Empat Negeri Dikenal Pasti Lokasi Buang Sisa Toksik Haram


Oleh Fahmy A Rosli KUALA LUMPUR: Selangor, Johor, Pahang dan Perak dikenal pasti antara negeri yang mempunyai banyak kawasan dijadikan tempat pembuangan sisa toksik secara haram di negara ini.
Ia berdasarkan cerapan imej menggunakan satelit secara berkala yang dijalankan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan tragedi Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang, Johor yang tercemar dengan sisa kimia berbahaya, tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah, berkata sebahagian data cerapan berhubung pelupusan sisa toksik itu telah dibentangkan kepada pihak berkuasa di negeri terbabit untuk penelitian dan tindakan seterusnya.
"Bukan jumpa satu tetapi beberapa tempat yang berisiko seperti itu (kawasan berpotensi dijadikan tempat pelupusan sisa).
"Macam kejadian di Sungai Kim-Kim, ada lapan lagi (kawasan pembuangan sisa toksik) dekat sana pada ketika itu. Menerusi teknologi ini, kita mampu kenal pasti beberapa ciri khusus kawasan yang sering dijadikan tempat pembuangan di sana pada masa itu," katanya kepada BH.

Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah.Azlikamil berkata, maklumat kawasan berpotensi pembuangan haram sisa toksik itu diperoleh melalui analisis cerapan imej satelit penderiaan jauh (remote sensing) yang mengambil maklumat permukaan bumi pada setiap hari.
Selain menjalankan cerapan imej satelit, agensi itu turut menggunakan dron khas untuk mengumpulkan data dan maklumat di kawasan sasaran.
Beliau turut mendedahkan kecenderungan aktiviti pelupusan sisa haram yang biasanya menyasarkan kawasan sekitar radius lima kilometer (km) dari kawasan punca atau sumber.
"Mereka ini bila nak buang sisa toksik bukan buang macam itu saja. Kilang selalunya akan upah orang dan antara kawasan yang paling mereka gemari ialah kawasan itu mesti ada akses dan jauh daripada orang.
"Maksudnya, mudah untuk masuk kerana mereka memandu lori dan bukannya basikal. Kedua, mereka akan buang (sisa toksik) dalam keadaan pantas seperti hit and run (langgar dan lari).
"Ketiganya, mereka akan cari kawasan di mana sisa toksik boleh dicampurkan atau ditimbunkan dengan sampah biasa atau sampah domestik bagi mengaburi orang ramai seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim duhulu," katanya.
Beliau berkata, sebaik berakhir insiden Sungai Kim Kim, MYSA meneruskan usaha membangunkan pangkalan data berkaitan potensi kawasan berisiko yang dijadikan kawasan pelupusan sisa toksik di seluruh negara.
Beliau berkata, sistem dan pangkalan data geospatial berasaskan teknologi remote sensing angkasa itu boleh dimanfaatkan oleh pihak berkuasa dalam membendung perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab melupuskan sisa industri secara haram.
"Ia juga membantu mengesan lebih awal kawasan yang berpotensi dijadikan kawasan pelupusan sisa dan ini memudahkan perancangan pihak penguat kuasa.
"Hasil analisis yang kami buat membabitkan seluruh negara sudah dikongsikan kepada negeri masing-masing. Selangor, Johor, Pahang dan Perak antara yang menunjukkan jumlah potensi kawasan yang lebih ketara berbanding negeri lain," katanya.

Contoh kawasan pelupusan sisa yang dikesan di Johor sekitar tahun 2019, hasil cerapan satelit dilakukan pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).Pada 7 Mac 2019 negara dikejutkan dengan kejadian pencemaran Sungai Kim Kim, yang menjejaskan kehidupan lebih 6,000 penduduk berhampiran sungai berkenaan, termasuk puluhan pelajar sekolah mengalami sesak nafas, loya, pening dan pitam.
Pembuangan sisa toksik itu turut mengeluarkan asap toksik sehinggakan 111 sekolah di kawasan berkenaan diarah tutup sementara ketika itu.
Operasi pembersihan dilakukan di sepanjang 1.5 km sungai dengan sejumlah 900 tan tanah dan 1,500 tan air tercemar dibersihkan.
Bagaimanapun, pencemaran di Sungai Kim Kim terus berulang. Pada 8 Mac lalu, BH melaporkan Sungai Kim Kim kembali 'dinoda', kali ini dengan tompokan minyak berbau busuk dan terbaharu, sungai itu tercemar lagi, dipercayai berpunca daripada loji kumbahan najis.
Mengulas lanjut, Azlikamil berkata, penggunaan teknologi seperti dron taktikal membolehkan gerak-geri pihak pencemar terbabit mudah dibaca dan dijejaki.
Beliau juga berkata, pembangunan sistem penentuan lokasi pelupusan sisa berteraskan teknologi remote sensing angkasa membuka inisiatif baharu dalam mengurus bencana berkaitan alam sekitar, memperkukuhkan aspek pencegahan dan pemantauan.
Katanya, penggunaan teknologi itu dapat menjimatkan kos perancangan pemantauan dan penguatkuasaan, selain mempertingkatkan lagi kecekapan operasi.
"Misalnya, keadaan cuaca buruk dan tidak menentu pada ketika ini bukan sahaja mengundang bencana seperti banjir, malah mendedahkan rakyat kepada risiko bencana pencemaran alam sekitar akibat pelupusan sisa oleh pihak yang mengambil kesempatan sekiranya tidak dipantau," katanya.

Selangor, Johor, Pahang dan Perak dikenal pasti antara negeri yang mempunyai banyak kawasan dijadikan tempat pembuangan sisa toksik secara haram. - Foto hiasan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/empat-negeri-dikenal-pasti-lokasi-buang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Kluster Baharu Dikenal Pasti

Empat Kluster Baharu Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh SITI A ISYAH SUKAIMI Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Empat kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan lain dilaporkan di Selangor Pulau Pinang dan Kuala Lumpur Ia me...
Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 325 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri ...
Cuaca Fenomena Air Pasang Landa Empat Negeri Mulai 4 Nov

Cuaca Fenomena Air Pasang Landa Empat Negeri Mulai 4 Nov

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 411 hits
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah Perak Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk j...
Allah Nak Pelihara Pasti Terpelihara Ebit Lew Tak Kisah Dih1na Manusia

Allah Nak Pelihara Pasti Terpelihara Ebit Lew Tak Kisah Dih1na Manusia

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 459 hits
Dermawan terkenal Ebit Lew akui tidak kisah dengan h1naan daripada m4khluk terutama manusia yang ingin mengh4ncurkan dirinya Ebit Lew percaya hanya Allah sahaha yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara Allah Maha...
Keunikan Tiap Trimester Kehamilan Momen Istimewa Yang Pasti Selalu Dirindukan

Keunikan Tiap Trimester Kehamilan Momen Istimewa Yang Pasti Selalu Dirindukan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 236 hits
Dimulai dengan mual ngidam aneh aneh sampai susah pakai kaus kaki sendiri tiap trimester punya keunikannya masing masing
Sentiasa Pilih Work Smart Nasib Baik Suami Si Tukang Besi Kreatif Sebut Saja Mas4lah Pasti Ada Cara Kasi Settle

Sentiasa Pilih Work Smart Nasib Baik Suami Si Tukang Besi Kreatif Sebut Saja Mas4lah Pasti Ada Cara Kasi Settle

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 524 hits
SELAIN kerja keras hidup ni kata orang kena work smart juga Mungkin itulah yang dipegang seorang pemuda yang dah lengvh mengacau kentang setiap hari untuk dijadikan mashed potato yang dijualnya bersama isteri Hashimah berniaga makanan weste...
Kini Dikenal Punya Ciri Khas Rambut Pendek Intip Potret 8 Artis Saat Panjangkan Rambut Mereka

Kini Dikenal Punya Ciri Khas Rambut Pendek Intip Potret 8 Artis Saat Panjangkan Rambut Mereka

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 426 hits
Salah satu artis yang selalu terlihat berambut pendek adalah Yuni Shara Bagaimana penampilannya saat berambut panjang
Prn Melaka Orang Melayu Penjawat Awam Pasti Tolak Ph Isham Jalil

Prn Melaka Orang Melayu Penjawat Awam Pasti Tolak Ph Isham Jalil

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 427 hits
PRN Melaka Orang Melayu Penjawat Awam Pasti Tolak PH Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berpandangan orang Melayu khususnya di Melaka tidak akan memilih Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Katanya ini ke...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu