Jabatan Hutan Pahang Hentikan Sementara Kerja Bersih Hutan Di Lentang Selepas Tular


 

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah membuat semakan berkaitan isu ditularkan pada awal bulan lalu dan mandapati kawasan dimaksudkan merupakan kawasan lesen pembersihan hutan berstatus Tanah Milik yang terletak di dalam daerah Bentong dengan keluasan 3.59 hektar.
Kawasan lesen yang sama itu juga pernah ditularkan pada penghujung tahun lalu berkaitan pencemaran Sungai Kenoi berhampiran sebuah resort akibat aktiviti pembinaan jalan pengeluaran ke kawasan lesen ini.
Rentetan itu, JPNP mengambil tindakan untuk menghentikan sementara kerja di kawasan lesen itu bagi tujuan semakan dan siasatan lanjut.
Kemudiannya, pihak pelesen telah membuat permohonan untuk menyambung semula lesen dan menggunakan jalan pengeluaran yang lain iaitu jalan lama kawasan bekas lesen Projek Talian Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak dalam Hutan Simpan Lentang sebagai satu-satunya jalan alternatif ke kawasan lesen.
Dalam kenyataannya hari ini, JPNP berkata, jalan pengeluaran yang akan digunakan itu pernah menjadi isu kerana dikatakan sebagai punca kepada bencana kepala air yang berlaku di Kilometer 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada November 2015.
“Hasil siasatan oleh Jabatan Teknikal pada masa tersebut mendapati bencana berlaku adalah disebabkan kadar hujan yang luar biasa di kawasan Lentang. Oleh itu JPNP telah meluluskan permohonan untuk memulakan kerja pada 15 Julai lalu dan juga permit jalan yang melalui Hutan Simpan Lentang serta permit matau kepada pelesen.
“Semakan oleh JPNP juga mendapati pelesen telah menggunakan tanah Lesen Pendudukan Sementara (LPS) seluas 1.6 hektar adalah terletak bersebelahan kawasan lesen sebagai matau sementara, namun Pejabat Daerah dan Tanah Bentong memaklumkan lesen LPS tersebut telah tamat tempoh.
“Semakan oleh JPNP juga telah mendapati pelesen telah membuat bayaran untuk menyambung semula tempoh lesen LPS tersebut berdasarkan resit yang disertakan oleh pelesen kepada Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong,” katanya kenyataan itu semalam.
Menurut JPNP lagi, hasil semakan di lapangan yang dibuat kakitangan PHD Bentong mendapati pelesen telah siap membina jalan pengeluaran ke kawasan lesen dan telah menjalankan kerja penebangan hampir 30 peratus dalam kawasan lesen.
Selain itu, menurut kenyataan tersebut, semakan juga mendapati beberapa longgok tual balak daripada kawasan lesen telah disusun di matau sementara dan juga di matau utama, bagaimanapun, kerja-kerja pengeluaran balak dari kawasan lesen Tanah Milik masih belum dilaksanakan.
“Pemantauan oleh JPNP mendapati pelesen mematuhi spesifikasi Jalan Hutan yang ditetapkan, cuma beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan terutama jambatan dan pembentung bagi lintasan alur air sungai sementara (bukan aliran kekal) bagi mengelakkan pencemaran dalam kawasan ini.
“Arahan dan pemantauan rapi kepada pelesen juga telah dibuat bagi memastikan pelesen melaksanakan tindakan pembetulan dengan segera dan penambahbaikan dari aspek penyelenggaraan jalan pengeluaran dengan lebih kerap, kerana cuaca di Bentong yang kerap hujan sejak kebelakangan ini.
“Secara keseluruhannya, JPNP mendapati pelesen tidak melakukan sebarang kesalahan hutan yang melibatkan jalan pengeluaran dan kawasan lesen,” katanya.
Bagaimanapun kata JPNP, setelah mengambil kira beberapa faktor lain dan kepentingan awam, jabatan berkenaan membuat keputusan membatalkan lesen pemindah (Borang 5) bagi kawasan lesen berkenaan berkuatkuasa serta merta.
“Dalam pada masa yang sama, JPNP akan terus memantau operasi sedia ada agar semua arahan JPNP dipatuhi,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/jabatan-perhutanan-pahang-hentikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Perikanan Negeri Pahang Minta Orang Ramai Tidak Guna Kaedah Rosakkan Sumber

Jabatan Perikanan Negeri Pahang Minta Orang Ramai Tidak Guna Kaedah Rosakkan Sumber

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 241 hits
MARAN Jabatan Perikanan Negeri Pahang meminta orang ramai khususnya nelayan darat di negeri ini supaya memanfaatkan kekayaan sumber perikanan secara bertanggungjawab dengan mengelakkan kaedah yang merosakkan sumber dan habitat seperti racun...
Peka Berterima Kasih Kerajaan Membatalkan Aktiviti Guna Tanah Di Hutan Simpan Lentang

Peka Berterima Kasih Kerajaan Membatalkan Aktiviti Guna Tanah Di Hutan Simpan Lentang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 291 hits
BENTONG Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia menyambut baik dan berterima kasih pada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang yang membatalkan pembukaan dan kemusnahan Hutan Simpan ...
Ngo Dedah Ada Kemusnahan Alam Di Tebing Hutan Simpan Lentang

Ngo Dedah Ada Kemusnahan Alam Di Tebing Hutan Simpan Lentang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 179 hits
BENTONG Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia mendedahkan kemungkinan bencana tanah runtuh di Lentang yang menjadi laluan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak akan berulang kembali Presiden PEKA Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil pada satu k...
Pembangunan Kawasan Hutan Sungai Panjang Jabatan Alam Sekitar Belum Terima Laporan Eia

Pembangunan Kawasan Hutan Sungai Panjang Jabatan Alam Sekitar Belum Terima Laporan Eia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 193 hits
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor semalam menafikan ia menceroboh dan membuka sebahagian kawasan hutan simpan Sungai Panjang yang dikatakan hutan gantian berikutan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara PETALING JAYA Kementerian...
Kingmaker Kini Masa Terbaik Hentikan Judi Di Genting Highland Desak Pas Pahang

Kingmaker Kini Masa Terbaik Hentikan Judi Di Genting Highland Desak Pas Pahang

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 244 hits
MALAYSIA DATELINEPas Pahang menyifatkan kini adalah masa terbaik untuk kerajaan yang ada membuang terus aktiviti arak dan judi di negara ini bermula dari Genting Highland yang terletak di negeri itu Timbalan Pesuruhjaya II Pas Pahang Haji M...
Mat Motor Berarak Ikut Kereta Polis Selepas Di Tahan Pada Malam Minggu

Mat Motor Berarak Ikut Kereta Polis Selepas Di Tahan Pada Malam Minggu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 150 hits
Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan sekumpulan mat motor ditahan pihak berkuasa di Stulang Johor kelmarin Menerusi video tersebut dapat dilihat beberapa penunggang motorsikal berarak mengikuti kenderaan polis yang berada dih...
Silap Keluar Baris Selepas Acara Naikkan Bendera

Silap Keluar Baris Selepas Acara Naikkan Bendera

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 295 hits
Ini gambar tahun 1984 Sukan tahunan Sekolah Menengah Ismail Petra Kompleks Sekolah sekolah Wakaf Mek Zainab Sekarang SMIP dikenali SMKIP Lokasi padang ini sekarang sudah dijadikan Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Putera sekolah suka...
Bot Rosak 10 Pemancing Diselamatkan Di Laut Selepas 8 Jam

Bot Rosak 10 Pemancing Diselamatkan Di Laut Selepas 8 Jam

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 227 hits
Kesemua pemancing warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 50 tahun itu berjaya didaratkan dan dilaporkan dalam keadaan stabil PETALING JAYA Seramai 10 pemancing warga tempatan berdepan detik cemas tersadai di laut selama lapan jam selep...
Karen Gillan Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians Of The Galaxy Vol 3

Karen Gillan Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians Of The Galaxy Vol 3

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 309 hits
Terdapat banyak keterujaan setelah James Gunn kembali ke Marvel Cinematic Universe Sementara kita akan melihat anggota Guardians dalam Thor Love and Thunder terserah kepada pengarah The Suicide Squad itu untuk memberikan kembali perhatianny...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan

Misteri Surat Addendum Pengampunan Najib

Aksi Tfc Tempang Tanpa Akhyar

Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto