Tiada Keperluan Potong Gaji Elaun Menteri Khalid Samad



PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad menyifatkan tiada keperluan untuk memotong gaji dan elaun yang dinikmati menteri

Menurutnya, gaji yang diperoleh menteri pada masa ini sudah memadai walaupun jauh lebih rendah berbanding menteri pada pemerintahan Barisan Nasional (BN)

"Saya rasa dah okey (elaun, gaji menteri). Sejak hari pertama dilantik menteri, elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya

"Kalau dulu, elaun dan gaji ahli Parlimen turut dinikmati oleh menteri," katanya

Beliau berkata, kesemua kemudahan yang disediakan untuk ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri telah dinafikan

"Elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya termasuklah elaun kehadiran Parlimen sekitar RM300 hingga RM400 sehari

"Saya juga sudah tidak boleh lagi buat tuntutan bagi cukai jalan kenderaan," katanya

Di samping itu, Khalid berkata, gaji beliau turut dipotong sehingga 30 peratus untuk dimasukkan ke dalam akaun Parti Amanah Negara (Amanah)


"Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Amanah akan menyumbangkan sebahagian gaji mereka untuk parti," katanya

Dalam pada itu, beliau juga akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar setiap Kertas Kabinet yang diedarkan dan dikemukakan pada hari berkenaan tidak boleh diluluskan segera

"Kita tidak sempat pun untuk teliti. Sebagai contoh penyelarasan ini, ia dijelaskan hanya pada muka surat akhir walaupun ada nota rujukan," katanya pada sidang akhbar kejayaan utama kementerian dan agensinya di sini hari ini

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam reaksinya bersetuju sekiranya elaun menteri Kabinet dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan kewangan negara

Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar turut menyatakan komitmen sama

Ia susulan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan lebih baik elaun ahli politik dipotong berbanding elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

Terdahulu Khalid menyenaraikan beberapa kejayaan dicapai kementerian itu antaranya memaksimumkan penglibatan ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan dan dasar menerusi pembentukan Majlis Menteri

Ahli Parlimen turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai wakil suara rakyat

Selain itu, kajian masalah kesesakan lalulintas dan kaedah penyelesaian sedang dilaksanakan serentak dengan Kajian Deraf Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2040

Kementerian juga turut mengadakan transformasi Halal Hub Labuan dengan pelabur baharu iaitu Syarikat Nam Cheong Dockyard Sdn Bhd bagi industri pembinaan dan penyelenggaraan kapal sebanyak RM60 juta selain menawarkan 1,500 peluang pekerjaan baharu pada tahun hadapan

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/12/tiada-keperluan-potong-gaji-elaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Sudah Okay Rasanya Elaun Dan Gaji Menteri

Khalid Samad Sudah Okay Rasanya Elaun Dan Gaji Menteri

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 327 hits
Diterbitkan Hari ini 6 21 petangBERITAMenteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berpandangan bahawa kadar elaun dan gaji bulanan yang diterima oleh para menteri dan timbalannya adalah memadai Selain itu dedah pemimpin Amanah itu gaji yang di...
Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

Potong Elaun Ahli Politik Menteri Bukan Doktor Pharmachist Nurse Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru Jpa

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 660 hits
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020 Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan p...
Potong Elaun Menteri Ahli Politik Harus Direalisasikan Bukti Ph Lebih Baik

Potong Elaun Menteri Ahli Politik Harus Direalisasikan Bukti Ph Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 330 hits
Amran menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada salah seorang pelajar di Padang Besar Saranan supaya elaun menteri dan ahli politik dipotong adalah suatu tindakan yang harus diberi sokongan kerana ia mampu merealisasikan usaha ...
Tiba Masa Potong Elaun Menteri Pegawai Tertinggi Kata Penganalisis

Tiba Masa Potong Elaun Menteri Pegawai Tertinggi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 371 hits
Sudah tiba masanya kerajaan menilai semula kewajaran elaun yang diberi kepada menteri dan pegawai tertinggi sektor awam dalam keadaan ekonomi negara hari ini Penganalisis dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi berkata mana mana elaun...
Gaji Kami Sudah Memadai Setakat Ini Dan Tidak Perlu Dipotong Kata Khalid Samad

Gaji Kami Sudah Memadai Setakat Ini Dan Tidak Perlu Dipotong Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 345 hits
Sumber gambar dari The StarHangat di media massa apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mahu memansuhkan elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal untuk lantikan baru pemansuhan ini mendapat respon dari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq lal...
Gaji Imbuhan Menteri Argentina Dibeku Selama Enam Bulan Tangani Krisis Ekonomi

Gaji Imbuhan Menteri Argentina Dibeku Selama Enam Bulan Tangani Krisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 258 hits
Lima Ahli Parlimen Argentina memutuskan untuk membekukan gaji dan imbuhan yang diterima selama enam bulan di tengah tengah krisis ekonomi yang melanda negara itu lapor agensi berita Sputnik Keadaan darurat memerlukan penyelesaian daripada s...
Elaun Menteri Era Bn Diputar Ke Era Ph

Elaun Menteri Era Bn Diputar Ke Era Ph

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 508 hits
FB Liyana Marzuki Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri Byk jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong Saban bulan saya turut menguruskan claim Menteri Banyak juga ben...
Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

Syed Saddiq Tak Setuju Elaun Penjawat Awam Dipotong Menteri Ahli Politik Patut Dipotong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 822 hits
Nampaknya Menteri Belia Dan Sukan kita Syed Saddiq telah bersuara gais Baru baru ini ada yang mengatakan bahawa bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang merupakan bayaran elaun kepada Doktor Pharmachist dan Nurse bakal dimansuhkan pada J...
Elaun Kritikal Jpa Menteri Ph Tolong Berhenti Berdrama Annuar

Elaun Kritikal Jpa Menteri Ph Tolong Berhenti Berdrama Annuar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 567 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas kerjaan Pakatan Harapan berikutan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam baru baru ini untuk memansuhkan beberapa jenis elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ...
Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagi Warga Emas Kena Tipu Duit Hilang Hampir Rm700 000

Lactalis Memperkenalkan Pride Family Milk Powder Di Malaysia

Cara Cepat Untuk Move On Dari Mantan Kekasih

Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan