Pm Perlu Letak Jawatan Alasan Isytihar Darurat Dangkal



JOHOR BAHRU - Sekiranya Perdana Menteri sudah kehilangan sokongan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera meletak jawatan dan bukan mengisytiharkan darurat untuk terus berkuasa.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin yang bercadang melaksanakan darurat dengan alasan menangani penularan koronavirus (Covid-19).

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, cadangan kerajaan PN kononnya untuk melaksanakan darurat bagi menangani penularan Covid-19 merupakan alasan dangkal yang tidak dapat meyakinkan rakyat.

"Alasan sebenarnya darurat dilaksanakan ialah supaya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dapat mengelak membentangkan Belanjawan Negara pada 6 November 2020 dan menghadapi ahli-ahli Dewan Rakyat pada 17hb November ini sama ada akan melulus atau menolak Belanjawan 2021 tersebut.

"Sekiranya belanjawan itu ditolak Dewan Rakyat, maka Muhyiddin dan kerajaannya hilang majoriti kepercayaan ahli Parlimen. Natijahnya Muhyiddin secara konvensyen demokrasi berparlimen perlu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan hari ini yang dikaitkan dengan perbincangan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat.

Hassan berkata, Muhyiddin tidak wajar secara melulu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat di Malaysia sebaliknya dalam keadaan genting itu perlu dirujuk Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jika dirujuk Perkara 150 (1) dan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam, maka suatu Proklamasi Darurat boleh dikeluarkan.

"Darurat besar itu ada tiga iaitu melibatkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam. Penularan Covid-19 tidak termasuk dalam kategori tersebut. Begitu juga, pergolakan politik kepartian bukannya sejenis darurat keselamatan.

"Darurat keselamatan atau ketenteraman awam adalah seperti Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Begitu juga undi tidak percaya yang menunggu Muhyiddin di Dewan Rakyat yang akan bersidang bermula 2 November ini bukan sejenis darurat keselamatan atau ketenteraman awam.

"Risiko Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November depan jika tidak diluluskan oleh ahli Parlimen bukanlah satu ancaman kehidupan ekonomi yang memerlukan satu proklamasi darurat diisytiharkan," jelasnya.

Beliau bimbang dengan cubaan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen digantung dan darurat diisytiharkan di Malaysia.

Hassan berharap Muhyiddin mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menghormati demokrasi dan institusi Parlimen supaya tidak tersilap langkah membawa negara ke ambang diktator dengan mematikan suara ahli Parlimen yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/pm-perlu-letak-jawatan-alasan-isytihar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Tolak Darurat Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Kata Penganalisis

Agong Tolak Darurat Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 491 hits
October 26 2020 7 11 AMPenganalisis berkata Agong dan Raja raja Melayu menaruh kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan usaha memerangi wabak Covid 19 dan memulihkan ekonomi PETALING JAYA Pengan...
Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 310 hits
1 037 total views 1 037 views today Seorang peguam hari ini memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri M...
Tolak Isytihar Darurat Manifestasi Agong Dukung Sistem Demokrasi

Tolak Isytihar Darurat Manifestasi Agong Dukung Sistem Demokrasi

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 406 hits
Keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Raja Melayu menolak pengisytiharan darurat disifatkan sebagai manifestasi dukungan baginda terhadap keutuhan sistem demokrasi di negara ini Pres...
Tak Perlu Isytihar Darurat Kata Agong

Tak Perlu Isytihar Darurat Kata Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 268 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana mana bahagian di dalam negara Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad ...
Isytihar Proklamasi Darurat Kuasa Khas Agong

Isytihar Proklamasi Darurat Kuasa Khas Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 324 hits
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN Al Sultan AbdullahSHAH ALAM Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa khas kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati bahawa suatu darurat besar seda...
Syed Iskandar Syed Jaafar Fail Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

Syed Iskandar Syed Jaafar Fail Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 352 hits
Seorang peguam memfailkan tindakan undang undang berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat Plaintif Syed Iskandar ...
Alasan Sebenar Darurat Pm Mahu Kekal Kuasa Kata Tommy Thomas

Alasan Sebenar Darurat Pm Mahu Kekal Kuasa Kata Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 372 hits
TIDAK wujud keadaan cemas di Malaysia ketika ini bagi kerajaan untuk mengisytiharkan darurat kata Tommy Thomas hari ini Beliau berkata bahawa kerajaan tidak sepatutnya mendakwa bahawa pandemik Covid 19 telah memberikan ancaman sehingga wuju...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy