Jabatan Agama Islam Negeri Kesan 47 Ajaran Sesat


Oleh EVA NATASHA SADALI  KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 kes ajaran sesat membabitkan pemujaan, perbuatan atau ajaran salah, doktrin palsu dan dakwaan palsu, dikesan di negara ini sejak Januari tahun lalu hingga September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad, berkata sebanyak 33 kes dikesan sepanjang tahun lalu dan 14 kes lagi bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Katanya, kes terbabit dikesan hasil operasi Penguat Kuasa Agama di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) terhadap aktiviti ajaran sesat hasil maklumat orang awam dan risikan.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam di peringkat pusat, pula sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi membanteras ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam di negara ini,” katanya menjawab soalan Dato’ Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata, antara usaha JAKIM bagi membenteras ajaran sesat di negara ini, termasuk melaksanakan 10 kajian berkaitan ajaran sesat sepanjang tahun 2020 sehingga suku ketiga tahun ini.
Menurut Idris, kerajaan melaksanakan usaha secara berterusan untuk mencegah penyebaran ajaran sesat, termasuk mengadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 5 Mei 1996.
Katanya, muzakarah itu memutuskan pandangan hukum supaya umat Islam di negara ini berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, sama ada dari segi akidah, syariah mahu pun akhlak.
“Kerajaan turut menyedari bahawa ajaran sesat menjadikan alam maya sebagai platform penyebaran. Oleh itu, JAKIM menyelaras tindakan melalui jawatankuasa sedia ada dengan JAIN seperti Jawatankuasa Pemandu Ajaran Sesat (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS) dan Panel Pakar Akidah (PPA),” katanya.
Beliau berkata, JAKIM turut memberi tumpuan kepada memperkukuhkan akidah ummah melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang lengkap dan berkesan dengan kerjasama JAIN, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta agensi lain yang berkaitan.
Katanya, antara pendekatan bagi menangani isu penyelewengan akidah ialah bekerjasama dengan MAIN dan JAIN dalam aspek penyelidikan mengenai ajaran dan doktrin yang meragukan atau disyaki menyeleweng daripada agama Islam.
“Pertemuan dan sesi dialog secara tertutup bersama kumpulan atau individu yang terlibat dengan ajaran yang meragukan juga diadakan,” katanya.
Beliau berkata, kajian secara menyeluruh juga dilakukan dalam pelbagai aspek sebelum sesuatu ajaran atau doktrin itu diberi pandangan hukum oleh MKI, termasuk kajian dari sudut kesan apabila sesuatu pandangan hukum mengenai ajaran sesat dikeluarkan.
Idris berkata, Jabatan Mufti di negeri juga mengeluarkan fatwa mengenai ajaran terbabit mengikut bidang kuasa masing-masing berpandukan pandangan hukum oleh Muzakarah MKI dan perbincangan di peringkat Jawatankuasa atau Muzakarah Fatwa Negeri.
Selain itu, katanya kaunseling dan nasihat agama diberikan kepada mereka yang terlibat bagi membantu mengembalikan akidah dan kehidupan mereka kepada kehidupan normal masyarakat. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/jabatan-agama-islam-negeri-kesan-47.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Kesan Seramai 1 286 Remaja Tercicir Terima Vaksin

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Kesan Seramai 1 286 Remaja Tercicir Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 389 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesan terdapat seramai 1 286 remaja di negeri ini yang tercicir menerima vaksin COVID 19 Mereka terdiri daripada gelandangan dan orang kurang upaya serta mereka yang tidak bersekolah Pengarahnya Da...
Tukar Agama Majlis Ulama Indonesia Mohon Sukmawati Tidak Hina Islam

Tukar Agama Majlis Ulama Indonesia Mohon Sukmawati Tidak Hina Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 447 hits
Sukmawati memeluk agama Hindu Rabu lalu sempena ulang tahunnya yang ke 70 Suara com JAKARTA Majlis Ulama Indonesia meminta anak perempuan Presiden pertama Indonesia Diah Sukmawati Soekarnoputri untuk tidak menghina atau mencerca agama Islam...
6 Agama Sesat Paling Dahsyat

6 Agama Sesat Paling Dahsyat

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 631 hits
Order of the Solar TempleKultus Order of the Solar Temple yang diasaskan oleh Joseph Di Mambro dan Jouret Luc pada tahun 1984 adalah kongsi gelap yang mendakwa menjadi penerusan moden Knights Templar Kepercayaan mereka menggabungkan konsep ...
Lagi Sanggahan Terhadap Ajaran Sesat Mokhtar Scud

Lagi Sanggahan Terhadap Ajaran Sesat Mokhtar Scud

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 242 hits
HAMDAN TAHARamai orang melayu tak suka Dap termasuk saya apatah lagi orang umno tapi tidak lah sampai saya benci Dap tu mengatasi Arak Arak wajib di lebih bencikan kerana dia haram Dap kerajaan malaysia pun halalkan dia pas puluh tahun berj...
Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 760 hits
KUANTAN Sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan di Pahang dikesan terlibat dalam salah laku membabitkan tadbir urus sehingga mengalami kerugian puluhan juta ringgit Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata salah laku itu dikesa...
Patut Tak Izin Guna Nama Kelirukan Umat Islam Hadi Tegur Pihak Jaga Urusan Agama

Patut Tak Izin Guna Nama Kelirukan Umat Islam Hadi Tegur Pihak Jaga Urusan Agama

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 320 hits
Penggunaan nama Timah secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam menurut Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Selepas beberapa kenyataan berbeza dibuat pemimpin PAS berhubung kontroversi arak jenama Timah Pres...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos Penggalak Kepada Petugas Barisan Hadapan

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos Penggalak Kepada Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 393 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID 19 kepada petugas kesihatannya secara berperingkat mulai hari ini kata Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus Beliau berkata sebagai permulaan pemberian...
Panas Azmin Yakin Kuasai Negeri Melaka Sok Sendiri

Panas Azmin Yakin Kuasai Negeri Melaka Sok Sendiri

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 243 hits
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa gabungan itu mampu mentadbir negeri Melaka sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada November depan Jelasnya gabungan Parti Pr...
Empat Negeri Dikenal Pasti Lokasi Buang Sisa Toksik Haram

Empat Negeri Dikenal Pasti Lokasi Buang Sisa Toksik Haram

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 533 hits
Oleh KUALA LUMPUR Selangor Johor Pahang dan Perak dikenal pasti antara negeri yang mempunyai banyak kawasan dijadikan tempat pembuangan sisa toksik secara haram di negara ini Ia berdasarkan cerapan imej menggunakan satelit secara berkala ya...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025