Selamat Hari Guru Guru Oh Guru
AssalamualaikumSelamat Sejahtera
Hye hye hyeeeee kengkawan.. lama tak ngapdate belog ku ini. Almaklum selama sebulan ni daku amat sibuk dengan tugas seharian. Sewaktu musim pilihanraya, daku juga sibuk melawat kawasan..ahakssss :)
Daku jadi buntu tak tahu mana mahu mula sebab sebulan tak update rasa macam lama benorrr daahhh. Hokey, daku akan mula refresh kan kepala minda weols dengan tajuk Hari Guru. Owyea~ 16 Mei (bukan 13 mei ok) adalah Sambutan Hari Guru di Malaysia. Untunglah siapa yang jadi guru sebab setiap tahun akan ada sambutan hari guru bagi mengingati jasa guru-guru.
Selain guru, jururawat a.k.a nurse pon ada Nurses Day. Begitu juga dengan tentera dan polisi. Jadi daku rasa, nurses, teachers, tentera dan polis memang untung sebab diberi penghargaan dengan adanya hari untuk menyambut kerjaya mereka. hehhhhh. Sila jangan jelous kalau uols tak tergolong dalam empat jenis pekerjaan ini yaa..eheheh =) Alorlorlorrr..jangan sedih sebab uols ada peluang juga meraikan kerjaya uols yakni pada 1 Mei = Hari Pekerja. kikikiiihh
Tema sambutan Hari Guru bagi tahun 2013 ini adalah
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
Berikut adalah huraian tema Hari Guru 2013 :
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
___________________________________________________________________________________
Guru oh Guru, pekerjaan yang sungguh mulia kerana guru tak kenal erti penat dalam mendidik. Walau terpaksa menahan luka di dada dek sikap, perangai, dan akhlak murid-murid serta ibu bapa zaman millenium ini, namun kerana sedar akan tugas seorang guru itu mendidik manusia menjadi insan, guru terpaksa juga menelan segala pahit dan abaikan hati yang terhiris dengan meneruskan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Guru zaman millenium ini bukan sahaja tugasnya mengajar. Guru = pegawai sukan, pegawai kesihatan, tukang cat, tukang kebun, tukang baiki elektrik, tukang baiki perabot budak, pereka grafik, pegawai pertandingan, kerani, juru catit minit mesyuarat mesyuarat mesyuarat, pegawai antidadah, pegawai polis sekolah, pengutip yuran, driver teksi (hantar pelajar), hari terbuka, minggu suai kenal, juru data komputer (semua data masuk internet sekarang), guru kelab dan persatuan dan sukan, bla bla bla bla...
Hanya guru mengenal dan memahami guru. Jadi janganlah pandang enteng kepada Guru kerana berjayanya saya dan awak dan mereka sekarang ini juga adalah hasil daripada air tangan guru-guru kita.... :)
Jom hayati~
GURU O GURUUsman Awang 1979
Berburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat “cikgu” kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
Nah di sini saya muatkan lagu untuk guru. Lagu TERIMA KASIH GURU from indonesia VS lagu TERIMA KASIH CIKGU from Malaysia (najwa latiff ft upin ipin) heeeee.. enjoy y'all...
HAPPY TEACHERS DAY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sweethafrizah.blogspot.com/2013/05/selamat-hari-guru-guru-oh-guru.html