Jadi Teruja Nampak Buah Koko


JADI TERUJA NAMPAK BUAH KOKO | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Al kisahnya, babah minta hantar dan temankan selesaikan satu urusan. Dulu ke mana-mana dengan mama. Bila kami balik kampung memang luangkan masa ke mana-mana bersama-sama. Sekarang memang dah balik kampung.. ditambah mama dah tak ada, maka ke mana-mana babah minta ditemani. Kadang dengan PC dan en suami. Kadang babah keluar berurusan dengan en suami sahaja. Tengok situasi dan keperluan.
Semalam babah nyawit. Biasalah bila babah nyawit PC dengan en suami tukang kumpul dan angkat masukan tandan-tandan sawit dalam gerabak. Babah tukang sabit. Mahu cepat siap. Kurangkan sikit letih babah. Tidak dinafikan faktor usia.. babah tidak sekuat dan bertenaga dulu lagi. Jauh beza. Sangat-sangat. Cuma semangatnya yang kuat maka menjadi lancar. Alhamdulillah. 
"Jom teman babah ke bandar.."- babahPC teman babah berurusan. En suami tunggu di kereta kerana tiada tempat parking yang kosong. Risau juga. Bahaya. Lebih baiklah en suami tunggu di kereta. Alhamdulillah urusan cepat. Mudah. Syukurlah. 
Masuk kereta. "Cari tempat makan.." - babah
"Warung tali kapal boleh bah.." - en suami"Apa pulak tak boleh.. let's gooo.." - babah*Speaking bapak aku.. hehehehe.. dengan gaya tangannya..*
PC pulak sejenis tak boleh fokus kalau keluar rumah.. ada kerja rumah yang belum selesai. Mood jadi terganggu. Padahal tak berat sangat pun. Alah, potong ikan mentah basah untuk stok anak bulu dan carik-carik dada ayam rebus pun untuk anak bulu. Sejenis PC, selagi boleh sebelum ke mana-mana mesti nak selesaikan kerja rumah dulu. 
Buah Koko
Sembang punya sembang.. sampai tempat yang nak dituju. Hamboiii full parking. Tapi ni kali pertama bawa babah. Sampai, cari meja.. terus order. Mantap. Siapa belanja?.. Babah belanja. Alhamdulillah. Semoga semakin luas pintu-pintu rezeki untuk babah. Belanja makan ni ada giliran. Hahahaha. Tak pe.. kongsi rezeki. Orang ramai. Semakin ramai. Tiba-tiba mendung. Risau lagi sebab ingat pakaian diampaian pulak. Ya Allah. Makan pun gelisah nak cepat balik. Apalah. Tawakkal je la patutnya. Makan cepat-cepat. Terus gerak balik.
Tapi.. semasa menuju kereta.. lalu depan satu pokok ni. En suami dah jalan dulu. PC biasalah singgah sinki dulu. Tiba-tiba dia berhenti terbelek-belek. Babah pun tertengok-tengok. Apahal pulak ni. Pelik dua ketul insan baik hati ni. 
"Koko.. koko.. ada buah koko sebiji.. " - en suami"Haah la.. masih muda ni.. " - babah"Waaaa.. lama sangat tak nampak pokok dan buah koko.. nak tangkap gambarlah.." -PC 
Memang dah lama sangat tak nampak pokok koko. Apatah lagi buahnya. Dulu jiran babah banyak tanam pokok koko. Buahnya masyaAllah.. lebat. Besar-besar. Isinya manis oii. Selalu nenek tu beri pada kami. Sebab tahu PC suka. Cuma hati-hati. Tertelan biji jawabnya meraung la masa buang air besar. Sembelit. Bila nampak buah koko jadi teruja pulak. Jakun. Hahaha. 
Hargailah setiap apa yang ada. 
NOTA PC : mana nak cari buah namnam.. lama juga tak nampak..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.perducinta.com/2025/08/jadi-teruja-nampak-buah-koko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 420 hits
Saya belum pernah ada pengalaman memetik buah di luar negara terutama epal anggur dan cherry Pernah tahun 2010 kalau tak silap saya pergi ke Malang Surabaya melawat kebun epal di sana Tapi epal di sana berwarna hijau kecil saiz satu genggam...
Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 471 hits
Bila budak tanya teka teki buah apa boleh kunci pagar Jom tonton animasi ini
Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 435 hits
nbsp Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet Ramai yang fikir bila sebut pasal diet semua buah adalah selamat dimakan tanpa had Hakikatnya walaupun buah mengandungi vitamin serat dan antioksidan ada juga buah yang tinggi gula dan kalori Kalau ...
Skandal Felcra Wan Fayhsal Balun Siapa Ni Skandal Ni Nampak Selepas Laporan Audit

Skandal Felcra Wan Fayhsal Balun Siapa Ni Skandal Ni Nampak Selepas Laporan Audit

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 145 hits
FELCRA Berhad yang didapati gagal mematuhi prosedur perolehan dengan betul sehingga menyebabkan kerugian besar dalam pelaburan ladang sawit sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2025 Dalam sidang media do ...
Melawat Anak Buah Di Hospital

Melawat Anak Buah Di Hospital

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 161 hits
Melawat Anak Buah Di Hospital Hari sabtu selepas selesai majlis bertandang nieyl ambil peluang untuk pergi ziarah anak buah nieyl dekat hospital yang baru selesai operation masuk besi di kaki kiri pada 24 Julai 2025 Kisahnya anak buah nieyl...
Kejayaan Pm Anwar Mengeratkan 2 Buah Negara Sahabat Asen

Kejayaan Pm Anwar Mengeratkan 2 Buah Negara Sahabat Asen

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 155 hits
Alhamdulillah dua negara sahabat ASEAN Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menerima amanah besar bersama rakan rakan lain untu...
3 Pesakit Buah Pinggang Kronik Maut Makan Durian

3 Pesakit Buah Pinggang Kronik Maut Makan Durian

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 154 hits
AMIR HAIKAL KAMARUDINTangkap layar menunjukkan hantaran oleh JazeeraJulaili di laman X miliknya berkenaan pesakit ESRD yang meninggal dunia akibat makan durian secara berlebihan PETALING JAYA Seorang doktor baru baru ini berkongsi pengalama...
Israel Bimbang Kekuatan Udaranya Terhakis Apabila Turkiye Beli 40 Buah Eurofighter Typhoon

Israel Bimbang Kekuatan Udaranya Terhakis Apabila Turkiye Beli 40 Buah Eurofighter Typhoon

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 153 hits
DSAMenurut Lapid kerajaan pimpinan Netanyahu telah menunjukkan kelalaian dalam aspek diplomatik dan pertahanan apabila tidak mengambil langkah proaktif untuk menggagalkan rundingan antara Turkiye dengan United Kingdom dan Jerman bagi memper...
Pesta Buah Emas 2025

Pesta Buah Emas 2025

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 247 hits
Lokasi Pesta Buah Emas 2025 Alamat Menara Public Gold 2 Menara AA247 Jalan Tun Razak Imbi 55100 Kuala Lumpur Waktu Operasi 9 00 pagi 12 00 tengah hari Tarikh Lawatan 26 Julai 2025 Pesta Buah Emas 2025 yang dianjurkan oleh Public Gold menjad...
Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol