Ivermectin Tidak Disyorkan Tiada Bukti Dapat Rawat Covid 19 Kp Kesihatan


Oleh UtusanTV
IVERMECTIN tidak disyorkan untuk rawatan COVID-19 kerana tidak mengurangkan risiko pesakit seperti mana kajian Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, keputusan kajian di Malaysia itu juga selari dengan keputusan kajian pada skala besar yang dijalankan di Argentina dan Brazil.
DR NOOR HISHAM ABDULLLAH/ Gambar Fb Noor Hisham Justeru, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya hari ini mengingatkan pengamal perubatan untuk tidak mengesyorkan penggunaan ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Katanya, ini termasuklah berkongsi pengiklanan mahupun penjualan secara haram ivermectin dengan tujuan merawat COVID-19 sehingga bukti saintifik yang lebih kukuh tersedia.
Berikut kenyataan penuh Dr Noor Hisham:
Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), NIH hari ini mengumumkan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-TECH) ke atas 500 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital dengan kategori 2 atau 3 COVID-19.
Kajian klinikal open-label randomised trial tersebut menilai keberkesanan rawatan 5 hari ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard (kumpulan IVM), berbanding dengan hanya penjagaan standard (kumpulan standard of care – SOC) yang berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pesakit COVID-19 di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS 2.0.
Kajian percubaan klinikal tersebut telah dijalankan oleh pakar perubatan penyakit berjangkit dan pakar perubatan yang terlibat secara aktif dalam pengurusan COVID-19 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH).
Hasil utama kajian I-TECH adalah untuk melihat sama ada pemberian ubat ivermectin pada minggu pertama pesakit mengalami gejala penyakit COVID-19 berupaya untuk mencegah kemerosotan penyakit COVID-19 kepada tahap yang teruk (kategori 4 atau 5), iaitu di kalangan pesakit berumur 50 tahun dan ke atas, serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi.
Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy, Pengarah ICR memaklumkan bahawa kajian I-TECH telah menunjukkan kadar kemerosotan penyakit COVID-19 kepada tahap teruk adalah sama di dalam kumpulan IVM jika dibandingkan dengan kumpulan SOC, iaitu masing-masing pada 21.2 peratus dan 17.3 peratus (OR 1.29 [95%] CI 0.82-2.02]; p=0.30).
Bagi dapatan yang sama, purata tempoh kemerosotan adalah 3.0 hari bagi kumpulan IVM dibandingkan dengan 2.9 hari untuk kumpulan SOC, namun tiada perbezaan yang signifikan dari segi statistik; p=0.68.
Kajian yang telah dijalankan oleh KKM ini mendapat kelulusan Jawantankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan pada 25 Mei 2021. Kajian tersebut juga telah didaftarkan di ClinicalTrials.gov pada 31 Mei 2021 (NCT04920942) bagi mendedahkan maklumat penting berkenaan kajian I-TECH kepada umum.
Daripada 500 subjek yang didaftarkan dalam kajian ini, seramai empat (4) individu telah dikecualikan kerana tidak memenuhi kriteria kajian, manakala seramai enam (6) individu telah menarik diri atas sebab kebimbangan terhadap kesan sampingan ivermectin. Subjek terakhir direkrut pada 9 Oktober 2021 dan penilaian susulan terakhir adalah pada 25 Oktober 2021.
Menurut penyelidik utama kajian I-TECH, Dr. Steven Lim Chee Loon, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, tiada perbezaan ketara didapati dari segi kemasukan ke ICU, penggunaan alat bantuan pernafasan mekanikal, pemulihan simptom, parameter ujian darah dan resolusi imbasan X-Ray dada di antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Kebarangkalian untuk pulih dari gejala sepenuhnya pada hari ke-5 penyertaan di antara kumpulan IVM dengan SOC adalah hampir sama, di mana tiada perbezaan yang signifikan dari segi statistik (p=0.77).
Selain daripada itu, analisis keselamatan melaporkan bahawa kejadian kesan sampingan adalah tiga (3) kali lebih kerap berlaku di dalam kumpulan IVM berbanding kumpulan SOC; di mana kebanyakannya adalah kes cirit birit.
Sementara itu, terdapat trend pengurangan mortaliti dalam tempoh 28 hari bagi kumpulan IVM berbanding dengan penjagaan standard, namun trend pengurangan ini tidak mencapai keputusan statistik yang signifikan (OR 0.30 [95% CI 0.08-1.11]; p=0.09).
Menurut Profesor Dr. Lai Nai Ming dan Profesor Madya Dr. Karuthan Chinna dari Taylor’s School of Medicine yang bertanggungjawab menyediakan analisis statistik secara bebas, kajian I-TECH tidak dapat mengesahkan dapatan bahawa penggunaan ivermectin di hospitaldapat mengurangkan kematian dalam tempoh 28 hari, berbanding dengan penjagaan standard sahaja.
Ini kerana jumlah kematian adalah amat kecil (13/490) dan ini seterusnya menyebabkan penilaian yang terhad ke atas hasil dapatan tersebut.
Berdasarkan hasil kajian I-TECH, ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk. KKM menyarankan agar ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan.
Keputusan I-TECH juga selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brasil yang tidak menyokong penggunaan rutin ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.
Pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian tersebut untuk diterbitkan di dalam jurnal peer-reviewed bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian-kajian ivermectin termasuklah meta-analysis.
Diharapkan dapatan kajian tempatan ini dapat memberi pencerahan kepada Pengamal Perubatan di Malaysia dan juga kepada orang ramai yang sering bertanya mengenai keberkesanan ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.
Pengamal Perubatan diingatkan untuk tidak mengesyorkan penggunaan ivermectin termasuklah berkongsi pengiklanan mahupun penjualan secara haram ivermectin dengan tujuan merawat COVID-19 sehingga bukti saintifik yang lebih kukuh tersedia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/ivermectin-tidak-disyorkan-tiada-bukti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasil Kajian Terbukti Ivermectin Tak Kurangkan Risiko Penyakit Covid 19 Kkm

