Isu Undi18 Surat Tuntutan Kepada Buletin Ttkm



Saya telah mengarahkan peguam saya untuk menghantar surat tuntutan kepada Buletin TTKM atas laporan bertajuk “Undi18 tak perlu pinda perlembagaan negeri: Najib dan Saddiq sanggah ‘propaganda’ Dr Kamarul” yang disiarkan olehnya semalam, 28 Mac 2021.

Laporan ini adalah berbunyi:
(1) “Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak menyanggah info yang tular di media sosial yang mendakwa perlembagaan negeri perlu dipinda untuk menurunkan umur pengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. “Adalah tidak benar bahawa perlembagaan negeri perlu dipinda untuk turunkan umur PENGUNDI dari 21 tahun ke 18 tahun. Apa yang dipindakan di peringkat negeri adalah umur minima KEAHLIAN Dewan Undangan negeri supaya umur minima CALON boleh diturunkan ke 18 tahun. Had umur pengundi sama ada untuk Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri adalah bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 119 “Kelayakan pemilih” Perlembagaan Persekutuan. DUN tiada kuasa sama sekali.” – Najib Razak.”
(2) Pendapat itu turut disokong oleh Syed Saddiq yang menyifatkan info itu sebagai propaganda yang tidak betul dan menimbulkan salah faham orang ramai. “Usahlah menyebarkan propaganda yang tidak betul dan menimbulkan salah faham orang ramai. Penurunan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun TIDAK PERLUKAN kelulusan DUN Negeri.” – Syed Saddiq
Tiada di mana-mana tempat di dalam tulisan saya bertajuk “Isu Undi18: Pakatan Harapan Umpama “Kokok Berderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi”" yang disiarkan pada 26 Mac 2021 yang mengandungi kenyataan bahawa “perlembagaan negeri perlu dipinda untuk menurunkan umur pengundi dari 21 tahun ke 18 tahun” seperti didakwa oleh Dato Seri Najib atau bahawa “Penurunan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun PERLUKAN kelulusan DUN Negeri” seperti didakwa oleh Syed Saddiq

Apa yang ada di dalam tulisan saya itu hanyalah kenyataan yang meminta supaya, sebelum mengkritik, Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan menyemak dulu kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Azhar Azizan Harun, pada 3 September 2019 bahawa Pelaksanaan Undi18 berkait dengan banyak isu teknikal, antara lainnya ialah:
iv) Pindaan kepada Perlembagaan Negeri ataupun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk membolehkan warganegara yang berumur 18 tahun menjadi calon Dewan Undangan Negeri
Tulis saya seterusnya:
“Merujuk kepada Perkara iv), semakan kepada data rasmi menunjukkan bahawa sehingga hari ini:
i) Hanya Negeri-Negeri Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak sahaja yang bersetuju menerima Undi18;
ii) Negeri-Negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor menolak Undi18;
iii) Negeri-Negeri Kedah dan Pulau Pinang belum memutuskan menerima atau menolak Undi18
Bukankah Negeri-Negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang menolak Undi18 adalah berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan

Dan bukankah Negeri Pulau Pinang yang belum memutuskan menerima atau menolak Undi18 juga adalah berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan?”
Kesemua fakta ini adalah tepat kerana, seperti dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019, Rang Undang-Undang Undi18 ini adalah satu pakej yang melibatkan tiga perkara, iaitu:
i) Umur layak mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun; ii) Umur layak menjadi calon diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun; dan iii) Pendaftaran warganegara yang layak sebagai pemilih secara automatik

Ketiga-tiga perkara ini adalah terkandung di dalam:
i) Fasal 2 Rang Undang-Undang ini yang bertujuan untuk meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun

ii) Fasal 3 Rang Undang-Undang ini yang bertujuan untuk meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Subfasal 3(a) bertujuan untuk meminda perenggan (a) Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun. Subfasal 3(b) bertujuan untuk meminda takrif “tarikh kelayakan” dalam perenggan (b) Fasal (4) Perkara 119 untuk memberikannya maksud sebagai tarikh seseorang didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pemilih dalam sesuatu bahagian pilihan raya. Dengan pindaan ini, apabila seseorang warganegara mencapai umur lapan belas tahun dan layak untuk mengundi, dia akan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, dan
iii) Fasal 4 Rang Undang-Undang ini yang bertujuan untuk meminda seksyen 5 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Undangan daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun serupa seperti pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 47 dalam fasal 2

FAQ (Soalan-Soalan Lazim) RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang diedarkan oleh pihak kerajaan, ketika menjawab soalan “Apakah yang dimaksudkan dengan Undi18 dan skopnya?”, dan kenyataan media Pengerusi SPR, Tan Sri Azhar Azizan Harun, pada 3 September 2019 juga jelas menyatakan bahawa:
“Undi18 melibatkan 3 perkara, iaitu:
i) Umur layak mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun; ii) Umur layak menjadi calon diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun; dan iii) Pendaftaran warganegara yang layak sebagai pemilih secara automatik.”
Dalam konteks skop Undi18 inilah maka kedua-dua soalan saya ini, yang tidak pernah dinafikan, ditanya:
i) “Bukankah Negeri-Negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang menolak Undi18 adalah berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan?”
ii) “Dan bukankah Negeri Pulau Pinang yang belum memutuskan menerima atau menolak Undi18 juga adalah berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan?”
Isu sebenar yang saya timbulkan di dalam tulisan saya ini juga ialah mengenai sikap tidak konsisten pemimpin Pakatan Harapan yang menerima satu aspek skop Undi18 tetapi menolak atau belum memutuskan menerima atau menolak aspek lain

Tindakan pihak-pihak yang menghentam saya kerana kononnya menyebarkan propaganda palsu untuk memperbodohkan orang ramai adalah satu fitnah jahat ke atas diri saya.
Kamarul Yusoff



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/isu-undi18-surat-tuntutan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Rentas Negeri Risteena Jelas Punyai Surat Pergi Atas Urusan Kerja

Isu Rentas Negeri Risteena Jelas Punyai Surat Pergi Atas Urusan Kerja

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 422 hits
Haih artikel yang keluar pun mengundang salah faham betul Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah mendapatkan surat merentas untuk tujuan kerja Saya yakin pihak polis lebih arif jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya hanya...
Menteri Menteri Pn Bergaduh Isu Undi18

Menteri Menteri Pn Bergaduh Isu Undi18

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 350 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri kerajaan Perikatan Nasional disifatkan bergaduh sesama sendiri mengenai Undi18 apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini Siapa janji laksana Undi18 2021 t...
Najib Jawab Azmin Menteri Perikatan Nasional Yang Janji Nak Quot Laksanakan Quot Undi18 Tahun Ini

Najib Jawab Azmin Menteri Perikatan Nasional Yang Janji Nak Quot Laksanakan Quot Undi18 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 356 hits
nbsp KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak berkata menteri Perikatan Nasional pernah berjanji untuk melaksanakan dasar Undi18 tahun ini Menteri PN pun tanya siapa yang janji Jawapan bagi menteri PN ialah menteri PN Menteri...
Menteri Kanan Ekonomi Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada Pru15

Menteri Kanan Ekonomi Azmin Ali Persoalkan Siapa Yang Janji Laksana Undi18 Pada Pru15

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 245 hits
nbsp SHAH ALAM Seorang menteri persekutuan hari ini mempertahankan penangguhan pelaksanaan dasar Undi18 sambil menyatakan bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada 2023 Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023 Siapa janji untuk laks...
Presiden Mic Tangguh Undi18 Munasabah

Presiden Mic Tangguh Undi18 Munasabah

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 279 hits
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pelaksanaan undi pada usia 18 tahun dan pendaftaran automatik adalah munasabah kata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran Sebenarnya banyak perkara yang kita harus fikirkan janganlah kita mahu m...
Pkr Mahu Spr Laksana Segera Undi18

Pkr Mahu Spr Laksana Segera Undi18

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 228 hits
PKR mahu SPR laksana segera Undi18 Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Mar 2021 6 57PM
Voting Needs Maturity Hadi Supports Undi18 Delay

Voting Needs Maturity Hadi Supports Undi18 Delay

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 372 hits
Voting needs maturity said PAS president Abdul Hadi Awang while supporting a delay in lowering the voting age to 18 He said voters who are not mature will pick an immature government Voting depends on maturity don t just rely on being 18 th...
Perhimpunan Undi18 Polis Buka Kertas Siasatan

Perhimpunan Undi18 Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 289 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN PETALING JAYA Satu siasatan dijalankan ke atas perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihanraya berkaitan undi 18 tahun yang diadakan di Jalan Parlimen di sini hari ini Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zai...
Voting Is Our Right Student Groups Angry Disappointed With Undi18 Delay

Voting Is Our Right Student Groups Angry Disappointed With Undi18 Delay

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 304 hits
Student groups have expressed disappointment over the Election Commission s announcement that it will postpone the implementation of Undi18 including automatic voter registration to Sept 1 next year in lowering the voting age limit to 18 ye...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach