Jabal Rahmah Sebuah Bukit Tempat Bertemunya Kembali Nabi Adam Dan Siti Hawa 8
Jabal Rahmah, sebuah bukit tempat bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa 8
Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua
Apa khabar? Diharapkan semua teman maya yang suka ziarah laman Blog Etuza dalam keadaan sihat walafiat. Sesiapa yang tidak sihat, usah berlengah ya, segera lah datang ke hospital jumpa doktor dan minta rawatan.
Sampai di lembah Bukit Jabal Rahmah menaiki Bas Pesiaran Mekah
Bergambar di kaki Bukit Jabal Rahmah sebagai kenang kenangan.
Kali ini Etuza hendak paparkan sejarah yang berlaku pada Etuza dan isteri ketika buat Umrah Pertama dari 28 Nov - hingga 09 Dis 2019. Alhamdulillah kami dan jemaah Travel Harmony telah selamat melaksanakan ibadah umrah kami dan selamat kembali ke tanah air ini. Teringat situasi semasa ziarah di Bukit Jabal Rahmah. Jabal Rahmah satu bukit yang penuh dengan batu-batuan besar keras mampat nun di satu tempat yang kawasan itu nampak sangat menarik. Di bawah ini Etuza copy paste infor dari laman blog KUMPARAN gayanya catatan di blog ini masih baru iaitu di tulis pada April 2019.
Jabal Rahmah, sebuah bukit tempat bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa setelah berpisah ratusan tahun, usai diturunkan ke bumi dari surga karena memakan buah terlarang, khuldi. Padahal Allah telah melarang mereka, tapi setan terus menggoda. Begitu riwayat tertulis dalam kitab suci Alquran.Etuza dan jemaah lain mendekati Bukit Jabal Rahmah yang telah sedari awalramai tetamu Allah datang ziarah awal Bukit Jabal Rahmah
Jemaah di bawa ke Bukit Jabal Rahmah dengan menaiki bas pesiaran di Mekah. kami seramai 41 dan satu Mutawif dalam kiraan sejam sampai di lembah Bukit Jabal Rahmah. Rasa terkejut melihat di awal pagi telah ramai jemaah lain dari pelusuk dunia berada di puncak Jabal Rahmah, ada yang sedang menuruni tangga dan di celah batuan yang tidak sekali rapuh apabila di pijak, akan tetapi perlu sekali hati-hati menuruni bukit ini kerana terlalu ramai yang berziarah. Ada yang berada di lembah dataran rata sambil mengambil gambar kenangan dan yang paling banyak di lihat ialah ramai jemaah di sana-sini pada puncak tinggi Bukit Jabal Rahmah menadah tangan dan berdoa pada Allah. Pasti doa itu adalah hal yang baik-baik untuk memohon sesuatu dan keampunan dari Allah.
Dalam tazkirah Mutawif Ustaz Kifly, katanya inilah Bukit Jabal Rahmah yang telah mempertemukan dua insan setelah ratusan tahun terpisah iaitu antara Nabi Adam dan Siti Hawa yang asalnya dari Syurga tetapi di hantar ke Bumi akibat hukuman mereka telah terpedaya memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah.
Etuza terasa bagai mimpi sampai di atas Bukit Jabal Rahmah, sambil memegang tangan isteri kami bersama-sama mendaki ikut tangga Jabal Rahmah. Subahanallah, angin bertiup lembut membelai wajah kami, terasa di puncak begitu damai walaupun lautan manusia sedang berdoa dan menyentuh simbol dalam bentuk tiang persegi dibina daripada simen.
" Bapa hati-hati yang memegang tangan isteri anda, kena betul kan" Kata-kata dari seorang lelaki dari Indonesia kerana dia nampak tangan Etuza salah memegang tangan isteri. Lalu Etuza betulkan, dan segera berastagfirullah. Sesiapa yang datang ziarah di Jabal Rahmah dengan Izin Allah pasangan sebagai suami isteri akan aman damai dan bahagia. Dan bagi yang belum bertemu jodoh segera akan menemukan jodoh dengan izin Allah juga. Hal ini menurut Etuza kita serahkan kepada Allah. InshaAllah kita yang merancang Allah yang menentukan.
Etuza dan Isteri di Puncak Bukit Jabal Rahmah.
Kembali kepada perasaan Etuza, ketika berada di puncak Etuza nampak jelas keaggungan Allah, kebesaran Allah dan zat Allah begitu dekat dengan Etuza. Ya Allah inilah benuaMu tempat Allah pertemukan Adam dan Hawa. satu bukit yang dikelilingi lembah yang gersang tanpa satu pun pokok. bagaimana kah Adam dan Hawa dapat hidup dalam keadaan gersang hamparan pasiran dan batuan yang keras kering. Tapi mereka hidup ratusan tahun, sihat dan bahagia akhirnya berkat kesabaran mereka.
Lalu Etuza duduk di perdu batu kukuh berdoa dan teringatlah semua generasi Etuza, keluarga Etuza dan saudara. Etuza sebut satu persatu dan didengari oleh isteri Etuza di samping. Kami berdoa bersama-sama. Jemaah yang lain juga berdoa sebaik sampai di puncak Bukit Jabal Rahmah. Etuza lihat banyak batu sana-sini di cemari dengan tulisan nama. Sepatutnya tidak perlu mencorakkan batu itu dengan nama pengunjung, tetapi membiarkan batu itu semulajadi dengan bentuknya hingga jelas keunikan Bukit Jabal Rahmah yang akan menjadi wilayah yang menarik perhatian muslim muslimat dari pelusuk Dunia. Arab Soudi pasti bangga dengan kehadiran tetamu Allah baik mengerjakan Umrah atau Ibadah Haji, kerana turut menjaga kelestarian kebersihan Bukit Jabal Rahmah ini.
Satu hal lagi yang Etuza tidak lupa ialah, kehadiran burung merpati yang sangat banyak berterbangan menyambut kami, serta bagaikan melambai mengucpkan selamat tinggal apabila kami menuruni Bukit Jabal Rahmah. Indahnya terasa di hati, terasa Allah begitu melindungi kami semua. Ya Allah mohon suatu masa nanti dapat lagi jejak kan kaki ke sini. InshaAllah.
Pandangan dari sebelah belakang Bukit Jabal Rahmah.Sangat Luar Biasa Bukit ciptaan Allah ini..Subahanallah..tidak puas sebenarnya berada di sini, apakan daya masa begitu cemburu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2020/01/jabal-rahmah-sebuah-bukit-tempat.html