Hasil Kajian Terbukti Ivermectin Tak Kurangkan Risiko Penyakit Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 264 hits
Hasil dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Untuk Pesakit Covid 19 Berisiko Tinggi oleh Institut Penyelidikan Klinikal tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan Covid 19 sedia ada Ketua Pengarah Kesihatan...
We Don T Recommend Ivermectin To Treat Covid 19 Says Health Dg

We Don T Recommend Ivermectin To Treat Covid 19 Says Health Dg

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 215 hits
The health ministry does not recommend using Ivermectin to treat Covid 19 patients following its Ivermectin treatment effectiveness test on high risk Covid 19 patients In a statement health director general Dr Noor Hisham Abdullah said the ...
Bajet Kesihatan Sepatutnya Rm40b Kerana Covid Belum Berakhir

Bajet Kesihatan Sepatutnya Rm40b Kerana Covid Belum Berakhir

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 223 hits
Peruntukan untuk sektor kesihatan awam dalam Belanjawan 2022 sekitar RM30 bilion dianggap masih rendah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar negara Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penganalisis sektor kesihatan awam memb...
Moh Study Confirms No Benefit In Using Ivermectin To Treat Covid 19

Moh Study Confirms No Benefit In Using Ivermectin To Treat Covid 19

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 228 hits
A Health Ministry study has confirmed there is no benefit in repurposing the antiparasitic drug ivermectin to treat Covid 19 in line with high quality studies published on the matter Instead study participants who received ivermectin were t...
Pfizer Klaim Obat Covid 19 Buatannya 89 Persen Mampu Pangkas Risiko Rawat Inap

Pfizer Klaim Obat Covid 19 Buatannya 89 Persen Mampu Pangkas Risiko Rawat Inap

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 228 hits
Hasil pengujian menunjukkan kemanjuran obat Pfizer itu melebihi molnupiravir buatan Merck dan Co yang diklaim dapat mengurangi separuh kemungkinan meninggal atau dirawat di RS pada pasien berisiko tinggi
Ivermectin Not A Miracle Drug For Covid 19

Ivermectin Not A Miracle Drug For Covid 19

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 332 hits
The principal investigator in the Health Ministry s Ivermectin Treatment Efficacy in Covid 19 High Risk Patients study has stressed that the anti parasitic medicine is not a miracle drug for the treatment of Covid 19 Dr Steven Lim Chee Loon...
Birthday Party Sparks New Covid 19 Cluster In Sabah

Birthday Party Sparks New Covid 19 Cluster In Sabah

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 237 hits
Sabah Covid 19 spokesman Datuk Seri Masidi Manjun said the Kampung Kimolohing cluster stemmed from a local man who held a birthday party at his house KOTA KINABALU A birthday party has sparked a new community cluster in Ranau with 49 people...
Covid 19 Malaysia Terus Perjuang Akses Vaksin Yang Adil

Covid 19 Malaysia Terus Perjuang Akses Vaksin Yang Adil

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 356 hits
Malaysia akan terus memperjuangkan akses vaksin yang adil mampu milik dan saksama Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meskipun secara purata di peringkat global kes dan kematian COVID 19 semakin menurun kita tidak seharun...
Ranau Merekodkan Kebanyakan Kes Covid 19 Di Sabah

Ranau Merekodkan Kebanyakan Kes Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 249 hits
Daerah itu turut mendaftarkan kluster komuniti baharu Kluster Kimolohing yang dicetuskan oleh sambutan hari lahir Sabah rekod 565 kes baharu COVID 19 KOTA KINABALU Sabah merekodkan 565 kes baharu COVID 19 hari ini dengan peningkatan 115 kes...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo