemulihan Aadk 2021

Aadk Negeri Selangor Apakah Pendekatan Terbaru Bahagian Rawatan Perubatan Pemulihan Aadk 2021

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 227 hits
AADK Negeri Selangor Apakah Pendekatan Terbaru Bahagian Rawatan Perubatan Pemulihan AADK 2021 Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan pembekalan penyeludupan ...
Selangor Can Move To Phase Two Next Month Says Mb

Selangor Can Move To Phase Two Next Month Says Mb

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 282 hits
Based on data from vaccinations centres in Selangor more than 56 of the adult population are fully vaccinated says Amirudin Shari SHAH ALAM Selangor is expected to make a transition to Phase Two of the national recovery plan in September me...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Bersatu To File Notice To Vacate Seats Of 6 Turncoat Mps

Employer To Face Court For Failing To Settle Wages For Bangladeshi Workers

8 New Accessibility Updates Across Lookout Google Maps And More

Pasukan Perlukan Masa Untuk Dapatkan Kecergasan Maksimum Datuk Ong Kim Swee

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk