Bukan Anak Luar Nikah Fara Salleh Mohon Jangan Hina Anak Perempuannya


Itulah luahan hati isteri pelawak terkenal, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh, yang tampil mempertahankan maruah anak kecilnya, Elaine Nada, daripada tohmahan dan persepsi buruk segelintir masyarakat.
“Nada Sempurna. Dia Bukan Anak Luar Nikah…” Menerusi perkongsian di laman sosial, Fara meluahkan rasa bimbang andai suatu hari nanti, apabila anaknya sudah membesar dan bersekolah, dia menjadi mangsa ejekan rakan-rakan hanya kerana status perkahwinan ibu bapanya.

“Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak anda, janganlah ejek Nada. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak luar nikah. Dia ada keluarga sempurna sebelum ini, tapi sekarang lagi sempurna,” tulis Fara.
Sebagai ibu, Fara jelas menggambarkan naluri seorang wanita yang sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi anaknya. Dia sedar, walaupun bayi kecil itu tidak tahu apa-apa, masyarakat mungkin sudah membentuk pelbagai persepsi dan itulah yang mahu dia elakkan.
“Silap Mak Ayah, Tapi Dia Kena Tempias…” Fara akui, mungkin banyak kekeliruan berlaku dalam rumah tangganya, namun dia tidak mahu masyarakat menghukum anak kecilnya yang tidak berdosa.
“Cuma silap pada mak ayah dia, dia kena tempias. Tapi cool! Dia ada aku. Aku akan lindungi dia. Ajarlah anak korang bab ni. Jangan ejek-ejek anak orang,” tegasnya lagi.

Sebagai ibu moden yang berjiwa kental, Fara tidak hanya menzahirkan kasih sayang secara emosi, tetapi turut berdiri sendiri dalam menghadapi cabaran perundangan. Dua kali hadir ke mahkamah bersendirian dan itulah bukti dia sedang berjuang demi hak anak yang dicintainya.
“Dua kali naik mahkamah seorang diri. Kali terakhir 10 Jun, tapi dia (bekas suami) tak datang. Dia pergi bercuti dengan anak-anak lain di Sabah,” luah Fara kecewa.
Demi Masa Depan Anak Fara juga menjelaskan keputusannya untuk segera mendaftarkan surat beranak Elaine Nada sebelum proses mahkamah selesai. Bagi Fara, masa depan dan dokumen sah anak lebih penting daripada menunggu sesuatu yang masih samar.
“Sebab apa-apa hal, urusan surat beranak ini penting. Nak tunggu mahkamah masih lama dan panjang sangat sebab si lelaki langsung tak datang,” jelasnya.
Semoga Elaine Nada membesar menjadi anak yang kuat, disayangi dan diberi perlindungan dari segala kata-kata negatif.
Untuk info, kemelut rumah tangga Shuk dan Fara terus berpanjangan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan dalam media sosial masing-masing.
Terdahulu, Fara memaklumkan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2023.
Sumber: Instagram
The post “Bukan Anak Luar Nikah” – Fara Salleh Mohon Jangan Hina Anak Perempuannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-anak-luar-nikah-fara-salleh-mohon-jangan-hina-anak-perempuannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fara Salleh Dedah Derita Selepas Kelahiran Anak Shuk Sahar

Fara Salleh Dedah Derita Selepas Kelahiran Anak Shuk Sahar

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 140 hits
Fara Salleh Dedah Derita Selepas Kelahiran Anak Shuk Sahar Ketika badai rumah tangga masih belum reda isteri kepada pelawak Shuk Sahar Fara Salleh mengejutkan ramai apabila mengumumkan kelahiran anak sulung mereka seorang bayi perempuan ber...
Hampir 3 Minggu Lahir Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Belum Jengkuk Anak Dari Awal Pun Dia Macam Tak Suka Saya Hamil

Hampir 3 Minggu Lahir Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Belum Jengkuk Anak Dari Awal Pun Dia Macam Tak Suka Saya Hamil

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 132 hits
Isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan bahawa pelawak berkenaan masih belum datang menjenguk anak mereka yang dilahirkan pada 26 Jun lalu Kata wanita berusia 33 tahun itu lagi Shuk juga seakan akan tidak berusaha untuk menghubungi ...
Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 199 hits
Pasangan yang cukup luar biasa Pasangan suami isteri Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh yang dikurniakan 13 cahaya mata memberi inspirasi kepada ramai bila mana lapan daripada anaknya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Quran Manakala...
Tolong Jangan Hina Rumah Saya Wanita Sedih Suami Minta Maaf Rumah Dikutuk Berkulat Tak Estetik

Tolong Jangan Hina Rumah Saya Wanita Sedih Suami Minta Maaf Rumah Dikutuk Berkulat Tak Estetik

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 132 hits
Buat seorang isteri asalkan suaminya bertanggungjawab dan sentiasa mencuba untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga itu sudah menjadi satu anugerah buat dirinya Tanpa harta yang banyak pun sebenarnya seorang isteri boleh bahagia janji a...
Kau Nampak Apa Kau Buat Ni Fara Salleh Meletup Surat Beranak Elaine Tiada Maklumat Bapa

Kau Nampak Apa Kau Buat Ni Fara Salleh Meletup Surat Beranak Elaine Tiada Maklumat Bapa

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 117 hits
Kisah rumah tangga pelawak sensai Shuk Sahar 39 dan isterinya Fara Salleh dilihat semakin meruncing apabila Fara memuat naik beberapa hantaran yang mencuri perhatian di Instagram Story miliknya Dalam salah satu perkongsian Fara turut memuat...
Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami Bapa

Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami Bapa

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 152 hits
Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami Bapa Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya mengumumkan bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 26 Jun lalu Menamakan bayi perempuannya itu...
2 Anak Serah Ibu Ke Rumah Kebajikan Arah Jangan Maklum Jika Meninggal

2 Anak Serah Ibu Ke Rumah Kebajikan Arah Jangan Maklum Jika Meninggal

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 125 hits
Kisah seorang ibu warga emas yang ditinggalkan di pusat jagaan tanpa sebarang hubungan lagi dengan dua anak perempuannya mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat Lebih mengejutkan mereka mengarahkan agar pihak pusat tidak mem...
Kak Km Terpaksa Berjauhan Dengan Anak Tak Lupa Pesan Jangan Tinggal Solat

Kak Km Terpaksa Berjauhan Dengan Anak Tak Lupa Pesan Jangan Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 159 hits
Pempengaruh dan usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tidak dapat menahan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan anak sulungnya Nabila yang bakal memulakan kerjaya bersama Singapore Airlines Menerusi siaran langsung ...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Merungkai Segenap Dimensi Paku Langsuyar Botani Sosial Dan Nilai Ekonomi

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ambil Report Card

Domain Extension Startup Guide

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Influencer Cantik Mati Dikelar

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One