Jadi Apa Ribuan Ingkar Pkp
SEKALIAN pesalah PKP sehingga hujung April jumlah lebih 22,000 termasuk lebih 600 yang ditahan tidak dimasukkan dalam rekod jenayah.
Tetapi mereka antaranya adalah orang-orang baik yang ingkar peraturan PKP seperti MP Bagan Serai yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dan Adun Perak dari Gunung Semanggol. Mereka melanggar peraturan semasa menjalankan tugas melaksanakan tugas PKP. Kes mereka sudah selesai apabila mereka membayar denda mahkamah.
Akan tetapi lebih 22,000 yang dikatakan ingkar PKP adalah melanggar peraturan. Cuma belum dihakimi mahkamah dan tindakan polis. Apa jua kedudukan mereka, maka tiada siapa boleh melepas diri dari undang-undang. Semua faham atas ketegasan pelaksanan undang-undang itu.
Antara memang betul orang yang tidak patuh, tetapi yang lainnya tidak sangka tidak peka undang-undang itu rupanya melanggar undang-undang.
PKP adalah kaedah menyekat rantaian sebaran hantu Covid-19, yang jika tidak dihukum keras, nescaya hari-hari orang kita bergelempangan mati. Jahatnya hantu itu sempat ia merasuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. Nasib baik ajalnya belum kerana Covid.
Jika PKP tidak kuat kuasakan, belum tentu PM Muhyiddin Yassin dapat diselamatkan dan bekas PM Mahathir dan DS Anwar Ibrahim terselamat. Apa lagilah orang awam di jalanan, di bazar, di pejabat dan yang balik dari masjid. Boleh mati semuanya.
Maka PKP dapat jadi vaksin menyelamatkan yang hantu Covid belum hinggap. Akan tetapi apabila ada orang sambil lewa tidak peka dan tidak endahkan arahan PKP, mereka boleh membawa balik ke rumah wabak itu menyebabkan habis yang lain mati.
Bagi mengelakkan yang tidak peka ini menyebabkan oang lain mati, maka dikenakan tindakan keras, berkurung di rumah dan menahan hawa nafsu keluar rumah. Kerana itulah 600 lebih sudah ditahan dari 22,000 lebih yang akan ditentukan nasib. Mereka bukanlah jahat sangat, tapi tidak pekanya itu membahayakan negara.
Nampaknya kawalan Kementerian Kesihatan dapat mencegah jangkitan tidak terkawal. Jangkitan masih ada, tetapi mulai ada negeri yang sifar jangkitan. Mati pun ada, tetapi satu dua orang sahaja sehari. Sejak ada hantu itu baharu 102 mati pada hari rencana ini ditulis.
Kemungkinan sebelum Raya Haji nanti mampuslah semua kuman itu mudah-mudahan. Bila gelombang sudah terkawal, orang yang ingkar PKP belum semuanya dikenakan tindakan. Penyakit sudah tidak ada, tetapi orang melanggar undang-undang masih belum habis dihukum. Yang belum dihukum itu ramai yang baik tetapi lecehnya mereka lalai perintah undang-undang.
Mereka tidak mengedar dadah, tidak mencuri dan tidak rasuah. Salahnya tidak peduli peraturan. Dosanya bukan tidak puasa dan tidak solat, ingkar mematuhi PKP sahaja.
Kerana Covid sudah pergi ke negara lain, yang tinggal di sini ialah orang yang melanggar perintah. Yang positif Covid pun semuanya sudah pulih. Ketua Polis Negara kata, mereka tidak dimasukkan dalam rekod jenayah. Hendak buat apa mereka?
Adakah hendak diampunkan beramai-ramai seperti Tunku mengampunkan komunis dahulu? Kerana Timbalan Menteri Kesihatan dan Adun Gunong Semanggol yang tidak menentang PKP, sekadar buta peraturan sahaja didenda RM1,000, apakah yang lain terlepas saja? Patutkah diampunkan seperti mengampunkan komunis dahulu?
Semuanya dikatakan telah melanggar undang-undang, mesti sesuatu dikenakan kepada mereka. Masa ini Covid mungkin sudah selesai, tapi masa polis dan tentera berkawal siang malam, petugas kesihatan berdepan maut, bolehkah suka-suka peraturan dilonggar dan dilanggar ?
SUBKY LATIFF
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/jadi-apa-ribuan-ingkar-pkp.html