Isu Ummat Suasana Ummat Di Sekitar Masjid Di Hari Jumaat


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Saban minggu, ummat Islam yang digelar sebagai kaum Muslimin akan menunaikan solat Jumaat. Sama seperti minggu2 lain, hari ini juga aku pergi menunaikan solat Jumaat. Namun, suasana hari ini agak berbeza dari suasana solat Jumaat aku selama ini sehingga memaksa aku untuk terus menulis artikel ini. Aku sedang otw dari kampus untuk pulang ke rumah sempena cuti semester. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini, aku mulakan pada jam lebih kurang 11.30 cam tu dengan perancangan lebih kurang 12 lebih cam tu nak singgah mana-mana masjid yang berdekatan dalam perjalanan pulang tu sebelum masuknya waktu Zohor. Innalillah, kita rancang, Allah pun merancang. Dan ini pertama kali aku balik rumah sebelum solat Jumaat. Tibe2 aku sangkut kat jam. Aku dah cuak, sebab ye lah, seminggu hanya sekali sahaja solat Jumaat ini, bayangkan kalau terlepas hatta ada sebab yang valid sekalipun. Tapi alhamdulillah lepas abis je jam, terus aku cepat2 singgah kat one of the Masjid yang berdekatan dengan perjalanan aku tu... Cumanya aku sampai2 Imam dah hujung2 khutbah pertama.
Dan sinilah bermulanya objektif aku menulis artikel ini. Suasana yang sangat sayu, and membuatkan aku rasa sebak and nak nangis sepanjang otw nak masuk Masjid. Khatib yang menyampaikan khutbah pada ketika itu kedengaran sangat semangat dalam menyampaikan kandungan teks khutbah yang ‘dibacanya’. Tapi, apakan daya, situasi di luar Masjid terlalu menyedihkan. Bukanlah aku menulis artikel ini sebab nak mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar satu renungan buat kita yang gemar menggelarkan diri kita sebagai da’i, adakah kita aware tentang suasana ummat ini. And sebagai seorang da’i, sejauh mana dan semaksima manakah pengorbanan kita untuk make sure Islam itu kembali tertegak dalam diri setiap Muslim pada hari ini atau sekurang2nya pun di medan dakwah dan tarbiah kita masing2. Dan aku yakin suasana ini bukan hanya berlaku di Masjid ini sahaja, hampir di semua masjid2.
Situasi 1 : Terlalu banyak adik2 sekolah rendah dan sekolah menengah sedang bermain, bergurau di luar masjid seolah telah dipekakkan telinga mereka dari speaker yang kuat yang kedengaran suara khatib. Anak2 ini se-olah2 tidak ada respect langsung terhadap kandungan yang sedang disampaikan. Cuma tertanya, di manakah parent anak2 ini? Mengapa mereka membiarkan sahaja anak2 mereka ini. Tidak terkejutlah kalau kita lihat sekarang, terlalu banyak anak2 muda yang terjebak dengan masalah2 sosial di luar sana. Di manakah peranan anda sebagai ibu bapa? Jika sekecil-kecil ketika solat Jumaat ini pun anda tidak dapat mengawal anak anda dan make sure anak anda mengamati kandungan2 nasihat dari khutbah BERSAMA-SAMA ANDA, bagaimana anda nak make sure anak anda mampu mendengar nasihat malah menghormati anda sebagai ayahnya?
Situasi 2 : Anak2 remaja yang mungkin dalam akhir belasan atau awal 20an seperti aku. Sedang merokok, hisap vape dan sebagainya ketika khatib sedang berkhutbah dan betul2 di sekitar Masjid. Ya Allah, aku rasa malu dan sedih sangat, kerana melihat mereka inilah yang dikatakan akan membentuk sebuah masyarakat di masa akan datang. Mereka inilah yang akan memegang tonggak kepimpinan di masa akan datang. Namun, adakah dengan adab yang seperti ini? Dah penat pak mufti mengeluarkan hukum merokok itu haram, namun tanpa segan silu mereka berani melakukannya di sekitar Masjid apatah lagi ketika khatib sedang berkhutbah. Sedangkan ada sebuah hadis yang sangat familiar dalam telinga kita semua dari sahabat Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: Diam dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu lagha (melakukan perkara yang sia-sia).” (Riwayat al-Bukhari)
Bayangkanlah, jika hanya mengatakan diam sahaja telah dianggap sebagai satu perkara yang “lagha”, apatah lagi jika ketika itulah kita sibuk bergurau, lepak, makan, main fon, hisap rokok dan macam2 lagi tabiat yang memang kita sendiri pun pening tak tahu nak cakap cam ne dah. Apakah hati kita sudah menjadi terlalu keras ? Benar, pasti ada yang akan mengatakan “ala, aku datang ni pun kira dah bersyukur lah, ramai kat luar sana solat Jumaat tu apa pun xtahu, and ponteng solat Jumaat sesuka hati mak bapak diorg, bersyukur lah aku still datang ni hah”. Satu sahaja ingin aku kongsikan disini, “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.” [Al-Baqarah: 208]. Janganlah kita mengambil separuh dan membuang separuh. Jika benar kita ingin mengikutinya, ikut dan respectlah. Kita mampu mengubahnya.
Situasi 3 : Urusan jual beli yang tetap berterusan walaupun sedang khutbah. Aku pelik and confuse dengan mak cik2 yang menjual kat sekitar masjid tersebut, macam tidak bersalah dan rasa berdosa kerana pembelinya pula adalah ramai jemaah lelaki. Allahu. Sebelum ini aku pernah mendengar perkongsian dari Ustazah Asma’ dalam salah satu ceramahnya yang kecewa dalam suasana di sebuah kedai makan ketika khutbah namun terdapat beberapa kumpulan jemaah lelaki sedang berkumpul lepak dan makan, tuan kedainya pula selamba jer serve tanpa rasa segan dan serba salah, saya doakan semoga Allah mengampuni peniaga2 ini sebab secara tidak langsung kita telah pun bersubahat dalam menggalakkan jemaah lelaki tadi untuk tidak mendengar khutbah apatah lagi makan tanpa rasa bersalah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak supaya kamu berjaya.” (Surah al-Jum’ah, ayat 9)
Sekali lagi, niat aku menulis artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa pun dan aku juga mohon maaf yang aku hanya mampu menegur melalui artikel seperti ini. Ia juga bertujuan sekadar satu renungan buat diri ini sendiri dan jemaah2 yang telah pun berada di dalam Masjid lebih awal saban minggu hari Jumaat Alhamdulillah sampai Masjid awal, duduk dalam Masjid, dengar khutbah, namun kita tidak langsung mengambil tahu tentang suasana di luar masjid yang sedang nazak dengan kejahilan. Mungkin kita sudah terlalu selesa dengan Islam kita yang sekarang sehingga kita sanggup mengabaikan saudara se-Islam kita. Kita rasa kita dah okay, so biarlah orang lain. Sejauh mana kita telah berdakwah dan mengajak kawan2 kita, keluarga kita kepada Islam. Atau hanya kita sahaja yang menikmati Islam ini sorang2, betapa egonya diri kita, Na’uzubillah. Astaghfirullah al azim. Ya Allah ampuni kami Ya Allah.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mohdnoorshawal.com/2020/01/isu-ummat-suasana-ummat-di-sekitar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Mata Wang Gbp Usd Unjuran Ipod Hod Lod Untuk Hari Jumaat 10 Januari 2020

