Isu Tanah Ktm Di Tanjong Pagar


Saya lihat ramai masih tidak tahu kebenaran tentang isu tanah KTM di Tanjong Pagar, Singapura dan menuduh saya telah jual tanah tersebut.

Biar saya jelaskan sekali lagi.

Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong Pagar dan menukar tanah 271 hektar KTM di Singapura bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.

Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjong Pagar kepada stesen baru di Kranji.

Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands bersama dengan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura.

Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.

Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura dalam pelbagai isu pada masa itu.

Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi hasil satu sen kepada kita.

Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu.

Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja.

Ia TIDAK boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek lain.

Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembangunan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas.

Jika Singapura tidak bersetuju menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja.

Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa.

Malah kita perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura.

Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana mereka akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor  sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.

Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.

Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah yang paling berharga manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.

Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah.

Pada masa itu, Singapura juga mahu Malaysia membayar S$1.47 bilion (RM4.5 bilion) sebagai caj pembangunan kerana tanah-tanah yang mereka bayar sebagai pampasan adalah sangat berharga.

Saya tidak setuju dan mengarah perkara ini dilawan di mahkamah dunia di The Hague, Belanda.

Pada tahun 2014, kita menang dan Singapura kehilangan RM4.5 bilion kepada kita.

Baca link ini:
https://mothership.sg/2014/11/spore-watched-1-47-billion-in-revenue-evaporate-before-her-very-eyes/

Ramai rakyat Singapura sangat marah pada masa itu kerana kalah kepada Malaysia tetapi itu hak mereka nak marah asalkan negara kita berjaya untuk dapat manfaat bernilai RM4.5 bilion.

Selepas itu, tanah-tanah yang kita dapat telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional.

Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor diberi nama DUO Residences bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).

Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun 2018 dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara.
https://www.todayonline.com/singapore/pm-lee-najib-open-marina-one-and-duo-integrated-developments

Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah "The Heart".

Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah - pulangan berterusan jangka panjang untuk kita.

Pada masa ini, kedua-dua pembangunan yang bernilai RM33.5 bilion ini masih dipegang oleh kerajaan Malaysia tetapi besar kemungkinan ianya akan dijual oleh PH juga tidak lama lagi.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/23/khazanah-akan-jual-pegangan-dalam-2-firma-hartanah-kepada-temasek/

Sekali lagi, saya yang cuba menyelesaikan masalah legasi untuk kebaikan negara tetapi difitnah oleh PH pula bahawa saya telah derhaka kepada negara pula.

Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/isu-tanah-ktm-di-tanjong-pagar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moeldoko Tuding Tim Prabowo Sandiaga Tak Cerdas Kelola Isu Saat Debat Capres

Moeldoko Tuding Tim Prabowo Sandiaga Tak Cerdas Kelola Isu Saat Debat Capres

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 186 hits
Salah satunya terkait pernyataan Jokowi soal tidak kebakaran hutan dalam tiga tahun terakhir sejak 2016 sampai 2018
Informasi Apa Isu Kalau Pas Umno Bersatu Bekerjasama Nik Abduh

Informasi Apa Isu Kalau Pas Umno Bersatu Bekerjasama Nik Abduh

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Kalau Pas UMNO dan Bersatu bekerja sama apa isu soal Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz Ahli Parlimen Bachok itu meminta Pas bergerak kerana ia bertujuan untuk halang Pas Ia isu kedaulatan Islam katanyanya dalam hantaran di Faceb...
Isu Sebenar Mengapa Ada Sedutan Tidak Disiarkan Anthony Loke

Isu Sebenar Mengapa Ada Sedutan Tidak Disiarkan Anthony Loke

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan sebarang penglibatan beliau berhubung kenyataan Setiausaha Akhbarnya Lim Swee Kuan yang berbaur ugutan terhadap stesen penyiaran Rangkaian Televisyen Malaysia Bagaimanapun dalam masa ...
Sri Mulyani Isu 2018 Krisis Ekonomi Itu Hoaks

Sri Mulyani Isu 2018 Krisis Ekonomi Itu Hoaks

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 253 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengapresiasi kinerja pengusaha sepanjang tahun 2018 Di tengah gejolak ekonomi dunia yang terus menerus terjadi sepanjang tahun lalu dan melonjaknya harga minyak dunia hingga mendekati USD 80 per barel...
Ma Ruf Jawab Isu Digantikan Ahok Setelah Jadi Wapres Emangnya Rt

Ma Ruf Jawab Isu Digantikan Ahok Setelah Jadi Wapres Emangnya Rt

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 160 hits
Ma ruf menyebut ada pihak pihak yang sengaja menyebar kebohongan Ketua Majelis Ulama Indonesia itu sampai dibikin heran ada saja pihak yang percaya kebohongan tersebut
Alissa Wahid Sebut Isu Agama Dimainkan Politisi Untuk Raup Suara Di Pemilu 2019

Alissa Wahid Sebut Isu Agama Dimainkan Politisi Untuk Raup Suara Di Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 258 hits
Putri sulung Gus Dur ini mengungkapkan mudahnya masyarakat termakan isu agama yang dilemparkan oleh para politisi ini karena masih rendahnya pendidikan politik
Rundingan Air Singapura Malaysia Dibayangi Isu Ruang Udara Maritim

Rundingan Air Singapura Malaysia Dibayangi Isu Ruang Udara Maritim

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 209 hits
Rundingan air Singapura Malaysia dibayangi isu ruang udara maritim Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 20 F
Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 318 hits
Hanya isu RM90 juta dan 1MDB dibenar diguna di dalam kempen PRK Semenyih Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada parti politik bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang membawakan isu Tabung Haji seb...
Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta

Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 358 hits
Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Ge14 S Impact On State Federal Relations



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Bite Sized Bliss Of Weed Edibles For Every Occasion To Use

Sindiket Scammer Didalangi Warga Asing Tumpas

Mak Terpaksa Buat Banyak Kerja Untuk Dapat Rm700 Tiap Minggu Rupanya Ini Abang Buat Pada Mak

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Lumira Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Rethink Reuse Refill Challenging The Disposable Smoking Accessory Market