Negara Dapat Vaksin Baharu Jika Gagal Lawan Mutasi


Oleh Luqman Arif Abdul Karim Khairy ketika sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian bekalan vaksin COVID-19, sebelum ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Malaysia berhak mendapat penghantaran baharu daripada syarikat pengeluar Pfizer, sekiranya vaksin itu tidak berkesan terhadap sebarang mutasi COVID-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata jaminan demikian terkandung dalam perjanjian bekalan vaksin yang ditandatangani kerajaan bersama syarikat pengeluar.
Katanya, bekalan vaksin baharu bagi memastikan ia berkesan terhadap sebarang mutasi COVID-19 juga tidak memperuntuk bayaran tambahan yang perlu dijelaskan kepada pengeluar.
"Pfizer contohnya. Syarikat pengeluar beri jaminan bahawa ia berkesan kepada varian baharu yang dilaporkan menular di beberapa negara.
"Kalau tidak berkesan, mereka hanya perlukan enam minggu untuk buat perubahan kepada formula vaksin supaya mampu menangani jangkitan daripada mutasi baharu," katanya dalam program yang disiarkan di BERNAMA TV, malam tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin.
Beliau berkata, suntikan imunisasi jenis Pfizer diberi kepada orang nombor satu negara untuk menanam keyakinan dalam kalangan masyarakat mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin.
Katanya, senarai penerima lain program imunisasi kebangsaan yang dijangka mula dilaksanakan di seluruh negara pada 26 Februari ini sudah ditentukan.
"Mungkin orang kedua ialah Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan.
"Menteri-menteri kemudian sikit pun tidak mengapalah," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata proses pendaftaran penerima vaksin bagi golongan kedua, iaitu individu dewasa dan tidak berisiko tinggi dijangka dibuka pada bulan depan, dengan berteraskan lima kaedah.
Berdasarkan perbincangan semasa, beliau menjelaskan kaedah paling disyorkan dan berkesan ialah menerusi aplikasi MySejahtera yang bakal memuatkan beberapa fungsi berkaitan vaksinasi.
"Tetapi kalau ada yang tidak guna MySejahtera, mereka boleh daftar melalui laman web yang akan dilancarkan Perdana Menteri pada minggu depan, selain menerusi talian atau secara manual dengan berkunjung ke klinik kesihatan, hospital swasta atau hospital kerajaan.
"Kaedah terakhir ialah menerusi libat urus, khususnya di kawasan pedalaman bagi mereka yang tidak tahu mengenai vaksin, tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau langsung tidak menonton televisyen," katanya.
Mengulas pelan melancarkan program imunisasi kebangsaan, Khairy berkata, kerajaan merangka mekanisme tertentu bagi mengelak isu pembaziran vaksin dan kepincangan aspek pelaksanaan, bersandarkan pengalaman beberapa negara luar.
Katanya, 600 lokasi pemberian vaksin di seluruh negara dan beberapa pusat imunisasi tambahan seperti stadium dan dewan persidangan ditempah bagi tujuan berkenaan.
"Apabila orang ramai datang ke kawasan luas seperti stadium, mereka mempunyai kawasan parkir yang sangat luas dan ia tidak akan menjadi sesak. Tempoh suntikan dijangka boleh diselesaikan antara 15 minit hingga setengah jam.

Vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson juga mungkin akan ditempah oleh kerajaan Malaysia. - Foto AFP"Ada juga vaksin yang sedang dalam perancangan untuk dibeli, iaitu CanSino serta Johnson & Johnson (J&J) bagi kegunaan penduduk di kawasan pedalaman.
"Ini kerana vaksin ini hanya perlu disuntik sekali, tanpa ada sela masa seperti Pfizer dan AstraZeneca. Penerima di kawasan pedalaman tidak perlu keluar berulang kali dan memudahkan aspek pelaksanaan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, prosedur operasi standard (SOP) tetap perlu dijaga, meskipun rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin menerusi program imunisasi kebangsaan.
Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan imuniti kelompok berupaya diwujudkan dalam kalangan masyarakat, sekali gus mengekang penularan COVID-19.
"Jadi tiada istilah kebal apabila kita sudah terima suntikan vaksin. Pakar berpendapat COVID-19 mungkin endemik sehingga memerlukan suntikan vaksin setiap tahun.
"Jadi, jangan ambil risiko selepas terima suntikan vaksin, dengan buka pelitup muka dan pergi peluk sesiapa saja. Kita masih perlu patuh SOP," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/negara-dapat-vaksin-baharu-jika-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Kenal Pasti 605 Pusat Pemberian Vaksin Seluruh Negara

Kkm Kenal Pasti 605 Pusat Pemberian Vaksin Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 157 hits
Kementerian Kesihatan berkata lokasi pemberian dan simpanan vaksin akan dikemas kini dari semasa ke semasa PETALING JAYA Kementerian Kesihatan mengenal pasti 605 pusat pemberian vaksin di seluruh negara bagi tujuan pelaksanaan Program Imuni...
Ferdinand Sentil Anies Bro Jika Mau Jadi Presiden Harus Berani Lawan Musuh Negara Contohnya Fpi Dan Hti

Ferdinand Sentil Anies Bro Jika Mau Jadi Presiden Harus Berani Lawan Musuh Negara Contohnya Fpi Dan Hti

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 156 hits
Aktivis sosial politik Ferdinand Hutahaean mengatakan seharusnya Pemerintah Provinsi DKI Jakarta menerbitkan surat larangan bagi Aparatus Sipil Negara di lingkup pemerintahan agar tidak berafiliasi dengan ormas terlarang yang telah dibubark...
Suntik Vaksin Kepada Pemimpin Negara Dahulu

Suntik Vaksin Kepada Pemimpin Negara Dahulu

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 155 hits
sarawakvoive com January 30 2021 Dengan segala hormatnya kepada pihak Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Malaysia Berasaskan kebimbangan orang ramai saya ingin mencadangkan agar suntikan vaksin ini dibuat terhadap pemimpin pemimpin dalam Kerajaa...
Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 236 hits
BERITA SEMASA 29 JANUARI 2021 Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa program vaksinasi negara Covid 19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 akan membantu memacu pemulihan ekonomi Mal...
Dah Kena Cucuk Vaksin Pun Takut Mati Kah Jihad Tu Sidang Parlimen Ni Demi Rakyat Dan Negara

Dah Kena Cucuk Vaksin Pun Takut Mati Kah Jihad Tu Sidang Parlimen Ni Demi Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 178 hits
Pas anggap desakan sidang Parlimen sekadar pendapat pembangkangFebruary 17 2021 Pas menganggap laporan Malaysiakini mengenai desakan 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN supaya sidang Parlimen negara ini diadakan segera sebagai cuba...
Spm 2020 Norma Baharu Tidak Jejas Semangat Pelajar Oku

Spm 2020 Norma Baharu Tidak Jejas Semangat Pelajar Oku

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 254 hits
Abd Hadi Che AwangTidak terkecuali merasai cabarannya adalah seorang pelajar autism Samsuri Ruzmi 18 yang terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan Astro AWANI PADANG TERAP Perubahan kaedah pembelajaran daripada secara fizikal kepada Penga...
Sabah Terus Catat Penurunan Kes Baharu Covid 19

Sabah Terus Catat Penurunan Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun NSTP Malai Rosmah Tuah KOTA KINABALU Jumlah daerah di Sabah dalam kategori zon merah berkurangan dengan kes baharu positif COVID 19 turun kepada 118 kes semalam Jur...
Hadiah Tahun Baharu Cina Istimewa Dari Ebit Liew

Hadiah Tahun Baharu Cina Istimewa Dari Ebit Liew

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 166 hits
Oleh ROHANA MOHD NAWI KOH Kim Keok bersama Ebit Liew menaiki kereta baharu sumbangan penceramah itu di Kota Bharu semalam KOTA BHARU Sebuah kereta Myvi terpakai berharga RM15 000 peranti tablet untuk kegunaan anak anak mengikuti sesi Pengaj...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord