Itulah Sedar Tak Sedar
Menggaru kepala kejap bila tengok rating GTMetrix ni dah ke angka F. Tandanya apa itu? Tandanya website gue ini sudah berat bak memikul batu kala membukanya ya?
Urgh…males banget gue mahu kaji perihal yang itu. Janji wajah baru page utama gue ini sudah siap. Alhamdulillah…
Wajah lama dulu yang pernah mengungguli anugerah website paling berjaya sesi 2024 sudah aku tukar. Muak barangkali ha ha ha ha…Iya, cepat benar muak dengan wajah blog sendiri ya. Nyata tukar baju blog itu lebih mudah banding update entry seharian. Plus, sedar tak sedar ani jam sudah ke esok harinya.
Esok pulak aku kerja. Macam tak kerja je kau ea?
Iya…hari ni rasa macam malas betul nak bersembang. Malas nak itu ini dengan manusia. Malasssssss…
Salah aku?
Iya, aku salah. Ambilah kau nak betul tu gak..
Mana ada habis barang tu? Masih banyak lagi…
Ha iyalah masih banyak lagi…walhal terang lagi bersuluh sudah kering kontang…
Ambillah korang. Tegakkanlah benang yang dah basah lencun semedang takde rekod rasmi dalam otak korang. Otak aku? Ini otak orang genggam kerja dia bagai nak rak. Aku ikut arahan, bila benda dah setahun kendian kau sendiri tak ingat arahan kau, itu salah aku kah? Dasar nyanyuk petala langit ke dua belas!!!
Tapi aku buat apa tadi?
Aku diam teman.. diam dah hembuskan nafas menyampah pada manusia sebegini. Dunia je semua ni kawan…dunia saja.
Kesal dengan peristiwa tempoh hari aku berasa sedikit lega. Lega yang, aku tak perlu menjaga hati sesiapa. Kau ingat kau je boleh sakitkan hati orang? Eleh…banyak lagilah ruang aku boleh sakitkan hati kau. Kau tunggu je.
Ya Allah tak baiknya aku ya Allah…apaan sih sudah merasuk jiwa ini doang?
Haih…itulah nampak tak…ha inilah ciri-ciri manusia yang masih punya sakit. Sakit mazmumah. Sakit hati atas perkara kecil kerana hal-hal dunia. Omaigad…teruknya kau….
Itulah…sedar tak sedar nak kiamat ni kau masih lagi fikiran macam ni ye…sedar-sedarlah diri oii….bawa ingat Tuhan banyak-banyak. Istighfar!
Okaylah, saja bebel kotlah ada orang tengah tunggu…bilalah si sofie ni nak update entri baru. Ha…ini aku dah update ni, hidup lagila tandanya tu.
Yang kerja komen semua spammer. Kau yang bukan scammer atau spammer tu tak reti nak komen? Takpelah…kau dah baca pun kira syukurlah.
Papehal roger. Adios!

The post Itulah, sedar tak sedar… first appeared on Sofie Adie.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sofieadie.com/itulah-sedar-tak-sedar/