Jadikan Sarawak Jelapang Padi Negara Kedua Abun Sui




Kekurangan beras putih tempatan yang dialami negara pada ketika ini memerlukan pelan jangka panjang pertanian melibatkan penanaman padi yang boleh menjadikan tahap sara diri beras (SSL) negara pada tahap 65% ketika ini ditingkatkan kepada 100% pada masa hadapan.
Bagi tujuan itu, Senator Abun Sui Anyit dalam perbahasan di Dewan Negara kelmarin telah mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menjadikan Sarawak sebagai Jelapang Padi Negara kedua memandangkan wujud muka bumi di wilayah berkenaan yang berpaya serta tidak sesuai untuk tanaman sawit atau getah.
“Belajar daripada pengalaman lampau, mungkin kita boleh bangkit dan menjadikan Sarawak sebagai Jelapang Padi Negara selain daripada Kedah atas dasar kawasan tanahnya yang luas untuk mengelak keadaan seperti sekarang di mana beras putih tempatan sangat kurang di pasaran.
“Untuk itu saya cadangkan Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) atau agensi berkaitan penanaman padi yang pakar melebarkan sayap ke Sarawak bagi memenuhi keperluan ini.
“Saya cadangkan kawasan kawasan tanah yang luas di Hulu Rajang dan Bintulu dijadikan hub pengeluaran beras, sama ada beras padi huma atau padi sawah di negara ini. Dengan kerjasama semua pihak dan tekad politik kerajaan, saya amat yakin ianya boleh dilaksanakan,” katanya.
Abun Sui turut menyentuh isu keseimbangan pembangunan antara Semenajung dan wilayah Malaysia Timur.
Katanya, pembangunan tanah adat (NCR) berdasarkan pendekatan pembangunan tanah secara bersepadu perlu diperkukuh melalui kerjasama antara agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta.
“Pemberian geran tanah memang penting untuk membolehkan rakyat bumiputera Sarawak menikmati program-program kerajaan yang mensyaratkan adanya pemilikan geran tanah untuk memohon sesuatu program
“Contohnya Program bantuan bina rumah bernilai sehingga RM60,000 di atas tanah sendiri atau tanah ahli keluarga oleh KPKT. Tanpa geran tanah, mustahil rakyat berjaya dalam permohonan mereka untuk menikmati program ini,” katanya.
Selain itu, beliau juga menyentuh isu pembinaan jalan raya yang amat ditunggu tunggu penduduk kawasan pedalaman.
“Saya berharap sangat pembangunan di pedalaman seperti menyediakan jalan raya persekutuan yang menghubungi Bintulu (Malaysia) dan Nusantara (Indonesia) yang melalui Daerah Belaga, DUN Murun dan DUN Belaga dalam Parlimen Hulu Rajang
“Saya menyokong permohonan wakil rakyat kawasan Tuan Kennedy Chukpai, Ahli Dewan Undangan Negeri Murum, Sarawak yang selari dengan permohonan saya dalam Dewan Negara yang mulia ini mencadangkan jalan baru melalui bekas jalan balak yang tidak aktif
“Jalan perlu dinaiktaraf dan dijadikan Jalan Persekutuan iaitu Borneo Spine Road to Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS)/Pos Lintas Batas Negara (PLBN) iaitu jalan baru ke Long Nawang, Kalimantan melalui Bintulu – Sungai Asap – Bakun – Murum Linau – Long Busang – Long Unai – ICQS Tapak Megah – PLBN Long Nawang yang terus dihubungkan ke Nusantara, Indonesia,” katanya.
Selain itu, Abun Sui membawa isu menaiktaraf jalan bekas laluan balak di kawasan N.66 Murum (P.216 Hulu Rajang) yang merangkumi Tubau – Jelalong (25 rumah panjang), Ulu Sungai Belaga (4 rumah panjang), Long Urun (15 rumah panjang), Metalun (4 rumah panjang), Tegulang (7 rumah panjang), Sungai Linau (5 rumah panjang) dan Sungai Asap (15 rumah panjang).
The post Jadikan Sarawak Jelapang Padi Negara kedua – Abun Sui first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36738?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jadikan-sarawak-jelapang-padi-negara-kedua-abun-sui

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm 1bilion Galak Tanaman Padi Di Sarawak Langkah Tepat Abang Zulkifli

Rm 1bilion Galak Tanaman Padi Di Sarawak Langkah Tepat Abang Zulkifli

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 305 hits
Tindakan Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk menggalakkan penanaman padi di Sarawak baru baru ini merupakan satu tindakan yang tepat Menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak Abang Zulk...
Bomb Threat At Bank Negara A Hoax Say Cops

Bomb Threat At Bank Negara A Hoax Say Cops

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 181 hits
The central bank s staff had received a bomb threat via email at around 3pm PETALING JAYA No explosive device was found at Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur police chief Allaudeen Abdul Majid has confirmed According to Astro Awani Allaudeen...
Apa Nak Jadi Negara Ni

Apa Nak Jadi Negara Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 269 hits
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB SEBENARNYA SELAMAT MENONTON
Video Menko Luhut Tegaskan Indonesia Tak Perlu Jadi Negara Super Power Militer

Video Menko Luhut Tegaskan Indonesia Tak Perlu Jadi Negara Super Power Militer

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 256 hits
Berdasarkan pengalaman terjun dalam Operasi Seroja di Timor Timur pada tahun 70an silam Luhut menyadari sulit mengontrol masyarakat
Pelantikan Dua Wanita Sebagai Peguam Cara Negara Pengiktirafan Membanggakan

Pelantikan Dua Wanita Sebagai Peguam Cara Negara Pengiktirafan Membanggakan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 403 hits
Pelantikan dua peguam kanan wanita sebagai Peguam Cara dan Peguam Cara Negara II yang baharu membanggakan golongan wanita di negara ini Wanita KEADILAN Pusat menyifatkan pelantikan tersebut satu pengiktirafan kepada keupayaan wanita dalam b...
Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru

Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 255 hits
Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru 6 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia telah mengungkapkan bahawa masalah kekurangan guru yang sebelumnya terkait dengan sekolah sekolah di pedalaman telah men...
Foto Ekspresi Mantan Dirut Pertamina Ditahan Kpk Terkait Kasus Gas Alam Cair Rugikan Negara Rp2 1 Triliun

Foto Ekspresi Mantan Dirut Pertamina Ditahan Kpk Terkait Kasus Gas Alam Cair Rugikan Negara Rp2 1 Triliun

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 229 hits
Karen ditahan usai diperiksa dalam kasus dugaan korupsi pengadaan gas alam cair atau liquefied natural gas pada PT Pertamina tahun 2011 2021
Ahli Dewan Negara Berdiri Sebelah Kaki

Ahli Dewan Negara Berdiri Sebelah Kaki

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 156 hits
Ahli Dewan Negara Berdiri Sebelah Kaki Persidangan Dewan Negara hari ini berlangsung dalam suasana sedikit emosi apabila para anggotanya berdiri selama dengan sebelah kaki selama satu minit sebagai tanda sokongan dan bersolidariti kepada se...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Sewerage Bills In Malaysia What Are You Really Paying For

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap

Kalau Macam Ni Punya Meriah Order 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Matepad Pro 12 2

Anak Tak Nak Pergi Sekolah Cuba Fahami Dulu Sebelum Nak Melenting

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Bingxue Malaysia Halal

Redefining Intimacy In The Menopausal Years With Gummies That Do More Than Taste Good

Apa Apa Lari Kat Mama Video Abby Abadi Dan Marissa Dania Keluar Bersama Undang Sebak Netizen