Pasangan Mata Wang Gbp Usd Unjuran Ipod Hod Lod Untuk Hari Jumaat 10 Januari 2020

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 421 hits
Kalendar ekonomi mengingatkan kita bahawa malam ini AS akan mengeluarkan dua laporan penting di pasaran buruh kadar upah bukan peladangan kadar pengangguran Atas dasar data ini kami memproyeksikan tinggi rendah hari untuk Kabel berasaskan A...
Jelang Maghrib Nanti Hari Jumaat Sudah 9489

Jelang Maghrib Nanti Hari Jumaat Sudah 9489

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 316 hits
Khamis 13 JamadilAwal 1441 Jumaat 14 JamadilAwal 1441 Ertinya Yang demikian adalah menurut Sunnatullah Ertinya Manusia bertanya kepadamu tentang kedatangan hari kiamat katakanlah Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi All...
Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

Hukum Solat Jumaat Di Masjid Kariah Lain

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 508 hits
SOALAN Saya tinggal dan bermastautin di Subang Jaya tetapi bekerja di Putrajaya Adakah dibolehkan untuk saya solat Jumaat di masjid kariah lain JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai orang orang yang beriman Apabila diserukan az...
Sekitar 200 000 Permohonan Etunai Telah Diterima Sehingga Tengah Hari Semalam Kredit Rm30 Untuk Dompet Digital

Sekitar 200 000 Permohonan Etunai Telah Diterima Sehingga Tengah Hari Semalam Kredit Rm30 Untuk Dompet Digital

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 282 hits
https ift tt eA8V8J Kerajaan telah pun memulakan program eTunai dalam mengalakkan transaksi secara nirtunai dikalangan pengguna tempatan Untuk tujuan berkenaan tiga dompet digital telah dipilih iaitu Boost GrabPay adn juga Touch n Go sekali...
Sudah Uzur Tapi Gigih Bertongkat Setiap Hari Ke Masjid Bekas Imam Besar Ini Buat Ramai Kagum

Sudah Uzur Tapi Gigih Bertongkat Setiap Hari Ke Masjid Bekas Imam Besar Ini Buat Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 292 hits
Selagi ada hayat di kandung badan selagi itulah kita sebagai hamba Allah perlu mencari amalan untuk menuju alam akhirat yang kekal buat selamanya Dalam perkongsian di Facebook baru baru ini membuatkan ramai terinspirasi melihat foto seorang...
Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020

Pengalaman Hari Pertama Bersekolah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 486 hits
Hai korang Okeh harini Juju nak sajalah nak share dengan korang pengalaman hari pertama dak Yash bersekolah dalam tahun 2020 ni Kalau korang nak tau Yash berumur 6 tahun pada tahun ini Maknanya dia masih bersekolah di Pra sekolah Masih jump...
Kurangkan Hari Waktu Bekerja Rakyat Untuk Lebih Masa Bersama Keluarga

Kurangkan Hari Waktu Bekerja Rakyat Untuk Lebih Masa Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 342 hits
Perghh Bila Malaysia nak buat macam negara Finland ni Ohmedia maksudkan dengan satu usul yang telah dibentangkan Perdana Menteri Finland yang baru dan merupakan seorang Perdana Menteri wanita iaitu Sanna Marin Beliau telah mencadangkan untu...
Selamat Hari Guru Guru Oh Guru

Selamat Hari Guru Guru Oh Guru

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 429 hits
AssalamualaikumSelamat SejahteraHye hye hyeeeee kengkawan lama tak ngapdate belog ku ini Almaklum selama sebulan ni daku amat sibuk dengan tugas seharian Sewaktu musim pilihanraya daku juga sibuk melawat kawasan ahakssss Daku jadi buntu tak...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut